◇•69•◇

1.1K 145 344
                                    

"Tak guna! Taehyung dalam bahaya!" Mingyu bersiapkan diri untuk keluar daripada perut kereta. Giliran Eunwoo akan uruskan komputer riba. Itu pun gelabah bewak tak tentu pasal. Yugyeom turut keluar, Jaerim mencapai pistol dan membuka pintu lalu melangkah kaki keluar daripada perut kereta.








Lisa diarahkan untuk stay di dalam kereta dan cuba hubungi ahli Bishop yang lain untuk datang ke Gangnam. Mereka bertiga terhenti sekerat jalan kerana disekat dengan beberapa orang yang disyaki bukan daripada kumpulan mafia Zeus. Mungkin mereka daripada puak lain yang bersekutu dengan Zeus.









Taehyung pula dikelilingi dengan ramai orang mafia bukan sekadar daripada Zeus sahaja, tidak kira warganegara mahupun daripada negara luar. Taehyung cuba meliarkan ke setiap tangan mereka yang masing-masing tersembunyi di belakang, paling mengejutkan apabila mereka bukan saja menyembunyikan senjata. Gari juga. Apa yang telah dirancangan oleh Dong Hyeong?











"Kau ni memang another level of syibal ah? Just ish ko memang ishh tak boleh sangat tengok orang lain senang sikit? Busuk gila perut kau! Memang semua kau nak kasi mati?! " perli Taehyung dengan tidak puas hati. Dong Hyeong mencebik dengan kening yang berkerut, pistol diturunkan semula dengan sengihan kerang busuk. Orang serius boleh pula dia ketawa, siapa je yang tidak geram.






"Siapa kata aku nak matikan semua orang hm? Aku takkan bunuh kau Kim, do you wanna know why?~" tanpa memberi jawapan, Dong Hyeong mengarahkan agar anak buahnya menyerang anam muda tersebut. Dirinya pula sekadar berdiri dan menonton adegan aksi percuma tanpa menghiraukan keadaan Taehyung. Taehyung yang hanya bertangan kosong membalas saja serangan mereka seorang demi seorang.







Serangan mereka bukan biasa-biasa, di tangan mereka memegang gari. Sepertinya mereka mahu mengunci tangan dan kaki lelaki itu. Tidak tahu kenapa, Taehyung mengelak saja daripada tangannya termasuk ke dalam perangkap. Paling merisaukan sekarang ni, adakah Namjoon dan Yoongi sudah keluar daripada bangunan tu? Mana Mingyu dan yang lain, sungguh Taehyung perlukan bantuan.










_______◇♡◇_______

Namjoon terhenti langkah, tidak sempat untuk menuju ke tangga. Mereka dikejutkan dengan kedatangan beberapa musuh dari arah bertentangan. Namjoon berundur semula ke belakang dan bersembunyi disebalik dinding, nafasnya dihembus kencang. Penat juga dengan perasaan yang bercampur-baur. Seokjin yang didukung di belakang menepuk perlahan dada Namjoon untuk membisikkan sesuatu.










"Aku hafal sikit jalan di tempat ni, Mingyu kata keluar guna garaj bukan? Kau patah balik dan guna tangga di lorong B. Kemudian kau turun ke aras parkir kereta bawah tanah. Di situ berhubung dengan garaj besar diorang. Kita keluar di situ." bisik Seokjin. Namjoon mengangguk faham, dia perlu lebih bertenaga untuk turun ke sana lebih-lebih lagi dukung Seokjin sekali. Namjoon memulakan langkah dengan berhati-hati dan mereka berdua menuju ke aras parkir kereta bawah tanah.








_______◇♡◇_______

Mingyu dan Yugyeom saling bergelut dengan musuh dan pada masa yang sama mereka cuba juga untuk melindungi Jaerim yang turut bertarung bersama mereka. Secara sengaja Mingyu menolak tubuh Jaerim jauh daripada dipukul oleh salah seorang daripada mereka sehingga terjatuh di atas tanah. Jaerim bangun semula walaupun lututnya habis luka, dia cuba untuk membantu mereka berdua namun dijerkah semula. Mingyu mengarahkan agar Jaerim terus pergi kepada Taehyung yang masih memerlukan bantuan di sana.







Gadis itu cuba untuk tidak menggugurkan air mata, dengan menahan sakit dia berlari pergi menuju ke arah Taehyung. Keadaan kawasan di situ semakin huru-hara, Jaerim sempat beralih ke belakang. Terlihat beberapa orang lelaki muncul dan turut membantu Mingyu dan Yugyeom, tiada orang lain melainkan Bishop. Syukurlah mereka sudah datang untuk memberi bantuan. Bilangan peluru Jaerim masih berbaki tiga, adakah ini masih cukup?









°•SIBLINGS 3•°[-◈BTS◈-]✔Where stories live. Discover now