𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |29

110K 3.7K 985
                                    

"Your eyes stole my words away, baby

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Your eyes stole my words away, baby."

"Come, Reanne." Mummy menarik tangan Reanne turun dari kereta Alphard itu.

Mereka terus menuju ke arah satu butik pengantin dua tingkat yang berada di kota raya itu.

Reanne hanya menurut bersama senyuman.

Buka saja pintu, mereka disapa oleh seorang pekerja. Lebar senyuman pekerja itu apabila tertangkap pandang dengan mereka.

"Is Michael there?" Soal mummy kepada pekerja itu. Reanne hanya diam saja.

"Ya, Datin Sri. Encik Michael dah tunggu dekat ruangan dalam." Jelas pekerja itu bersama senyuman.

Nampaknya memang mummy ni pelanggan tetap dekat sini sampaikan pekerja itu mengenali pangkat mummy.

"Okay, thank you. Come Reanne." Mummy menggamit Reanne yang berdiri di sampingnya itu.

Kaki diarahkan ke dalam ruangan dalam yang nampak lebih eksklusif dan mewah itu. Terdapat chandelier di tengah tengah ruang itu.

Di sisi mereka, dipenuhi dengan gambar gambar baju yang sudah siap dibuat. Kagum Reanne melihat dekorasi dalaman butik ini.

Padanlah jika butik ini terkenal di seluruh Malaysia.

"Have a sit Tengku and Cik Reanne." Michael terus mempelawa dua pelanggan besarnya itu ke arah sofa yang tersedia di ruangan pejabat itu.

"Cantik sangat orangnya,Tengku." Michael memuji Reanne yang nampak sopan saja itu. Cantik pula tu.

Tahu dek Tengku Adrian, habislah Michael kena jerkah. Tengku Adrian tu mana boleh kalau lelaki pandang tunang dia ni lama lama.

"Mestilah Mich. Bakal menantu I ni kan." Mummy mengiyakan lalu tangannya menepuk perlahan kekura tangan Reanne.

Reanne hanya tersenyum sedikit janggal. Tak tahu mahu bereaksi macam mana.

"Bertuah Tengku Adrian." Puji Michael lagi. Kini, dia telah membuka buku lakarannya yang telah berada di atas meja kaca itu.

"Tengku Adrian tak datang ke Tengku? Sebab saya dah siapkan untuk bride and groom punya attire. Senang sikit nak adjust apa apa."

"Dah siap ke Mich? Cepatnya. I baru cakap last two weeks kan?" Persis tidak percaya wajah mummy sekarang ini.

Dia ada call Reanne lepas je dia sampai dekat Kuala Lumpur; dari rumah Reanne. Tanya tentang pakaian nikah dan juga pakaian untuk bersanding. Reanne nyatakan melalui telefon dan terus mummy memberitahu Michael. Lagi cepat, lagi bagus katanya.

Semuanya mummy yang arrangekan. Bermula daripada baju ketika akad nikah hinggalah baju sanding dekat keluarga belah lelaki dan perempuan.

"Yes, Tengku. Dah siap. Semua yang you tempah. I kerahkan seluruh tenaga pekerja I. Tak boleh lambat lambatkan, nanti you viral pula butik I." Mummy menyambut kata kata Michael dengan ketawa; begitu juga Michael. Hanya Reanne yang tersenyum.

Adrian's Obsession Where stories live. Discover now