𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |10

114K 4.1K 878
                                    

"Your eyes stole my words away, baby

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Your eyes stole my words away, baby."

Tengku Adrian duduk sekejap di living hall yang luas itu selesai sahaja makan malam. Seluruh ahli keluarga dia pun turut ada.

"So how's your work? Daddy dengar ada masalah sedikit dengan syarikat Ian. Betul ke?" Daddy bertanya ketika mereka sekeluarga khusyuk menonton filem.

Sebenarnya Tengku Benjy ada banyak anak syarikat tetapi pusat syarikat mereka, dia serahkan kepada Tengku Adrian.

Royal Leon Group.

Tengku Benjy pula lebih selesa berada di anak anak syarikat mereka. Dia lebih suka turun padang tengok pekerja pekerja mereka melakukan tugas berbanding berada di kerusi eksekutif.

"Okey tu okey daddy. Cumanya ada seorang pekerja Ian seleweng duit syarikat. Faris dah dapat cari cumanya kami tunggu masa yang sesuai je nak serang si parasit tu." Tengku Adrian menjawab dalam nada sedikit marah. Marah kerana mudah mudah je orang ingin memperbodohkan dia sedangkan dia dah ada dalam dunia perniagaan ni hampir enam tahun.

"Daddy harap Ian dapat selesaikan masalah ini sebab ada sorang dua pemegang syer dah bising. Cakap syarikat kita tak pandai nak urus hal remeh ini." Daddy merungut perlahan.

Dia dah dengar banyak aduan tentang ini tetapi dia malas nak berbunyi lagi sebab bukan salah mereka kalau ada yang seleweng duit syarikat.

"Don't worry daddy. I will handle this." Segaris senyuman berserta wajah yang yakin.

"Good to hear that. By the way, mummy ada cerita dekat daddy, a lady. Reanne namanya. Who is she?" Soalan daddy nyata dapat menarik semua mata memandang ke arah daddy. Termasuk juga Tengku Adrian.

"How did you know?" Soal Tengku Adrian. Takkan secepat ini rancangan dia dapat dihidu?

"Siapa lagi kalau bukan your mum." Daddy menjuihkan bibirnya ke arah mummy.

Mummy pula hanya menayangkan senyuman yang anggun itu.

"Who is Reanne, along?" Soal Tengku Adam pula. Dari tadi lagi dia mahu bertanya tentang perempuan yang dah dapat mencuit hati abangnya tetapi tidak berkesempatan.

Tengku Adrian pula hanya menayangkan senyuman terpaksa sambil mengusap usap perlahan belakang tengkuknya.

"Your future sis-in-law. Dah jangan tanya. Jelas kan jawapan along?" Tengku Adrian berterus terang. Malah nak selindung selindung lagi. Penat dia kalau terus digasak dengan soalan.

"Wow - betul ke long?" Semua di situ menayangkan wajah tidak percaya kecuali mummy dan daddy.

"Ya."

Adrian's Obsession Where stories live. Discover now