11 kahwin

1.6K 106 11
                                    

FARAH memeluk Iris erat.Cantik sangat sahabat baiknya dalam persalinan baju nikah ini.Walaupun simple sahaja.Tapi tetap cantik.

"Kau jaga diri tau.Jangan lupakan bila dah kahwin ni.Nanti selalu call aku.Lepak dengan aku."ucap Farah.Baru sebentar tadi Iris diakad nikah oleh Firaz.

"Kau pun sama.Walaupun aku dah kahwin.Kau jangan nak segan dengan aku ye"balas Iris.

Firaz hanya memandang lagak mereka berdua.

Farhan dipandang sepi.

"Bos"panggil Iris lagi.Dari tadi dia memanggil Firaz yang seakan termenung sahaja.

Tersedar,dia meraup wajahnya.Bos?Dah kahwin pun panggil bos ye.

"Ya sayang"pinggang ramping milik Iris ditarik rapat ke badannya.

Iris melopong.Farhan yang tertunduk itu dipandang.

"Bos..apa ni..tu Farhan ada tu kan"dia berusaha merungkaikan pelukan itu.

"Farhan"panggil Firaz.Dia tidak mengendahkan bantahan Iris.

Perlahan Farhan mendongak.

"Farhan masuk bilik Farhan ye.Bilik Farhan selang 3buah bilik dari sini belah kanan"arahnya.

Farhan akur.Dia keluar dari bilik pengantin kakaknya menuju ke bilik yang disebut abang iparnya.

Pintu bilik ditutup Firaz.
Dia memandang nakal kepada Iris.

"Now?"

Serentak dia mendekatkan wajahnya dengan Iris.Iris menelan air liurnya.

"Bos saya..."bibir Iris ditekup oleh tangan Firaz.

"Shyy,why?Tak ready?"anak matanya menikam dalam anak mata isterinya.

Iris terdiam.Dia taknak mereka pergi lebih jauh tapi hati Firaz tidak seperti dirinya.

Perlahan Firaz menjauhkan tangannya dari mulut Iris diganti dengan kucupan lembut.

"Tonight,you are mine.The whole night"bisiknya menggoda.




Tersedar dari tidurnya,Iris mulai mencerna keadaan sekeliling.Firaz yang tidur sedang memeluk dirinya.Mukanya terasa berbahang apabila teringatkan peristiwa semalam.Dia mengalihkan perlahan tangan Firaz ke tepi sebelum bangun dari perbaringan.Gebar ditarik sehingga ke paras atas dada.

Baru sahaja dia ingin mencapai pakaiannya yang berselerak di atas lantai,pinggangnya dipeluk dari belakang.Terasa wajah disembabkan di tepi pinggangnya.

"Morning sweetheart"suara maskulin itu menyapa gegendang telinga Iris.

Iris berdiam diri.Makin erat pelukan itu terasa.

Firaz tersenyum sinis.Dia bangun dari tidurnya.Pelukan masih tidak dilepaskan.Rambutnya yang berserabai tidak dihiraukan.
Dagunya diletakkan disebelah bahu kanan Iris.Ditiup tiup lembut telinga Iris membuatkan Iris mengerekot geli.

Tersenyum dengan tindak balas isterinya.

"Why?Regret of what had happened?hmm?"soalnya lembut tapi Iris dengar seperti sebuah sindiran.

"Aku tanya,menyesal ke?"herdiknya.Firaz mencengkam pinggang Iris tanpa sebarang benang itu sedikit kuat.

Iris mengetap bibirnya.Menahan air mata dari mengalir keluar.Tak!Dia takkan keluarkan air mata depan Firaz.

"Saya nak mandi.Nak solat"ujarnya membuatkan Firaz mengekek perlahan.

"Sure baby,kita mandi sama"balas Firaz.

Iris menggeleng laju.

"Takpa.Saya tak selesa mandi..."

"Aku dah tengok seluruh badan kau.The whole.Luar dan dalam sayang"cantas Firaz laju.Dengan sengaja dihembus nafasnya ke leher Iris.

Malas bertekak,Iris hanya menurut sahaja kemahuan lelaki itu.Kalau ditegah sekali pun memang takkan dengar punya.



"Hah,turun pun pengantin baru ni.Meh makan.Mummy masak nasi lemak hari ni.Air tangan mummy sendiri"ujar Datin Sai sebaik sahaja melihat Iris bersama Firaz turun.

Mereka berdua tersenyum sambil mengangguk sebelum melangkah mendekati ruang makan.

Fareez tersengih sengih memandang adiknya.Kening diangkat berkali kali.Namun Firaz buat tak endah.

Dato Haq meletakkan surat khabar di tepinya.Dia memandang wajah ahli keluarganya.Semua sudah ada,isterinya,Fareez,Firaz,Iris dan Farhan.Tapi seorang sahaja yang tak ada ni.

"Mana sorang lagi Sai?"soalnya pada Datin Sai.

"Hmm bang.Takkan tak kenal dengan..."

"Morning everyone"sapa satu suara dari belakang.

Tanpa amaran,tubuh Iris dipeluk erat.

"Akak...rindunya"dikucup berkali pipi Iris.Iris hanya tergelak perlahan.Semalam abang dia.Pagi adik pulak.Memerah pipinya akibat dikucup oleh Farisya di hadapan ramai.Semua mata tertumpu memandangnya.

"Enough Isya."teguran dingin dari Firaz mematikan perbuatannya.

Dia melepaskan pelukan sebelum duduk di sebelah abang sulungnya.

"Padan muka"bisik Fareez kepadanya.

Farisya menjelirkan lidahnya pada Fareez.

"Mummy,daddy.Kitaorang dah bincang nak pindah rumah"Firaz bersuara setelah kami hanya makan sedari tadi.

Iris memandang suaminya dari sisi.Pindah rumah?Bincang?Bila masa dia berbincang dengan aku?

Seperti mereka mahu berkahwin dengan rahsia dulu,mummy Firaz menentang namun daddynya hanya tenang membenarkannya.

"Kenapa awal sangat nak pindah ni?baru sehari berkahwin takkan dah nak pindah.Firaz?"mummy memandang Firaz dan Iris bersilih ganti.

Iris hanya diam.Dia menundukkan wajahnya memandang pinggang yang berisi nasi lemak.Terasa seleranya mati.

"Emm kami nak privacy laa mummy.Baru kahwin kan."jawab Firaz sambil memeluk bahu isterinya mesra.

Mummynya terdiam mendengar balasan anaknya.

"Kamu betul ke ni Firaz dah berbincang dengan Iris.Ke kamu yang..."

"Dah laa tu Sai.Tak baik buruk sangka.Kan tadi Firaz dah cakap dia dah bincang.Jangan nak bergaduh depan rezeki"Dato Haq mencelah setelah melihat isterinya tidak puas hati dengan anaknya.

"It's okay daddy.Mummy don't worry.Firaz tahu jaga keluarga Firaz"

Wajah tidak puas hati mummynya dipandang sekilas.Dia tersenyum sinis.Abang dan adiknya turut diam.Farhan hanya diam tidak berkutik disisi kakaknya.

"Farhan macam mana?"soal mummynya lagi.

"Farhan Firaz dan Iris dah berbincang nak hantar ke asrama tahfiz,kan sayang?"sekali lagi dia memeluk bahu isterinya sebelum ditepuk perlahan.

Kali ni sudu yang dipegang Iris terjatuh.Berdeting bunyinya membuatkan mereka sedikit tergamam.

"So..sorry.Iris tak sengaja.Iris masuk dulu ye mummy daddy,abang Fareez,Isya.Sakit kepala"Iris minta diri dengan tergesa gesa.Hatinya berdegup kencang.

Mereka hanya berdiam diri,Firaz sedikit tersentak.Namun,dikawal sehabis baik reaksi wajahnya.

"Iris pening kepala dari subuh tadi.Firaz naik sekejap"dia turut bangun mengikuti langkah isterinya.






SELAMAT BERBUKA GUYS😍

Tertukar CintaWhere stories live. Discover now