𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |31

128K 4.2K 1.2K
                                    

"Your eyes stole my words away, baby

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

"Your eyes stole my words away, baby."

Tengku Adrian tidak dapat fokus bagi mesyuarat pada pagi itu. Fikirannya menerewang kepada Reanne.

Faris yang setia di sisinya itu hairan apabila majikannya tidak memberi tindak balas kepada soalan yang ditanya oleh peneraju syarikat besar itu.

"Sir?" Tersentak sedikit Tengku Adrian apabila peneraju di depannya ini memanggilnya.

"Sorry." Tersedar dengan kekhilafannya, dia memohon maaf.

"You can ask my assistant." Ujar Tengku Adrian lalu kepalanya dipalingkan menghadap Faris.

Faris yang mengerti akan isyarat itu lantas menganggukkan kepalanya lalu dia yang menjadi mulut Tengku Adrian kerana dia memang fokus sedari tadi lagi.

Faris yang mengerti akan isyarat itu lantas menganggukkan kepalanya lalu dia yang menjadi mulut Tengku Adrian kerana dia memang fokus sedari tadi lagi

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

Reanne menarik bagasinya perlahan. Diikuti oleh mummy serta daddy di belakang.

"Betul ni Reanne tak nak Pak Mat hantar ke airport?" Soal mummy dari tadi lagi apabila Reanne mengatakan yang dia akan menumpang kawannya untuk ke lapangan terbang.

"Love, dahlah tu. Kan Reanne dah cakap yang dia balik dengan kawan dia. Ada bendalah tu mereka nak borak sebelum Reanne balik ke sana. Awak ni pun." Tengku Benjy menggelengkan kepalanya perlahan dengan sikap isterinya yang tak mengenal erti putus asa itu.

Reanne yang melihat wajah mummy yang bertukar cemberut kerana ditegur oleh daddy itu hanya mampu menarik senyuman manisnya.

"Tak apa mummy. Reanne memang dah janji dengan kawan Reanne. Mungkin dia dah sampai." Reanne menarik perlahan tangan mummy lalu digenggamnya. Kawan yang dimaksudkan ialah Hana dan Diya. Salah seorangnya merupakan anak saudara mummy juga.

"Hmm dah Reanne cakap macam tu, tak apalah. Suruh kawan Reanne ambil masuk dekat dalam. Jauh tu kalau Reanne nak jalan keluar dari pagar." Mummy sempat memesan kepada Reanne.

"Baik, mummy." Reanne mengiyakan saja.

Daddy berlalu ke arah keypad yang berada di dinding bersebelahan dengan pintu utama itu lalu ditekan butang record.

Adrian's Obsession Donde viven las historias. Descúbrelo ahora