19 sorry

1.7K 97 6
                                    

FIRAZ tersedar saat terdengar suara esakan.Matanya dibuka lalu badannya diangkat separa bangun.Matanya menangkap susuk tubuh isterinya yang sedang memeluk lutut itu dilitupi gebar tebal putih miliknya.

Bahu isterinya terangkat kecil menahan esakan.Namun masih kedengaran suara tangisan itu.Otak Firaz cuba mencerna apa yang berlaku apabila melihat dirinya tidak mengenakan sebarang pakaian sekali pun selain daripada boxer.

Iris juga berselubung dalam selimut itu.

Kotak memorinya perlahan memainkan peristiwa yang jadi semalam membuatkan dia serta merta meraup wajahnya berkali kali.Dia rogol isterinya sendiri!

Bibir diketap kesal lalu perlahan dia turun dari katil mendekati isterinya yang duduk membelakangi dirinya itu.

Bahu gadis itu disentuhnya lembut.

"Sayang"serunya.Namun Iris tidak berpaling memandangnya malah menepis laju tangannya yang menyentuh bahu itu membuatkan Firaz memejam seketika matanya.

Badan Iris ditarik masuk ke dalam pelukan hangatnya.Lagi meronta Iris dibuatnya.Dada terdedah Firaz ditumbuk berkali kali.Mukanya merah menahan marah dan tangisannya yang menggila.

Firaz hanya membiarkan isterinya menumbuk dadanya.Biar laa sakit sedikit berbanding dengan apa yang dia lakukan pada Iris semalam.

Lama berkeadaan begitu,akhirnya tangisan dan pukulannya menjadi perlahan dan mendayu.Dia tersedu sedan dalam pelukan suaminya.Namun tidak dibalas pelukan itu.Firaz menggosok belakang badan Iris untuk menenangkannya.

"Are you feeling better?"soalnya namun Iris menjelingnya benci.Dia berusaha menjarakkan diri dari berada dalam pelukan suaminya.

"I'm sorry okay.Abang tak sengaja"ucapnya bersalah.Keluhan kecil terbit pada bibirnya.

Iris diam.Tak membalas apa yang diucapkan oleh suaminya itu.

"Iris,abang mintak maaf.Semua tu di luar kawalan abang semalam sayang.Abang tak sedarkan diri.I'm sorry"ucapnya lagi.

Namun Iris mengukirkan satu senyuman.Sinis.

"Minum kencing syaitan tu pun tak sengaja?"bidasnya sinis.

Firaz terkaku.Ya.Dia sengaja ke club malam untuk mencari ketenangan sementara.Langsung tidak difikirkan padahnya kelak.Boleh pula semalam dia terleka.Biasanya dia minum sedikit sahaja dan apabila dia pulang ke rumah pasti Iris sudah tidur di dalam bilik.

Bukan seperti semalam!

"No,abang just...just nak hilangkan stress.Bukan.."terdiam Firaz melihat Iris.

Iris mengesat kasar air matanya yang meleleh keluar di pipinya.

"You have changed a lot Firaz Ifzan"kata Iris lalu bangun dari duduknya.

Bahagian wanitanya terasa mencengkam sakit.Namun tidak dipedulikan.Sakit hatinya lebih dari sakit fizikal.

Dia berjalan perlahan menuju ke dalam bilik air bersama gebar putih yang membaluti tubuhnya.Firaz tertunduk kesal.

Matanya tidak mampu memandang wajah sang isteri.Tidak sepatutnya dia melayan Iris begitu.

Kerana seorang wanita,musnah kepercayaan sang isteri.

'Aku dah berubah?'



Iris menutup rapat pintu bilik air itu lalu secara perlahan dia melurut jatuh ke bawah.Bersandar lemah pada pintu itu.Sekali lagi tangisan dihamburkan oleh dia sekuat hati.Dadanya terasa sesak.Tersedu sedan dia mengenangkan nasibnya.

Suaminya betul betul sudah berubah.Sudah pandai menjejakkan kakinya di tempat haram itu.

Mata dipejam sambil bibirnya diketap rapat.Badannya bergetar halus.Perlahan dia bangun lalu menuju ke bath tub sebelum membawa dirinya masuk ke dalam tempat itu.

Tertukar CintaWhere stories live. Discover now