◆♔44♔◆

1.1K 121 54
                                    

"Siapa yang ekori kita tu?", soal pemandu kereta milik ketua kepada kumpulan mafia Hera Rose itu. Anak matanya tidak henti daripada melihat cermin pandang belakang, kereta yang berwarna hitam serta cerminnya juga bertintet warna hitam agak sukar untuk memastikan siapa pemiliknya. Haeri sudah tidak sedap hati, segera dia mengarahkan anak buahnya agar memecut dengan lebih laju.



Kereta itu masih mengekori mereka.




"Aku dah agak mereka tu siapa. Bawa laju lagi.", arah Haeri lalu wanita itu mendail anak buahnya yang lain untuk datang melindungi dirinya. Lebih mengejutkan, bukan sebuah kereta sahaja yang mengekori mereka dari arah belakang, malah sebuah treler kontena serta dua buah motosikal berkuasa tinggi.


Wait? Treler kontena??


Mereka itu Zeus.






Apa yang penting, Lisa sudah mendapat arahan daripada sang ketua. Lantas gadis itu bertolak pergi termasuk beberapa ahli Hera Rose yang lain. Betul jangkaannya, perjalanan pulang Haeri akan mengheret sekali berita yang tidak baik.




______◆♚◆______

"Diorang ramai.", ujar Seokjin di alat earpiece. Namjoon mengarahkan agar mereka berpecah, bermakna team 2 akan bergerak melalui jalan yang lain dan akan bertemu semula di destinasi yang akan memerangkap pihak musuh.



Seokjin memecut laju kereta dan masuk ke jalan yang lain saat mereka bertemu dengan pembahagi jalan raya. Team 1 pula terus mengekori kereta milik Queen Hera Rose tersebut.



"Yakin ke kita akan sampai dengan masa yang ditetapkan? Kenapa perlu kejar kereta diorang??", soal Jaerim gelabah. Tidak tenang dibuatnya gadis itu sehinggakan jari sendiri digigit. Seokjin merengus nafas kasar lalu menghulurkan sesuatu kepada si adik bongsu itu.






"Apa ni?", soal Jaerim.

"Gula-gula Hacks! Kau kulum dan duduk senyap, aku tau nak buat apa.", balas Seokjin dan terus mengawal stereng. Jaerim kembali duduk tegak dan merenung ke arah bungkusan kecil gula-gula itu. Terasa hmm.



Seokjin dan Jimin teruskan berbincang untuk menentukan arah jalan yang cepat untuk sampai ke destinasi yang dimaksudkan. Agak sukar sebab Jimin duduk di belakang. Terpaksa bertukar tempat dengan Jaerim, jadi gadis itu akan duduk di belakang bersama Jungkook.



Fikir sendirilah bagaimana mereka berdua bertukar tempat.

Agak hampeh tapi terpaksa bagi memudahkan kerja dua orang saudara terchenta itu.





Manakala bagi team 1 pula, Namjoon cuba mengesan identiti pemilik kenderaan yang mengejar kereta Hera Rose. Hanya perlukan dua minit saja lagi, Yoongi pula mengawal stereng sambil berhubung dengan Seokjin yang berkedudukan jauh daripada mereka.




Hoseok memasang setiap senjata yang akan mereka gunakan jika misi diarahkan oleh Namjoon. Bersiap sedia jika ianya bermula.




Taehyung pula mengorek hidung. Dirinya tidak diperlukan lagi buat masa ni, tunggu saja.






"Logo jalinan petir. Siapa diorang ni?", soal Namjoon hairan. Bermakna dia sudah berjaya mengesan identiti pemilik kenderaan pihak musuh. Yoongi terkedu seketika. Hoseok dan Taehyung juga terhenti daripada melakukan kerja mereka.




"Zeus."


"W-What...?"


"Puak tu dah lama menghilangkan diri sejak kematian eomma. Selepas kedatangan semula Lee Dong Hyeong, diorang pun turut muncul semula jugak. Kumpulan mafia terbahaya di negara ni, tak kira di mana-mana kawasan mahupun daerah. Zeus cukup ditakuti ramai.", jelas Yoongi dengan kedua-dua matanya tajam tertumpu ke hadapan. Langsung tidak berkedip.




°•SIBLINGS 3•°[-◈BTS◈-]✔Where stories live. Discover now