◆03◆

2.2K 253 117
                                    

Aku menyarungkan kemeja hitam di tubuhku lalu lengan disinting hingga ke paras siku. Rambutku yang panjang diikat. Huh lenguh jap. Well sambil-sambil tu aku meliarkan pandanganku ke setiap sudut di dalam bilik itu, ruang yang agak besar.

Rumah ini hanya berdua tingkat, ya bilik aku di tingkat atas dan berada di hujung sekali. Tingkat ni hanya tersedia dengan tiga bilik. Wait, kalau aku seorang dah duduk satu bilik...bagaimana dengan diorang yang tujuh lagi tu? Dekat bawah ada satu bilik je. Terkilan.

Apa-apa pun rumah ni terletak di kawasan yang agak tersembunyi. Rasanya sesiapa yang bergelar sebagai mafia pun, tempat tinggal mesti berada di kawasan yang mustahil dikesan oleh pihak berkuasa.

Dan...aku kekadang tertanya, rumah Mafia Jaerim yang dahulu masih wujud ke? Atau rumah tu sudah pun dirobohkan selepas kematian ketujuh-tujuh saudaranya. Nak kata rumah ni empunya diorang yang dulu, tidak juga. Rumah yang aku diami sekarang ni hanya dua tingkat. Kalau nak dibandingkan yang dulu, empat tingkat kot.

Aku mencapai Trench Coat hitam yang elok tergantung di sisi pintu lalu topi Fedora dipakaikan di kepala. Pfft agak suka dengan style begini, susah wei nak bergaya. Selalunya aku pakai besye-besye jer. Aku menuju ke tingkat bawah dan terlihat seseorang sedang menunggu aku di pintu.

"Namjoon oppa?", tegurku. Namjoon berhenti menaip sesuatu di telefon pintarnya lalu mempelawa aku untuk masuk ke dalam kereta.

"Emm mana yang lain?", soalku lagi.

"Ah diorang pergi dulu sebelum kita, so kau akan pergi dengan aku. Diorang dah tunggu dekat sana. So yeah kkaja.", balasnya yang segak berpakaian sut hitam itu. Hmm...nak kata aku lambat bersiap, kata jelah. Sumpah rasa bersalah gila ni.

Pintu bilik itu terbuka secara automatik saat ketibaan aku dengan Namjoon. Wow, even aku sudah berada di zaman yang canggih, benda semua ni rasa macam belum pernah nampak. Dasar katak aku. Aku dengan rasa segan menunduk hormat kepada beberapa orang yang sudah berada di dalam bilik yang agak luas itu. Hanya lima orang sahaja, mereka dengan serentak berpaling ke arahku. Tanpa suara, senyap, sunyi, sepi, krik krik.

"Ehemm so Jaerim, sila ambil tempat duduk kau. Ahli Black Ares yang lain belum lagi sampai termasuk King baru kita. Mungkin lagi 5 minit.", ujar Namjoon. Huh apa?? Punya tergopoh-gapah datang ke sini awak rupa-rupanya diorang tak datang lagi. Hanat nyeee. Tanpa berlengah aku mengambil tempat duduk di sebelah seseorang. Coat aku tanggalkan termasuk topi, hanya perlu duduk diam-diam tanpa berkata apa-apa sebab...emm...aku seorang je perempuan di sini. 

Namun, aku masih diperhatikan oleh lima orang jejaka yang mengelilingi meja itu. Namjoon pula baru mengambil tempat duduk dan cuba berhubung dengan mafia yang lain.

'Pehal diorang tengok aku macam tu? Baru kali pertama nampak perempuan ke acaner?'                                  

'Diorang still tengok aku, mungkin nak berkenalan? T-Tapi cakaplah!'

'Shittake! Aku kena buat sesuatu.'

"A-Annyeong, saya Mafia Yoo Jaerim. Emm baru nak masuk 21 tahun, ahh birthday saya emmm 25 August nanti haha lama lagi so chill~ So nama korang? Kita kenal sekejap je hari tu, tak sempat nak tahu nama lagi.", ucapku dengan begitu mesra sekali. Tapi tiada sebarang suara pun yang memberi reaksi terhadap kata-kata introduce aku. Ouh- Palau itu indah I know I know.

Mungkin diorang tak perlu nak perkenalkan diri, aku rasa nama diorang sama saja seperti yang dulu. Like Namjoon, nama dan wajahnya sama seperti mendiang Mafia berkod 02 yang dulu tu. Cuma, personaliti mereka sedikit berbeza, Namjoon kali ini pakai spek. Dan ianya sejuk mata memandang dengan rupa kekacakannya, emm. Rasanya nama diorang akan sama, tertukar atau tak sama langsung. Mungkin hanya Namjoon seorang saja, hah lega.

Ada seseorang bangun daripada tempat duduknya secara mengejut, permukaan meja dihentaknya dengan kuat, ppakk!! Hampir saja Namjoon mahu terbaling telefon di pegangannya akibat terkejut. Yang lain pun sama.

"AKU KIM TAEHYUNG! ANAK MAFIA HAERA YANG PALING ENCEM PAU PLUS AUMM AUMM!", jerit lelaki itu lalu berjalan ke arahku. Tangan kananku ditariknya dan dijabat lalu digoncang dengan kencang sekali. Aku hanya mampu membalas senyuman kelat. Eh nape ni dehek pekah? Jap Jap Jap!

Nama dia K-Kim Taehyung? Ini karma! Semua ini karma! Maknanya...

"Haa di sana yang rambut ceklat susu-susu tu abang kedua kau, Min Yoongi~ Dia pakar dalam menggodam semua mende. Kalau kau nak naikkan ranking game caceng haa kau gi dekat dia.", apa lagi, terus Yoongi mengangkat kedua-dua bahunya dengan wajah Well I'm swag bitches, jari-jemarinya masih tekun menaip sesuatu di kaca skrin telefon. So, dia Y-Yoongi...pakar penggodam?? Aku menelan air liur pahit menahan resah. Taehyung menyambung lagi.

"Tu Park Jimin, yang rambut biru gelap bagaikan laut mati. Dia abang kelima kau, agak senyap dan kau jangan cari masalah dengan dia. Otak dia mengalahkan atuk Albert Einstein, kalau kau nak main Scrambled, ni dia pakar ada~."

"Oit Scrabble, not Scrambled.", sampuk Jimin. Hmm sempat juga aku tersenyum tipis dengan gelagat mereka semua. The real personality of mafia~

"Yang bahu lebar tu-", kata-kata Taehyung terhenti saat kepalanya terkena pen marker yang dibaling oleh seseorang dari jarak dekat. Nice shot. Taehyung merungut sakit, terkejut aku. Terasa bahang panas di dalam bilik itu, ya ada seseorang yang dah hangit. Terus tubuhku didakap Taehyung dengan manja serta aduan.

"Tengok nuh T-RexJin maghoh titew, dah memang betul pun bahu ko lebar-"

"Sampai bila kau nak merendahkan darjat bahu aku? Tengok la hari bila aku bakor boxer kau sampai takde collection! Ko tunggu ko tunggu!", ugut Seokjin sambil melipat lengan baju kemejanya.

"Buwekk aku curi boxer kau balik! Jangan main-main dengan aku!", balas Taehyung lalu membaling semula pen marker  ke arah si abang sulung. Maka, bermulalah porak-peranda di antara jejaka yang sudah putus wayar. Aku just mengetap bibir dan berganjak jauh sikit, takut-takut kepala aku jadi mangsa.

"Hai, aku Jung Hoseok. Nice to meet you Jaerim.", tegur seseorang di sebelahku dengan sekuntum senyuman yang begitu mekar. Aku membalas senyumannya. YA, senyuman yang tidak berubah seperti Mafia berkod 08 yang dulu, gambarnya ada di dalam buku tu. Tapi, apa yang lebih mengejutkan, Hoseok cuba mencari tanganku untuk dijabat mesra. Aku tergamam.

Dia buta juga? Aku yakin, sebab pandangannya tidak tertumpu langsung ke arahku. Jantungku semakin berdegup pantas, aku cuba untuk senyum saja. Tanpa berlengah aku menyambut kedua-dua tangan kekar lelaki itu dan digenggam erat. Namjoon yang berada berdekatan hanya tersenyum melihat sesi borakan di antara kami berdua. Mungkin dia rasa sedikit lega, aku boleh terima seorang saudaranya yang serba kekurangan. Biarlah dia tidak dapat melihat wajahku, apa yang penting senyumannya tidak mati di pandangan aku. Itu je.

"Yaaa haaa!! Selangkah kaki je kau masuk bilik aku, hidup kau tak tenteram Taehek!", jerit Seokjin yang cuba mendapatkan Taehyung. Namun bajunya ditarik Yoongi, ahh kalau bergaduh memang macam ni eh? Jimin pula sedang usaha menjadi dinding di antara kedua-dua saudaranya yang sedang meletuskan perang dunia...kecil.

"Kau gi la curi boxer  yang lain! Saiz aku tak sama dengan kau la Kim Taehek! Mahal pun mahal!"

"Haaa jangan jadikan boxer aku mangsa kau.", sempat Yoongi mencelah. Taehyung dah meroyan teruks. Masalahnya Jin dah kotakan janji untuk menghapuskan koleksi boxer si anak Kim gara-gara kata ejekan terhadap bahu teragungnya kali ke 100+, manakala yang lain pula tak kasi permission untuk sedekahkan sedikit pakaian dalam itu. Jadi, Taehyung bakal kemurungan.

"Hahahaha aku serbu bilik budak tu nanti. Jangan ingat aku takde geng hmm~", kata taehyung dengan senyuman sinis. 

"Yaaaa andwaee! Kau jangan nak kacau boxer  anak Jeon aku!", balas Seokjin.

Aku terkesima. Jap, nama tu-

Ia kembali semula. Entah kenapa satu badanku terasa menggigil saat mendengar nama yang disebut-sebutkan itu.

Jeon Jungkook?


-End Chapter 02-

°•SIBLINGS 3•°[-◈BTS◈-]✔Where stories live. Discover now