◆05◆

2.2K 241 117
                                    

Aku menanggalkan coat lalu disangkutkan di dalam almari. Katil yang empuk menjadi tempat labuhan punggungku, tanpa suara. Hanya kedengaran henbusan nafasku yang kencang di dalam bilik itu. Entah kenapa, aku rasa tidak senang duduk.

[Flashback]

"Aku sudah lantik beberapa kod yang baru, jadi jangan nak pertikaikan ok? Teruskan kerja anda dan jangan ingkar arahan aku.", kata Dong Hyeong sebelum mengundurkan diri dan perjumpaan akan tamat di situ. Aku sempat bangun dan melontarkan satu soalan yang membuatkan lelaki itu terhenti. Semua mafia serentak beralih ke arah aku. Hum.

"What about Mafia 01? Kalau sudah dilantik, mesti dia akan sertai misi ini juga bukan?", soalku tanpa rasa segan. Nampak dari situ Yoongi seakan-akan mahu menembak saja kepala seketul Jaerim. Dong Hyeong tersenyum sinis dan membalas dengan baik.

"Dia akan sertai kita sayang~ Don't worry, cuma kita perlu tunggu saja kedatangannya."

[End Flashback]


Kalau dia cakap macam tu, maksudnya...Mafia 01 memang sudah ada sebelum perlantikan kod bawahan yang baru. Kenapa aku tak tahu? Bukan aku saja, yang lain pun. Dong Hyeong sendiri ke yang lantik Mafia 01? Siapa orangnya?

Sekejap-
Dah pehal aku cuak semacam ni? Rileks la sis, chill. Buat apa nak gelabah teruk pasal tu.

Mafia 01 dah tak macam dulu.
Ya, aku yakin.

Lamunanku terhenti saat terdengar beberapa ketukan di pintu. Aku bingkas bangun dan segera memulas tonggol pintu. Terpampang wajah seorang lelaki di hadapan bilik dengan tubuhnya lengkap berapron. Tangan kanannya memegang sebiji mangkuk yang terisi dengan tepung.

"Y-Yes Jin oppa?"

"Kau perempuan kan? Jom tolong aku sediakan makanan malam dekat bawah.", ajak Jin sambil mengecilkan kedua-dua matanya, serius.
Dia...suri rumah jugak eh dalam rumah ni? Aku tersenyum sendiri.

Memang 100% ke segalanya akan berulang semula?

↭↭◆↭↭

Aku memotong labu kepada beberapa ketul kiub yang kecil dan comel, seperti mana yang telah ditunjuk ajar oleh Jin sebentar tadi. Lelaki itu pula sedang sibuk mengacau sup kimchi yang direbus, terasa bau aromanya ke sini. Damn, perut aku buat hal.

"Jin oppa kur, labu ni putung cumil-cumil nak buat pe?", soalku gedik. Saja tak nak suasana biar tergantung sepi je, rasa kekok pula.

"Yang tu aku nak buat bubur. Pumpkin Soup garlic hmm,ya ya pumpkin. Aku cuba nak buat. Ikut la siapa nak makan tengah malam nanti. Aku masak siap-siap untuk breakfast besok-"

"Makan lewat malam? Oppa makan pada waktu lewat malam? Tak ke rasa makan lewat ni tak elok~", celahku sambil menongkatkan dagu. Saja tanya. Jin pandang aku tajam, tangannya masih mengacau sup kimchi yang enak itu.
Marah ke?

"Sup ni bagus untuk kesihatan, tak perlu ambil jumlah yang banyak. Sikit pun boleh. Setiap hidangan hanya 189 kalori. Lebih bagus kalau kau cicah dengan roti gandum/oat, menu ni kurang lemak dan ya sesuai dimakan pada bila-bila masa saja if kau kebulur sangat. See my level.", leter Jin panjang. Ouh ok aku mengangguk faham saja.

"So...oppa nak makan malam ye nanti?"

"Aku bukan sejenis yang makan waktu di mana manusia tido. Kau akan tahu siapa nanti.", balas Jin selamba. Ouh aku lupa, bukan Jin seorang ja yang menghuni rumah ni. Ada lagi saudaraku yang lain. Tapi siapakah itu?


"SEDAPNYA BAUUUUUUUUU~~~", pekik seseorang yang baru singgah ke dapur. Hampir saja aku nak terpotong jari sendiri. Jin dah terkejut beruk, nasib tidak terbaling periuk sup panas itu ke udara.

°•SIBLINGS 3•°[-◈BTS◈-]✔Where stories live. Discover now