◆04◆

2K 241 50
                                    

Nampaknya perjumpaan ni dah nak mula. Beberapa orang yang merangkap mafia sudah hadirkan diri, cuma ada sesuatu yang tinggal. Apa eh?

Topik yang ingin dibincangkan hanyalah berkenaan misi. Misi yang begitu besar dan bagi aku, ianya agak membebankan. Misi tu tak banyak, hanya satu. Tetapi satu itu pula terbahagi kepada beberapa bahagian yang akan diambil alih oleh setiap ahli puak itu. Termasuk aku.

"Saya sebagai Mafia 10 perlukan kerjasama kalian untuk menjayakan misi ni. Nak harapkan saya seorang agak mustahil nak settle, keadaan puak ni makin bahaya. Banyak musuh yang cuba jatuhkan kita.", terang Mr Ahn sambil memperbetulkan cermin matanya. Kami semua hanya mengangguk faham.

T-Tapi...

Macam mana nak jalankan misi kalau kumpulan pun tak dibahagikan?? What about code? Sepatutnya diorang patut lantik mafia berkod yang baru. I mean kod 09 hingga 02. Alang-alang semua dah ada di sini. Misi ni terlalu besar dan ia akan menentukan tahap kedudukan dan keselamatan Black Ares.

"Maafkan saya, macam mana misi ni nak dijalankan kalau tiada mafia berkod atasan? Saya tahu yang kod-kod ni dah tak wujud but at least lantiklah yang baru. Senang kerja.", celah aku. Itu membuatkan Namjoon yang duduk bertentangan membulatkan mata. Bukan dia sahaja, malah yang lain turut juga. Berani betul.

Mr Ahn menghela nafas perlahan-lahan sebelum membalas.

"Sorry, bukan saya yang akan aturkan semua tu Cik Jaerim. But our King.", balasnya. Kelihatan di situ wajah Mr Ahn sedikit kerut dan resah akan sesuatu. Aku mengerutkan kening, wait what? Mati-mati aku ingatkan Mr Ahn si King yang baru dilantik itu. Habis? Siapa pewaris kuasa eomma yang seterusnya? Mana dia?

Kami semua dikejutkan dengan kehadiran seseorang di muka pintu. Di belakangnya diikuti dengan beberapa orang lelaki yang berpakaian serba hitam. Aku terkedu.
Serentak semua yang berada di dalam bilik itu bangun, aku masih bingung. Aku bangun saja. Siapa lelaki itu?

"Ermm Black Ares, ini K-King baru kita. Pewaris kuasa Mafia Haera dan akan mewakili kita dalam menjalankan misi yang sulit ini.", ujar Mr Ahn, dengan itu kami semua menunduk hormat ke arahnya. Lelaki yang berkaca mata hitam itu kemudiannya mengarahkan kami semua duduk.

Siapakah dia? Tidak pernah pula aku nampak sebelum ni. Tapi, aku tak tahu pula yang eomma akan turunkan kuasanya kepada lelaki disebalik mask hitam itu. Pelik.

Lelaki itu kemudiannya menanggalkan topi. Mask dan cermin mata hitamnya itu juga ditanggalkan, maka terpampanglah wajahnya di hadapan setiap barisan mafia Black Ares. Aku membuntangkan mata. Dia tidaklah tampak muda ataupun terlalu tua, dalam linkungan umur 40 ke atas.

"Sekian lama aku menghilang, akhirnya bertemu semula juga kita di sini. So I'm your new King, Lee Dong Hyeon.", dia kemudiannya tersenyum sinis. Entah kenapa rentak degupan jantungku kian laju, aku rasa tidak senang duduk. Aku tak pernah jumpa dia ni. Dia ada talian darah ke dengan eomma? M-Macam mana dia boleh-

Secara tidak sengaja, anak mataku tertumpu ke arah wajah Namjoon yang duduk bertentangan denganku. Wajahnya kerut, mulutnya sedikit terbuka dengan nafasnya yang agak kencang. Kedua-dua matanya terbuka luas. Bagaikan nampak makhluk halus. Is he ok?

N-No. Bukan Namjoon sahaja,

Jimin,

Jin,

Yoongi,

Taehyung.

Mereka turut menayangkan reaksi yang sama. W-Wait, kenapa ni? Orang lain ok saja, kenapa diorang nampak risau dan ketakutan? Aku memalingkan wajahku ke arah Hoseok yang duduk di sebelahku. Hoseok juga sama.
Dia seakan-akan terkejut dan ketakutan, kedua-dua tangannya dikepal kuat dengan gigilan.

Sekejap-

"So, we have a new little mafia hm? Di mana ya? Let me know you~", ujar Dong Hyeong. Rasanya ia ditujukan ke arah aku, tiada sesiapa pun bangun. Ouh jadinya, aku la orangnya. Tanpa berkata panjang, aku bangun dengan sedikit segan.

"Err s-saya. Saya Yoo Jaerim-"

"Ouh so kau lah satu-satunya anak perempuan si Mafia Haera tu. Nice to meet you honey~."

"Err haa ya ya. Sayalah orangnya, jadi macam mana pula dengan King Hyeong? Apa hubungan anda dengan eomma saya?", soal aku semula. Secara serentak semua mafia yang berada di situ berpaling ke arah aku. Kekok. Mr Ahn seperti mahu mencarut. Namjoon dah mula cuak termasuk abang yang lain. Ouh, aku tak sepatutnya tujukan soalan biadap itu ke arahnya, mungkin.

Jap, itu tak menjadi satu masalah. I just want to know. Dong Hyeong hanya berketawa kecil.

"I'm her husband and also your stepfather honey~ Dan akulah yang jaga keenam-enam abang kau sampai kesudahannya diorang lupakan aku~ Betul bukan?~", lelaki itu menjeling ke arah wajah seorang demi seorang daripada saudaraku. Aku sedar akan itu, Namjoon dan yang lain hanya tertunduk.

Husband? Stepfather? Jaga Namjoon dan juga yang lain? Lupakan dia di kesudahan? Aku cuba nak fahamkan.

Enam? Sepatutnya tujuh.

Kami dikejutkan pula dengan kedatangan seseorang yang baru membuka pintu bilik itu. Dia dalam keadaan yang tergopoh-gapah masuk, Namjoon menutup wajahnya sendiri dengan tapak tangan.

Jejaka itu membengkokkan sedikit tubuhnya untuk memohon maaf disebabkan datang lewat. Aku tenung ke arahnya dengan agak lama, aku cuba nak mengesan rupa wajahnya.



"Ouh aku lupa seorang lagi~ I'm sorry Jeon~", kata Dong Hyeong. Aku tergamam, aku tak salah dengar, ya aku yakin aku tak salah dengar. Sekali dia dongak ke atas, aku bertambah gugup.

Dia lah Jeon Jungkook, yang memainkan watak kejam di dalam buku diari mendiang Mafia Jaerim itu. Aku bangga. He's real!
Kenapa aku langsung tak teringatkan pasal dia tadi?

Emmm masalahnya sekarang ni, Jungkook pun terkejut saat melihat wajah si Dong Hyeong yang merangkap sebagai ketua mafia Black Ares itu. Ya satu-satunya puak yang paling merbahaya di Korea Selatan.
Lupa nak gitau.

Lee Dong Hyeong, apa latar belakang sebenar lelaki tu sehinggakan saudaraku yang lain begitu takut dengannya?


Lebih-lebih lagi Jungkook.




-End Chapter 04-

°•SIBLINGS 3•°[-◈BTS◈-]✔Where stories live. Discover now