▶17◀

1.5K 208 89
                                    

"Siapa Jungkook?"

Dia tersenyum sinis memandang tepat ke arah anak mataku tajam. Pandangan yang belum aku lihat sebelum ini, sepertinya ia membawa aura penyeksaan yang kejam dari iris mata gelapnya. Aku boleh rasakan.

Eh ini mungkin permainan anak Jeon saja bukan? Haa aku tak takut.


"Jungkook tu oppa la! Halah halah–"

"Aku bukan abang kau~"


Aku terkedu dan kembali beralih ke arah Jungkook dengan dahi yang berkerut. Memcabar kesabaran ya.


"Ermm oppa ok?", aku tujukan soalan ke arahnya. Jungkook makin melebarkan senyuman, tangan kanannya mula menyelup sesuatu disebalik kot hitam yang dipakai. Tangan aku dicapainya dan digenggam kuat. Aku cuak.


"Eh apa ni?? What's wrong with you?!"

"Kill...kill...kill...HAHAHA KILL!!", Jungkook mengacukan hujung pistol tepat-tepat ke arah mata kananku sebelum picunya ditarik. Dengan pantas aku menepis pistol namun Jungkook lebih pantas. Tangannya yang lebih besar menggenggam kedua-dua tanganku ketat. Aku bergelut dahsyat.

Disebabkan mahu mengawal pergerakan tubuhku, Jungkook mengubah tempat ke seat yang aku duduk. Kini lelaki berbadan sasa itu berada di atas aku. Uish aku tak dapat bergerak, kedua-dua tanganku pula dirapatkan di atas kepala.

Jungkook kembali mengacukan pistol ke arah dahi aku dengan sengihan mengerikan.



"Oppa!! Ni Jae!!"

"I'm not your oppa~ Sleep well honey~."

"Haa?? Wae?? Dehek!!"

"Arahan membunuh sudah diterima. Sedia menjalankan tugas. Huh~ HAHAHA YESS DAH LAMA AKU TUNGGU!!", balas Jungkook dengan ketawa pula. Aku dah gelabah teruk, apa yang dicakap oleh manusia ni aku pun tak tahu. Kaki aku juga dikuncinya, nak sepak tak boleh.

Nak call diorang yang lain dah tak ada masa.
Aku fikir, aku fikir, aku fikir.
Aku mengalihkan pandangan ke arah dahi Jungkook, ya mungkin cara ini berhasil.

Aku mengatup mata rapat, dengan sekuat yang mungkin aku bangun dan menghentukkan kepala aku dengan kepala Jungkook. PPAKK!! Berdesing telinga.
Tuhan saja yang tahu betapa sakitnya kepala aku hiks, keras siak tempurung kepala dia. Akhirnya Jungkook melepaskan tanganku dan menekup kepalanya sendiri akibat sakit.

Aku bertindak pantas dengan menyambung menarik rambut lelaki itu. Dihentaknya pula ke arah cermin kereta puk puk puk! Maka mulalah adegan WWE di antara anak Yoo dengan anak Jeon di dalam kereta.




Dari jauh, ada dua orang ahli Black Ares yang memerhatikan kereta milik keluarga Haera yang bergoyang dengan ganas itu. Bayangkan keadaan sunyi ja, kereta satu tu pula berjoget di situ. Pelik. Mereka berdua berkerut kening sambil menghembus asap rokok.



"Tadi aku nampak Jeon masuk ke dalam kereta tu. Apa yang dia buat?"

"Tak. Bukan dia seorang je. Si Mafia Jaerim pun ada dalam tu, dia kan tak sertai mesyuarat dekat atas."




Mereka berdua berkerut lagi, cuba nak faham situasi.




"Biarlah, urusan anak muda kita jangan nak sampuk."

"Haa ya ya. Betul. Dah jom masuk."





Kembali kepada aku dan Jungkook. Aku menumbuk kepalanya bertubi-tubi, Jungkook pula cuba melindungi diri.

"Ahhh!! Jae!! Ni aku!! HAJIMAA!!"

"Oppa nak cuba bunuh Jae tadi!!! Amik ni amik ni! Dasar gila!"

"TAK!! DENGAR DULU!–"

"YOU'RE CRIMINAL!!", aku terus menumbuk kepala Jungkook.

"YOO JAERIM!", aku terhenti saat kedua-dua tanganku berjaya digenggamnya. Jungkook bernafas dengan agak kencang dan mengeluh kesakitan. Aku pukul dia kejam juga tadi. Rasanya aku tertumbuk juga wajah tampannya. Ouf–
Aku berhenti bergerak.

Jungkook mendongak ke arah aku dengan mimik wajah yang suram. Hidungnya mengeluarkan cecair darah, aku tergamam.


"Stop. Maafkan aku."

"O-Oppa, hidung tu d-darah–"

"Aku tahu. I'm sorry pasal tadi. Please maafkan aku, jebal. D-Dia datang balik...", Jungkook menundukkan wajahnya. Tangan kecilku masih berada di dalam genggaman hangatnya. Aku tak tahu nak cakap apa, sebab aku tak faham.


"M-Maksud oppa? Jae tak faham."

"Dia d-datang balik hiks– Please tolong aku. Aku tak tahu macam mana suara tu datang. T-Tolong aku–", Jungkook dah mengeluarkan suara tangisan, bahu aku menjadi tempat daratan kepalanya. Aku kaku. Tanpa bicara panjang, aku menyapu belakang badannya perlahan-lahan. Makin teruk sebak lelaki itu, aku pula masih keliru.


Dia? Siapa 'dia' yang Jungkook maksudkan?

Dalam buku tu mesti ada terangkan juga pasal ni kan? Aku perlu siasat.



Clik! Pintu kereta dibuka oleh seseorang. Aku dan Jungkook terkesima sesaat. Kami berdua mengalihkan pandangan ke arah sisi, cahaya dari luar menerpa masuk ke dalam perut kereta yang menampakkan kami berdua yang berposisikan yang agak pelik.




Namjoon berkerut.




"I can explain", ujar aku dengan gugup.





-End Chapter 17-

_________________
____
Tbc

Don't worry, Ju setia dgn pkcik oyen.
Sehanat pkcik oyen pun, seya tak akan bercheating gitew.

Mohon pkcik oyen kembang.

°•SIBLINGS 3•°[-◈BTS◈-]✔Where stories live. Discover now