• part 1 •

613 45 2
                                    

Di pagi yang indah nan tenang , matahari mulai menyinari , burung burung berkicauan , tetapi bangtan dorm masih sunyi sepi .

Ketujuh tujuh lelaki idaman  dunia masih tertidur pulas di katil mewah mereka. Tiada tanda tanda bahawa mereka akan bangun , walaupun jam telah menunjukkan pukul 10 pagi.

Tok ! Tok ! Tok !

Tok ! Tok ! Tok !

Salah seorang dari mereka terbangun kerana terganggu oleh ketukan di pintu utama dorm .

"ah sape pulak la yang datang subuh subuh ni." Jimin terjaga dari tidurnya dan menuju ke lantai bawah untuk membuka pintu.

cklek~

"Nugu- eoh? pdnim? annyeong"

"eoh- annyeong jimin-ssi. Yang lain mana? masih belum bangun?"

"Oh ya member lain belum bangun lagi. Ah masuklah dulu hyung-nim."

Jimin mempersilakan pdnim duduk di ruang tamu mereka. Jimin ke dapur untuk mengambil minuman.

"hyung-nim? ini, ada jus oren dan beberapa biskut. hyung-nim makan dulu ya? saya kejutkan yang lain."

Jimin naik ke tingkat atas dan membuka pintu bilik hyungline , iaitu bilik Namjoon, Seokjin dan Yoongi. Jimin menuju ke katil dimana Seokjin dan Namjoon tidur , katil saiz king kan takkan nak tidur sorang so mereka berkongsi katil.

"hyung, ppali bangun! hyung-nim datang sini!" Jimin menggoyang goyangkan tubuh Seokjin dan Namjoon. Tetapi tiada tanda seperti mereka akan terjaga dari mimpi indah mereka.

"hyung!!" Jimin memukul badan Seokjin dan Namjoon kerana kesal.

Namjoon kelihatan terusik dari tidurnya. Dia membuka kedua matanya sayu kerana masih mengantuk.

"Ada apa jim? kenapa ganggu aku tidur? yaish." Namjoon menukar posisi dari baring ke duduk. Namjoon menggosok gosok matanya.

"pdnim datang, dia ada kat bawah. cepatlah bangun hyung, aku nak kejutkan yang lain ni." Jimin menuju ke katil Yoongi. "Yoongi hyung, ireona-"

"ye aku tahu, ni aku bangun. dah dah shuhh shuhh keluar." Yoongi memotong ucapan Jimin lalu menuju ke bilik air dan mandi.

Jimin keluar dari bilik hyungline dan menuju ke bilik nya. Jimin berkongsi bilik dengan Taehyung, Jungkook dan Hoseok. Bilik tersebut besar dan luas, muat untuk mereka berempat.

Jimin menuju ke katil dimana Taehyung dan Jungkook tidur. "Yah , ireona. Dah lewat ni, cepat bangun, pdnim datang. ppaliii!"

Jungkook terbangun dahulu, kemudian diikuti oleh Taehyung. Mereka kelihatan masih mengantuk. Jungkook menuju ke bilik air.

Jimin hendak mengejut Hoseok, tetapi tiada kelibat Hoseok di atas katil. "Eoh? Tae, hoseok hyung mana?" Jimin bertanya kepada Taehyung.

"Mana la aku tahu jim. aku baru bangun woy." Taehyung menjawab lalu bangun dan merapikan katilnya. uwo taehyung pembersih hehehe.

•••

"hyung-nim ? maaf, kami lewat bangun hehe." ucap Namjoon dan duduk di sofa hadapan pdnim. Yoongi duduk di tepi Namjoon , manakala Seokjin duduk di tepi pdnim.

"ada apa hyung-nim datang? ada apa apa ke?" tanya Yoongi. "oh, ye saya ada nak beritahu kamu semua sesuatu. Tapi kita tunggu semua cukup dulu ya baru saya beritahu."ucap pdnim sambil menatap ke arah mereka.

Setelah 10 minit hyungline berborak kosong, maknaeline dan Hoseok datang ke ruang tamu dan duduk di sofa. "Maaf kami terlambat hyung-nim hehe." Taehyung berkata sambil menggaru tengkuknya yang tidak terasa gatal.

"ah takpe. ok, memandangkan semua da cukup, saya ada berita baik nak beritahu kamu semua." kata pdnim dengan nada sedikit teruja.

Bts kelihatan tidak sabar untuk tahu apakah berita baik tersebut, jadi mereka diam dan tunggu untuk pdnim teruskan ucapannya.

"Minggu depan, kamu semua akan dipindahkan ke dorm lain di Gangnam."

Bts shock. "a-apa? kenape tiba tiba kena pindah? dorm yang kami tinggal sekarang ni ada apa apa ke?" tanya Jimin.

Pdnim tersenyum. "Tak, dorm yang kamu semua tinggal sekarang ni perlu direnovate,  tempoh masa untuk renovate dorm ni mungkin sebulan dua, jadi untuk keselesaan kamu semua, kami dah sediakan dorm baru. Jadi kemas kemas lah barang keperluan kamu semua." terang pdnim kepada bts.

"Wahhh dorm baru! besar tak? luas? dapur besar tak? peralatan masak warna pink kan?" Seokjin teruja membuat bts ketawa tetapi sedikit kesal.

"aigoo jinnie. hahaha tunggu je bila dah sampai dorm nanti." pdnim tertawa melihat tingkah laku ahli tertua group itu.

Selepas berborak serta memakan sarapan yang dibawa oleh pdnim , pdnim meminta diri untuk pulang ke bighit.

•••

Sekarang jam menunjukkan pukul 1 petang. Seokjin kalut ke dapur untuk memasak makanan untuk mereka makan tengah hari , dibantu oleh Jungkook.

Bts telah duduk di meja makan untuk makan tengah hari. "So, hyung pernah tengok ke dorm baru tu nanti?" tanya Jimin kepada Namjoon.

Namjoon hanya mengangkat bahunya tanda dia tidak tahu. "hyung-nim kata dorm tu besar dan luas. bilik ada 4 , bilik air pun 4. itu je yang dia cakap tadi. Kenapa?" terang Namjoon dan bertanya balik kepada Jimin.

Jimin hanya menggeleng. "Aniya." Lalu bts memakan makanan mereka dengan tenang dan sedikit berborak kosong untuk pecahkan keheningan.








tbc





halu semua! so this is my first fanfic. aku tulis fanfic ni sebab aku bosan, maklumlah kuarantin covid-19. so silalah vote dan comment ya! makasih and takecare semuanya! 💘

also follow and vote on my friends fanfic , chimlalla_ kimcshi . thankyou !❤️

[C] psycho 'pjm+bts'Where stories live. Discover now