◇♕54♕◇

958 121 50
                                    

Beomgyu menggigit bibirnya sendiri bagi menahan sakit yang menyerang kepalanya sehingga terluka. Air mata tidak henti menitis hingga membasahi pahanya. Dia cuba sedaya upaya untuk membuka ikatan di tangan termasuk kakinya, walaupun berpuluh kali ia tetap membuahkan hasil.

Cubaan melarikan diri terbatal di situ sahaja. Dia terlalu penat hingga terbaring di atas lantai yang sejuk. Ruang bawah pintu yang memberi sedikit ruang cahaya, hanya kedengaran beberapa suara manusia yang berbicara di luar.




Berkaitan Black Ares. Apa lagi yang mereka bincangkan lagi? Beomgyu tidak dapat menahan sebaknya lagi, masih tidak percaya bahawa anak-anak Mafia Haera ditipu secara bulat-bulat oleh bapa tiri mereka. Di fikiran Beomgyu hanyalah terbayangkan nasib Jimin yang mungkin ditimpa nasib buruk tidak lama lagi. Ingin saja dia mahu berlari dan menyelamatkan insan yang sudah dianggap sebagai abang kandung sendiri.




 Zeus sudah mula memburu mereka. Kesannya anak-anak Mafia Haera akan dibunuh, Black Ares yang dicipta sendiri oleh anak Jeon Jungwoon itu bakal terhapus. Dong Hyeong akan kuasai semua puak mafia dan mungkin pihak polis tidak akan bertindak apa-apa. Itu cukup bahaya. Dong Hyeong akan menjadi watak utama kemudiannya.



Beomgyu terjaga daripada lamunannya saat dikejutkan dengan beberapa bunyi das tembakan yang dilepaskan di luar. Anak muda itu mula ketakutan, apa yang sudah terjadi. Pintu bilik itu dibuka dengan kasar lalu seseorang meluru ke arahnya dengan keadaan kelam-kabut. Beomgyu dibangunkan lalu rambutnya yang kusut diusap dengan penuh cermat. 










"B-Beomgyu kau di s-sini rupanya hiks aku berjaya cari kau. Syukurlah kau masih selamat---" tubuh Beomgyu yang lemah didakap erat diikuti dengan tangisan lelaki itu. Beomgyu juga melepaskan tangisan, terlalu rindu dengan pelukan hangat sang sahabat yang sudah beberapa hari berpisah.




"Yeonjun hyung m-macam mana boleh cari Gyu dekat sini?" soal Beomgyu ke arah Yeonjun yang berusaha untuk membuka ikatan di tangan dan kakinya. Kelihatan tangan Yeonjun menggigil teruk, sepertinya dia dibelenggu ketakutan saat datang ke tempat bertapaknya puak Zeus semata-mata untuk menyelamatkan Beomgyu.




"Bukan sekarang aku nak c-cerita. Sekarang ni aku perlu keluarkan kau, aku dengan ahli Bishop yang lain datang ke sini. Ryujin akan bagi isyart dekat kita dari sana. Tak sangka kau ada di dalam tangan Z-Zeus...hiks maafkan aku sebab lambat tolong kau Gyu. Maafkan yang lain juga...." Yeonjun menitiskan butir air matanya saat melihat tubuh rakannya yang sudah terluka sana sini.


Ikatan sudah pun dibuka, dipapahnya tubuh rakannya itu keluar daripada bilik tersebut. Keadaan luar begitu huru-hara, beberapa orang Bishop sudah tertumpas di hadapan mata mereka berdua. Cepatnya Zeus kalahkan mereka. 




Terpaksa Yeonjun menggunakan jalan yang lain untuk melarikan diri. Seseorang pula datang bagi membantu untuk memapah lengan kiri Beomgyu. Rupa-rupanya rakannya yang lain kalau bukan lagi melainkan Soobin. Taehyun dan Huening Kai juga berlari bersama mereka, agak gembira kerana dapat berjumpa semula dengan rakan mereka yang sudah lama menghilang. Mereka berlima bersembunyi sekejap di salah satu bilik kecil. 



Masing-masing menggigil ketakutan bagai anak-anak kecil. Bunyi tembakan di luar hanya mampu didengari dari arah dalam. Mesti rakan mereka yang lain sudah tertumpas. Beomgyu cuba melihat ke arah keempat-empat rakannya, mereka terluka di sana sini. Itu membuatkan Beomgyu terasa bersalah.








"H-Hyung I'm not joking. Diorang memang kuat hyung---" bisik Huening Kai dengan bibirnya terketar-ketar. Habis kepalanya mengalirkan darah hingga mengenakan kolar bajunya. Kata mereka, atas perbincangan mereka secara senyap daripada pengetahuan Mingyu, mereka mengesyaki bahawa Zeus yang menculik Beomgyu kerana menyimpan rahsia di antara Queen Haeri. Jangan hairanlah jika Mingyu bersetuju untuk bergabung tenaga dengan Hera Rose demi menjaga keselamatan Queen Haeri daripada King Zeus sendiri.


°•SIBLINGS 3•°[-◈BTS◈-]✔Where stories live. Discover now