𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |60

107K 3.8K 253
                                    

"Your eyes stole my words away, baby

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Your eyes stole my words away, baby."

"Abang." Reanne menggoncang perlahan tangan Tengku Adrian. Dia rasakan bahagian bawah dia sakit sangat. Katil dia turut basah. Menunjukkan bahawa air ketuban telah pecah. Due date dia pun tinggal beberapa hari lagi.

"Kenapa sayang? Sayang nak makan mangga ke?" Terpisat pisat Tengku Adrian membuka mata. Dia rasa baru beberapa jam sahaja dia tidur kerana Reanne tak berhenti merengek tadi.

"Sakit." Berkerut dahi Reanne. Peluh peluh kecil turut keluar menuruni dahinya.

"Haa?" Terbuka luas bukaan mata Tengku Adrian. Okay, dia dah tahu!

"Sayang dah nak bersalin ke ni?" Soalnya kalut. Dia tak pernah ada pengalaman. Jadi; tak hairanlah kalau dia rasa kalut.

Reanne menganggukkan kepalanya dengan laju. Dia rasakan ingin berteriak sekarang ini tetapi tak boleh.

Tengku Adrian segera menyauk badan Reanne sebelum mencempungnya keluar daripada bilik. Nasib baiklah sekarang ini mereka berada di rumah mummy.

Sampai di ruang tamu; dia lihat Tengku Adam dan Tengku Aryan tengah melayan movie di televisyen.

"Basil, Adam. Tolong along." Tengku Adrian berkata cemas kepada Tengku Adam dan Tengku Aryan.

Terus kedua dua orang adiknya itu berjalan ke arahnya. Wajah Tengku Adam dan Tengku Aryan turut cemas apabila melihat kakak ipar mereka yang sedang berkerut kesakitan itu.

"Ikut along pergi hospital. Aryan, ikut along. Adam pula pergi kejutkan yang lain." Arah Tengku Adrian laju. Tak banyak bunyi, terus kedua duanya mengangguk setuju.

Tengku Aryan berjalan ke arah pintu utama lalu dibukakan pintu itu supaya memudahkan lagi urusan abangnya itu.

"Bawa kereta along. Barang baby dah ada dalam tu." Sambung Tengku Adrian lagi. Tengku Aryan segera menekan butang lock kereta Range Rover itu sebelum membuka pintu kereta kepada alongnya.

Reanne dimasukkan berhati hati ke dalam kereta itu. Tengku Aryan mengambil tempat di hadapan.

Kereta itu laju membelah jalan raya. Gleaneagles Medical Centre dituju.

Sampai saja di hadapan pintu masuk itu, terus saja nurse menyorong stretcher ke arah kereta Tengku Adrian apabila Tengku Aryan memanggil jururawat.

Terus saja Tengku Adrian mencempung Reanne keluar daripada kereta. Diletakkan dengan berhati hati isterinya itu di atas stretcher itu.

"Basil park kereta dulu. Lepastu bawa barang baby masuk dalam. Cakap dekat yang lain juga." Tengku Adrian mengarah kalut sebelum dia memboloskan diri masuk ke dalam hospital itu.

"Abang, sakit." Reanne menggenggam erat tangan Tengku Adrian yang setia mengusap tangannya itu.

"Abang ada ni sayang," balas Tengku Adrian lembut. Nak menangis pun ada juga dia rasa apabila melihat keadaan isterinya macam ni. Dia tak sanggup.

Adrian's Obsession Where stories live. Discover now