𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |8

108K 4.4K 684
                                    

"Your eyes stole my words away, baby

ओह! यह छवि हमारे सामग्री दिशानिर्देशों का पालन नहीं करती है। प्रकाशन जारी रखने के लिए, कृपया इसे हटा दें या कोई भिन्न छवि अपलोड करें।

"Your eyes stole my words away, baby."

Tengku Adrian berjalan perlahan lahan masuk ke dalam ruangan syarikatnya yang berdiri megah di tengah tengah kota raya itu.

Sebenarnya hari ini dia cuti tapi memandangkan banyak lagi fail yang perlu ditandatangani, maka dia terpaksa turun ke pejabat.

"Selamat pagi, Tengku." Sapa beberapa orang pekerja lelaki dan wanita.

Dia hanya menganggukkan sedikit kepala dengan wajah yang dibiarkan beku. Memang ini ekspresi wajah semula jadinya.

"Tengku, Tuan Megat call saya semalam. Dia cakap harini dia nak jumpa Tengku. Dia dah cuba hubungi Tengku banyak kali tapi tak berangkat." Faris yang setia di belakangnya sedari tadi lagi mula membuka bicara ketika mereka berada dalam lip VIP yang direka khas untuk orang orang tertentu sahaja.

"Hmm. Dekat mana?"

"Dia cakap dekat coffee house di Jalan Bukit Bintang." Faris menjelaskan dengan lengkap. Bimbang kalau tuannya ini mengamuk.

"Takpe. Nanti aku call sendiri dia. Kau nak ikut juga ke?" Tengku Adrian selalunya ke mana mana dengan Faris. Kali ini dia bertanya sebab semalam Faris cakap yang dia nak ke satu tempat.

"Kalau Tengku benarkan, saya nak pergi beli barang sedikit. Jadi saya tak joinlahTengku dengan Tuan Megat." Faris sopan memberitahu.

"Kau pergi jelah tempat yang kau nak tuju. Aku drive sendiri petang nanti. Kau naik kereta aku yang satu lagi." Tengku Adrian memberikan kata putus. Lagipun dia memang bercadang untuk tidak membawa Faris sebab ada hal yang sulit untuk dia bincangkan bersama sahabatnya, Megat Iskandar Shah.

"Baik Tengku." Faris tunduk hormat.

"Oh lagi satu, kau cakap dekat Megat suruh dia sampai awal. Dia tahu yang aku tak suka tunggu tunggu orang."

"Dan kau juga harini aku benarkan cuti." Tengku Adrian memberikan pelepasan awal untuk Faris pulang. Sebenarnya harini Faris masih juga bercuti tetapi dia terpaksa batalkan cutinya sebab Tengku Adrian turun pejabat.

"Betul ke Tengku?" Terpancar riak tidak percaya pada wajah Faris. Selalunya memang kalau Tengku Adrian ke mana mana waktu pejabat, dia akan ada sekali. Nampak macam pasangan kekasih pun ya.

"Ya. Kau ingat aku ni kaki tipu ke?" Jeling Tengku Adrian lalu membuka pintu pejabatnya.

"Terima kasih Tengku. Saya selesaikan hal saya sikit lepastu saya gerak ya Tengku." Laju sahaja Faris meluahkan ayatnya bersama wajah yang teruja.

"Hmm." Pendek sahaja jawapan balas Tengku Adrian.

Dia membuka kot yang berwarna blue black itu lalu disangkutkan pada stand rod. Terlihat pakaian pejabatnya yang lengkap berserta tali leher.

Adrian's Obsession जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें