12 tak diiktiraf

1.6K 106 12
                                    

PINTU bilik dihempas sedikit kuat oleh Firaz.Dia memandang wajah Iris yang muram itu.

Iris membelakanginya.

"Iris"panggil Firaz.

Iris sedikit tersentak.Pertama kali selepas pertemuan mereka kembali Firaz memanggilnya Iris.Biasanya hanya Arisha.

Namun,Iris tidak mengendahkan panggilannya.

Tiga kali memanggil nama isterinya membuatkan Firaz naik angin.

"What's wrong with you,Iris?"soalnya.Nadanya cuba dikawal.Tidak mahu mengeruhkan keadaan.

Iris berpaling.Senyuman sinis terukir dibibirnya.

"How dare you ask me like that?You should ask yourself,bos."balasnya.

Firaz mendekatinya.

"Just what's wrong with me?"bingung.Firaz bingung kenapa dengan dia?

Senyum sinis Iris masih belum pudar.

"Kenapa bos buat keputusan sendiri tanpa bincang dengan saya?"soalnya terus.

Kini,giliran Firaz pula menarik senyum sinis.Dia duduk di sebelah isterinya.

"Oh I see,pasal tadi ke?"

"Exactly bos"sahut Iris laju.

"Kenapa?tak setuju nak pindah rumah?"soalnya

Iris mengerutkan dahinya.

"Kenapa tak setuju?Nak tinggal dengan mummy dan daddy aje ke?Ke memang berniat nak sebumbung dengan Fareez"sambungnya lagi.

"Apa bos merepek ni?"

"Aku tak merepek Iris.I saw in your eyes that you could not accept my descision just now"tuduhnya.

"Yes,memang saya tak setuju dengan keputusan yang bos buat.Pasal pindah saya tak kisah sangat.Sebab tu hak bos nak tentukan macam mana dan bagaimana kehidupan saya di sisi bos.Sama ada bos perlu kutip atau buang.Tapi pasal adik saya.Kenapa bos nak hantar dia kat asrama tahfiz?Saya tak pernah terfikir nak berjauhan dengan adik saya"

"Kau marah aku"

Iris mendengus.

"Saya tak pernah marahkan bos.Tapi saya marahkan diri saya sebab buat bos bencikan saya."Iris terus berlalu pergi meninggalkan Firaz.

Firaz terdiam.Tidak nampak satu pun tanda yang isterinya akan mengalirkan air mata.Teguh hati isterinya ini.







Keesokan hari,Iris keluar terlebih dahulu dari rumah.Selepas pergaduhan kecil mereka semalam,Firaz mengambil keputusan untuk menyiapkan kerjanya di perpustakaan milik keluarga mereka.Iris pula hanya diam sahaja.

Mereka akan berpindah dari rumah keluarga Firaz seminggu lagi.

Sampai sahaja di pejabat,Iris membuat kerjanya yang tertangguh 3hari lalu.

Rakan sekerjanya mula datang ke pejabat seperti biasa.Tiada perubahan pada Iris kerana dia tidak memakai inai di jarinya.

Maklumlaa pernikahan rahsia umum kan.

Seperti biasa dia akan masuk ke bilik bosnya memberitahu jadual harian lelaki itu.Semasa dia memberitahu maklumat tersebut secara formal,mata helang lelaki itu tak jemu memandangnya.Iris dapat merasakan anak mata itu memaparkan satu perasaan.

Mungkin kekesalan?

Entah,Iris malas melayan perasaan.

"Tu je bos.Kalau tak ada apa apa saya nak keluar lunch"buku nota kecilnya ditutup sebelum berpaling kebelakang.

"Iris lunch dengan siapa?"soalnya bernada biasa.Tidak seperti dulu.

"Sorang"jawabnya lalu bergerak pergi.

Firaz meraup mukanya berkali kali.

"Macam mana aku nak mintak maaf dengan dia?"soalnya perlahan.







'Ramainya' getus hati Iris.Kang lewat ni.Baik tapau aje laa.

Selesai membungkus makanan Iris pulang naik semula ke pejabatnya.

Dia melangkah ke pantry.Baru sahaj hendak duduk.Dia teringatkan sesuatu.

"Alamak,file tu."bergegas dia menyambar file itu lalu masuk ke dalam bilik bosnya.Fikirnya Firaz keluar makan.Sebaik sahaja pintu dibuka dia dihidangkan dengan 'sajian' yang memalukan.

Seorang perempuan muda duduk di atas riba Firaz sambil memeluk manja leher lelaki itu.

Terjatuh file itu ke bawah.Jelas terkejut wajah Firaz.Wajah Iris pula pucat tidak berdarah.

"Sorry kacau"Iris mengutip kembali file itu sebelum keluar dari bilik lelaki itu.Dia melangkah pergi ke tandas.Naik turun dadanya menahan rasa.

Firaz menolak perempuan itu jauh darinya.

"Kau balik.Balik sekarang"jerkahnya kepada Dasha.Anak gadis Dato Rahman.Perempuan ini tidak habis habis mengacau hidupnya sejak 2tahun dulu.Mereka bertemu di UK.

"Balik aku kata"barangan di atas meja ditepisnya kasar.Dasha tidak menunggu lama.Dia mencapai handbagnya sebelum berlalu pergi.

Firaz menghentak kuat tangannya pada meja kerjanya.

"Aku mintak maaf Iris"ujarnya lirih.Dia keluar dari biliknya mencari kelibat isterinya.

Di tempat isterinya tiada,segera kakinya dihayun ke pantry berdekatan tandas.

Iris keluar dari bilik air itu lalu duduk ke kerusi yang ada pada pantry itu.Niatnya nak hilangkan rasa.Makanan yang belum dijamah itu disentuh perlahan.

"Iris.It's not like you thought"ujar Firaz memulakan bicara.Dia mendekati Iris.Ingin mencapai tangan gadis itu namun Iris lebih cepat.

"Kita kat office bos"

Wajah isterinya dipandang.Tiada kesan air mata walaupun baru keluar dari tandas.

Iris tak menangis ke?

"Iris,kau jangan salah faham.Aku dengan Dasha tak ada apa apa.Dia..."

"Stop it bos.Saya dah cakap kita kat office."

"Tapi kau isteri aku"bentaknya

"Isteri yang tak diiktiraf"kata Iris.Dia menyuap mee goreng itu kedalam mulutnya sebelum dikunyah.Tak ada rasa langsung.Tawar je.Setawar hatinya.

"No,kau isteri aku.Isteri aku yang sah.Kau.."

"Saya taknak cakap hal ni kat sini bos.Tolong faham.Nanti staf lain dengar kan TERBONGKAR rahsia ni"ujarnya sinis.

Mee goreng itu disuap lagi ke dam mulut.Dia berusaha menenangkan hati yang gundah.

Firaz terdiam.Dia memandang sahaja lagak isterinya yang makan dengan tak ada perasaan itu.

"Ikut aku jumpa Dato Alias"arahnya lalu berlalu pergi.

Iris mengeluh.Dia menghentikan suapan.Sungguh tiada selera nak makan dikala hati diserbu rasa sakit,sedih dan marah.

Dia menyimpan kembali makanan itu sebelum bersiap pergi ke mejanya untuk mengambil barang.


Tertukar CintaWhere stories live. Discover now