◇•67•◇

1K 125 62
                                    

Terkejut dengan berita yang terpapar di kaca televisyen, bagaimana mereka mahu melintas ke Gangnam kalau berlaku huru-hara di kawasan yang berdekatan dengan jambatan. Mingyu cakap, pihak polis akan usaha sediakan laluan untuk mereka untuk memasuki Gangnam. Mungkin mereka akan gunakan helikopter untuk menyebarangi Sungai Han.






"Kau nak tahu? Mafia di Gangnam dan jadi sebahagian daripada Zeus. Silap-silap diorang boleh tembak kita dari bawah." celah Taehyung membuatkan mereka yang lain berada di dalam bilik itu masing-masing kembali diam. Namjoon memutarkan pen dengan keluhan berat, nak fikir apa lagi.






"Ok so kita akan guna jambatan Jamsu, yang tu je yang selamat untuk lintas ke Gangnam. Aku akan arah pasukan polis untuk jaga jambatan tu." ujar Mingyu dan cadangannya mendapat persetujuan ramai termasuk Namjoon. Tidak lama kemudian, Yoongi datang dengan komputer ribanya lalu menayangkan slide.






"Peti tu ada di tingkat tiga, bilik Dong Hyeong ada di situ juga. Jadi kita akan dapatkan peti tu dan terus musnahkannya." terang Yugyeom. Namjoon mengangguk faham, seperti yang telah dirancang oleh dirinya sendiri yang akan masuk ke dalam bangunan tersebut bersama Yoongi.







"Aku tak rasa dengan musnahkan peti kawalan.....dapat hentikan keaktifan microchip tu." suara Yoongi yang membuatkan mereka masing-masing tertanya. "But at least dia akan ambil masa lima minit untuk lumpuhkan sistem pergerakan tubuh badan. Kemudian microchip tu akan kembali infect otak orang yang ada tertanam alat tu dalam kepala." sambung Yoongi lagi. Siapa je yang tak risau mendengarnya. Mereka tidak boleh menafikan, kalau Yoongi kata begitu mereka mesti percaya.







"Apa-apa pun, peti tu penting. Kalau ia musnah, Dong Hyeong tak boleh kawal mereka yang ada microchip tu. Lebih-lebih lagi J-Jungkook." akhirnya Jaerim masuk campur. Dari segi pandangan Namjoon, tangan gadis itu menggeletar teruk. Seakan-akan terfikirkan sesuatu yang buruk. Ya, dia memang memikirkan keadaan Jungkook yang entah hilang ke mana. Takut-takut Dong Hyeong sudah mendapat lelaki itu dan terus mengawalnya.






Mereka kembali berbincang hingga ke pengkahiran, masing-masing bersiap sedia sebelum pukul lapan malam. Mereka akan bergerak ke jambatan Jamsu dan akan dikawal dengan pasukan polis.






Secara tiba-tiba telefon milik Yugyeom berdering. Yugyeom terbuntang matanya bulat saat melihat nama kenalan yang terpapar di skrin telefonnya, mereka yang lain turut menunjukkan reaksi yang sama.





Itu Dong Hyeong.











"Hello?"



"Kau ada di mana? Bila kau nak balik?"



"Kenapa? Nanti aku balik la!" balas Yugyeom semula. Dia juga mencuba untuk tidak gabra saat berbual dengan lelaki bergelar King Zeus itu. Dong Hyeong senyap sebentar membuatkan jantung Yugyeom mula berdegup kencang. Entah apa yang akan dibalas oleh lelaki itu.







"Ah I see~ Nanti kau nak ke Gangnam bukan? Nak guna jambatan yang mana satu?" lantas tersentak dibuatnya Yugyeom. Lelaki itu mengalihkan pandangan ke arah Namjoon juga yang lain. Begitu kaget kalau Dong Hyeong tujukan soalan begitu. Namjoon mengisyaratkan saja agar Yugyeom tidak menjawab dan cuba mengubah topik.








"Kenapa kau tanya?"





"Ouh kau dah tahu bukan? Sekarang dah berlaku kekacauan di merata tempat. Aku harap kau guna jambatan Jamsu untuk datang ke sini~"






°•SIBLINGS 3•°[-◈BTS◈-]✔Where stories live. Discover now