◇•60•◇

1.1K 122 73
                                    

Aku sudah sampai di Dongdaemun, keadaan jalan yang besar dan sunyi. Suasana yang gelap dan hanya diterangi dengan lampu jalan, tidak pernah lagi aku datang ke sini. Kata Yoongi, di sinilah tempatnya eomma kemalangan. Tidak jauh dari sini, ianya berdekatan dengan pokok besar.


Tempat yang tersimpan cctv itu terletak di dalam hutan kecil, juga tidak jauh daripada tempat kemalangan. Tidak sangka tempat itu masih terjaga dan tidak diusik oleh sesiapa pun. Cumanya kami perlu aktifkan semula alat itu untuk memdapatkan rakaman. Yoongi boleh selesaikan semuanya, jangan risau.

Nampaknya kami terpaksa berjalan kaki untuk masuk ke dalam. Hera Rose akan mengawal keselamatan di luar, tidak boleh masuk ramai-ramai. Hanya kami sahaja termasuk Lisa dengan Mingyu.





"Jae sejuk?" tegur Jungkook saat aku memeluk tubuh sendiri yang menggigil kecil. Sejuk jugaklah malam ni, berkepul-kepul asap keluar daripada mulutku saat menghembus nafas. Tanpa berlengah Jungkook menutupi tubuh aku dengan kot hitam tebalnya. Aku tersenyum saja.

"Thanks." ucap aku dengan ramah sekali. Kami teruskan berjalan, lebih kurang beberapa meter lagi untuk sampai ke sana. Pada masa yang sama, Yoongi sedang berhubung dengan Ryujin bagi mendapatkan maklumat dalam misi pencarian tempat yang dimaksudkan.

Aku melemparkan pandangan ke arah sisi, di mana tertanam pelbagai jenis pokok bunga yang cantik lagikan mekar kuntumannya. Sepanjang jalan ini dihiasi dengan taman bunga di sisi, menarikkan lagi perhatian kepada pengunjung yang datang.

Langkah aku terhenti, ada sesuatu yang menarik perhatian aku. Senyuman aku perlahan-lahan pudar dan mendekati pintu pagar yang menutupi salah satu taman bunga yang terasing daripada yang lain. Kenapa ianya berpagar? Bunga yang tertanam kesemuanya sejenis sahaja. Aku tidak berkedip mata dan terus menikmati suasana taman yang begitu luas hektarnya dari sini.



Bunga matahari. Aku merasakan ada sesuatu yang mengetuk jiwaku dengan satu memori....











"Kenapa Jae?" tegur Jungkook yang menyedari aku tiada di belakangnya saat berjalan tadi. Lelaki itu mendekati aku dan turut melihat keindahan taman itu juga.

"Cantik kan? Jae tak pernah lagi tengok taman secantik ni...." ujarku dengan senyuman yang mula terukir di sudut bibir. Jungkook sekadar hmm dan menemani saja aku yang masih tercegat di situ.



"Ouh kau first time tengok taman ni eh?" soal Lisa yang datang menegur kami berdua. Aku beralih ke arahnya dengan mengangguk laju. Gadis itu ketawa kecil lalu menepuk perlahan bahu aku.


"Taman ni memang setiap hari orang akan datang berkunjung, luas pula tu. Bunga matahari di sini memang terjaga. Tak silap aku, taman ni dah lama dibina. Selepas tuannya mati, tiada sesiapa pun tau kewujudan taman ni. Aku rasa tuan asal taman ni mesti happy kalau dapat tahu yang taman yang dibinanya sudah terkenal di mata penduduk Seoul. Ok tu je, dah jomm bergerak." terang Lisa panjang dan mengajak aku untuk terus berjalan.



Aku tercenggang. Kedua-dua mata aku langsung tidak berkedip, fikiran aku kini mengimbas semula memori yang tertulis di dalam buku diari itu.





"First time aku datang sini, aku cipta sendiri taman aku. Dan...di sinilah aku luahkan segala perasaan aku, dekat kawan-kawan aku sendiri hehe."

"Aku cuma nak tempat ni hanya berdunia dengan aku saja. Aku takkan biarkan sesiapa jejak tempat ni sebab...di sini aku dapat rasa...eomma ada di sisi aku..."

°•SIBLINGS 3•°[-◈BTS◈-]✔Where stories live. Discover now