◆02◆

2.3K 255 33
                                    

Selepas mereka tujuh mati, kegiatan mafia kian tunggang langgang. Banyak orang yang tidak bersalah dibunuh disebabkan tidak menyelesaikan hutang. Puak 01 sudah dihapuskan manakala puak yang baharu pula ditubuhkan. Black Ares.

Dicipta oleh Mafia Jaerim sendiri bagi menunjukkan kekuasaannya. Mafia berkod 09-02 tiada lagi selepas itu. Tidak akan wujud lagi melainkan...

Mafia 01.
Aku belum tahu siapa yang mendapat kod ini selepas kehilangan Mafia Jaerim. Ya, Mafia Jaerim menghilangkan diri selepas itu, mungkin dia sudah mati kemudiannya. Sampai sekarang aku tidak digemparkan lagi dengan berita kewujudan Mafia 01. Mungkin ianya sudah tiada. Dan, tiada lagi si penggantinya.

Masalahnya sekarang ni...apa yang aku baca berkenaan kisah Mafia Jaerim seakan-akan berulang semula. Dia sendiri yang kata dalam buku ni. Gila?!
Dah la nama aku sama dengan dia!

Saudara aku yang lain pun nama sama dengan SAUDARA DIA!
KE TEPI AKU NAK TELAN CLOROX!

Ahh by the way, aku belum kenal mereka tujuh lagi. Hanya...

Pintu rumah hadapan dibuka, nampaknya mereka dah balik. Omo! Segera aku menyimpan buku kecil itu ke dalam beg dan membawanya ke tingkat atas. Kelajuan larian aku mengalahkan Usain Boltey! Ya Boltey yang gojes.

Aku bergerak ke arah ruang tamu dan kelihatan empat orang jejaka yang lengkap berpakaian sut hitam merebahkan diri memasing di atas sofa. Aku tercenggang. Perlahan-lahan kakiku melangkah ke arah mereka.

"Emmm nak Jae buatkan air? Korang dari mana ni?", soal aku yang ingin menimbulkan ramah mesra. Salah seorang daripada mereka hanya mengibas tangan.

"Air kosong please."

"Aku pun."

"Aku nak jus. Tropicana Twister, eh tak nak. Aku nak soda."

Aku menghela nafas kecil dan tersenyum saja. Hanya mengangguk dan mengorak langkah pula ke arah dapur bagi mendapatkan air buat empat orang putera yang yehet tu. Hanya empat, tiga orang lagi aku tak kelih di mana kewujudan mereka. Namun salah seorang daripada mereka empat orang itu saja yang aku rapat.

Kim Namjoon? Ya sebab dia seorang saja yang rajin bercakap dengan aku.

"Air dah siap.", dulang air aku letakkan di atas meja. Secara automatik mereka mencapai gelas memasing dan diteguk dengan rakus. Ya ampun, terbuntang biji mata aku melihatnya. Selepas minum, mereka kembali berbaring. Penat sangat gamaknya.

"Emmm korang ok?", tegur aku lalu mengambil tempat duduk di sofa yang masih kosong. Namjoon bangun dan mengurut dahinya yang sedikit pening. Cermin matanya ditanggalkan, dia berdengus kasar. Rasa menyesal pulak tanya, nampak sangat tekanan beliau di situ. Diarahnya pula kepada saudaranya yang lain untuk naik ke bilik masing-masing. Kini hanya tinggal kami berduaan sahaja, sunyi.

"Agak ok, tadi ada sedikit kecelakaan. Tempat kita diserang lagi oleh puak tak guna tu sehinggakan pihak polis datang masuk campur. Habis semua barang kena kebas s*hit. Skang polis lak dah tahu gerak-geri kita aduhhh. Habislah aku...", Namjoon kembali tertunduk dengan kedua-dua tangannya mencengkam rambutnya. Emm puak tak guna? Yang mana satu? Bukannya Black Ares ke yang terkuasa sekarang ni? Siapa pula yang berani masuk campur?

Can't imagine it kalau pertelingkahan di antara mana-mana puak dengan Black Ares tidak selesai sampai kesudahan. Itu bakal menimbulkan huru-hara yang begitu besar, silap-silap banyak nyawa yang kehilangan nanti. Itu sungguh mengerikan. Aku harap perkara itu tidak akan berlaku.

"So...mana yang lain?", aku cuba nak ubah topik. Aku tak nak menambahkan lagi masalah Namjoon kalau aku persoalkan banyak perkara.

"Ahh aku lupa, kau gi bersiap cepat! Nanti kita ada perjumpaan aigoo aku lupa. Jom jom jangan lambat nanti habislah aku-", Namjoon dah tergopoh-gapah mencapai coat hitamnya dan bingkas bangun untuk naik ke tingkat atas. Huh soalan tadi dia belum jawab, abaikan aja ya.

"Wait! Perjumpaan? Dengan siapa?", soalku lagi sambil mengutip gelas.

"Emm our King. L-Leader like that."


Ouh-

Jadinya...puak ini dah ada ketua. K-King- Are you kidding meh?
Aku tak tahu pun selama nii.                                                                                                       


-End Chapter 02-

°•SIBLINGS 3•°[-◈BTS◈-]✔Where stories live. Discover now