3 sendirian

1.3K 98 5
                                    

IRIS pulang ke rumah sewanya untuk mengemas barangan.Dia mahu bergegas pulang.Setelah pulang dari lapangan terbang tadi,Mak Som,jiran sebelah rumahnya memberitahu ayah Iris tengah nazak.

"Farah,aku balik dulu ye."katanya sambil mengangkat beg pakaian.

Farah mengganguk.Dia membututi langkah temannya.

"Kau jaga diri baik baik.Drive jangan laju sangat.Inshaallah ayah kau selamat"balas Farah.Dia nak ikut tapi ada kelas.Jadi tidak dapat laa.

Selesai mengucapkan selamat tinggal kepada kawannya,Iris memecut keretanya.

Dalam hatinya berdoa agar umur ayahnya masih panjang.Sudahlaa dari kecil dia kehilangan ibunya.Kini,ayahnya pula hendak meninggalkannya bersama adik lelakinya,Farhan.


Setelah hampir 3 jam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Melaka,akhirnya Iris sampai juga di kampungnya.

Kelihatan ramai orang mula mengerumuni rumahnya.Hati Iris mula berdegup kencang.Dia mengigit kuat bibir bawahnya.Matanya mula panas.

Dia mematikan enjin kereta sebelum keluar dari perut kereta.
Air matanya mengalir perlahan apabila melihat sebuah van jenazah diparkirkan dihadapan rumahnya.

Dia menguatkan kakinya agar meneruskan langkahnya.

Orang ramai mula menunjukkan riak sedihnya.

Air mata Iris yang melebat tidak dihiraukan.Dia mencari sosok ayahnya.Namun,retina matanya disapa dengan sekujur tubuh yang telah dibaluti kain kafan putih itu.

Bagai sembilu menghiris hatinya.Ayahnya sudah tiada.Dia pasti itu ayahnya walaupun tidak kelihatan wajahnya.

Tiba tiba dirinya terasa dipeluk dari belakang,bunyi esakan kuat adik lelakinya jelas kedengaran.Tubuh kecil itu bergegaran akibat terlampau teresak.

Iris memusingkan tubuhnya menghadap adiknya.Air matanya yang mengalir laju itu diseka berkali kali.

Adik lelakinya yang baru berumur 10tahun itu menangis tersedu sedan.Tubuh kakaknya dipeluk erat.

"Ayah...ayah dah..tak daa.Dia..tinggal Farhan.."gumam adiknya sebelum terkulai layu didalam dakapan kakaknya.




Siang bertukar malam,angin menerpa lembut wajah sang gadis.Farhan sudah tidur.Sedar dari pengsan dia terusan menangis sehingga tertidur.

Iris sudah sembab mukanya.Dia sedar.Dia kakak tunggal buat Farhan.Dia perlu memikul tanggungjawab yang ayahnya tinggalkan.

Ayahnya,seorang askar pencen sudah lama menghidap penyakit tiga serangkai.Selama ini pun keadaan ayahnya selalu berada di tahap teruk.Tapi dia tidak menyangka secepat ini dia ditinggalkan.

Memikirkan tentang tanggungjawab.Dia masih lagi belajar.Dia perlu menanggung adiknya.Mereka bukannya berharta.Jadi dia perlu mengorbankan masa depannya demi kehidupan mereka berdua.

Ya,dia akan berhenti belajar.




"Adik,adik ikut kakak balik KL ye.Kita tinggal sana"ajaknya.

Farhan hanya mengganguk.Dia masih sedih namun tidak lagi menangis.

Iris tersenyum hambar.Rumah yang mereka tinggal sekarang rumah sewa.Jadi,baik dia berpindah saja di Kuala Lumpur sambil bekerja.

Keesokkan harinya,Iris memandu cermat dari Melaka ke Kuala Lumpur,dia sudah berbincang dengan Farah.Farah menyuruhnya agar segera balik ke rumah mereka.Sebenarnya itu rumah Farah.Farah anak orang kaya.

Jadi dia menawarkan agar Iris tinggal bersamanya.Dia juga berkeras tidak mahu Iris membayar secara bulanan sebab katanya bukan menyewa tapi berkawan.

"Adik,kita dah sampai.Ni laa tempat kakak tinggal selama ni.Kat dalam ada kakak Farah tau"ujarnya sambil menggosok perlahan rambut adiknya.

Farhan tersenyum.Dia mengangguk.Sememangnya dia seorang anak yang baik.Walaupun baru berusia 10tahun,selama dia tinggak dengan arwah ayahnya,dia yang membantu ayahnya setelah pulang dari sekolah.



3tahun kemudian

Iris menarik dan menghembus nafasnya.Dia gementar.Setelah sekian lama.Akhirnya dia dipanggil untuk di interview.

Selama 3 tahun kebelakangan ini,dia bekerja sambil belajar.Niatnya untuk berhenti sahaja belajar namun Farah memghalang.Dia menyuruh Iris bekerja dengan salah seorang rakannya di restoren makan.

Itu pun sudah memadai bagi Iris.Kalau tak ada kelas dia akan terus bekerja.Bukan setakat bekerja di restoren makan.Iris juga melakukan banyak kerja seperti menjual kuih secara online,ambil tempahan menjahit dan mencuci pakaian di dobi.

Penat lelah dia tidak hiraukan,asalkan adiknya cukup makan.Farah sudah habis air liur membebelnya namun Iris tetap degil.

"Cik Arisha Iris?"panggil seorang wanita berlesung pipit.

Iris segera mengangkat mukanya.

"Ye saya"jawabnya seraya berdiri.

Wanita itu senyum

"Cik masuk ye.Bos dah ada kat dalam"katanya sambil menunjukkan kearah sebuah bilik.

Iris mengangguk.Dia melangkah ke arah yang diarahkan.

Pintu dipandang sekilas.

CEO IFZAN.

Harap laa bosnya baik.

Diketuk terlebih dahulu pintu tersebut.Suara membenarkannya masuk membuatkan Iris masuk dengan jantung tak habis berdebar.Tunggu masa aje nak luruh.

Bakal bosnya itu duduk di atas kerusinya sambil membelakanginya.

"Assalamuaikum tuan"tegurnya.Sebenarnya dia sudah berlatih dengan Farah semalam.

Tapi satu pun tak lekat dalam otaknya kini.

Malah jejaka itu hanya diam.

Iris jadi makin gugup.

"Tell me about yourself"arah suara garau itu.

Iris bagai mahu pengsan.Dia dah gugup ni.

Seketika dia berdehem kecil.

"Er..saya Arisha Iris bt Ahmad.Saya berumur 23 tahun.Saya berasal dari Melaka.Saya lulusan Ijazah dari UKM Bangi.Saya..."

"Enough,kau rasa kau cukup layak nak bekerja dengan aku?"potong jejaka itu sambil memusingkan kerusinya menghadap Iris.

Terlopong dibuat gadis itu.Hampir pengsan dia menatap raut dingin jejaka itu.

Malah lelaki itu hanya beriak dingin,beku,riak,sombong dan segalanya.


KRIK KRIK KRIK...

Tertukar CintaWhere stories live. Discover now