The Tahlil merupakan sebuah kumpulan pelajar yang terdiri dari 12 orang ahli yang sering ponteng kelas. Mereka merupakan golongan pelajar yang terkenal dikalangan guru dan pernah disenarai hitamkan semasa mereka dibangku sekolah menengah dan disebabkan itulah mereka bersatu sehingga kini. Pada siri ini, The Tahlil: Misteri Villa Nabila Huda (tiada kena mengena dengan Amy Search) mengisahkan ahli Tahlil yang mengadakan reunion di sebuah rumah agam Villa Nabila Huda yang terletak di sebuah kawasan terpencil di Janda Baik, Pahang. Reunion yang sepatutnya menjadi kenangan manis bertukar menjadi mimpi ngeri setelah beberapa orang dari mereka telah dirasuk dan tidak dibenarkan keluar dari rumah itu. Hal ini membuatkan geng Tahlil terpaksa bertahan dengan gangguan disitu sementara menunggu bantuan dari Ustaz Mahdi. Perkara ini menjadi lebih sukar setelah seorang Ustaz yang ditugaskan untuk menghalau hantu dari tubuh salah seorang ahli Tahlil telah dijumpai mati di sebuah kawasan paya berdekatan dengan rumah agam berkenaan.
19 parts