𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |2

124K 5K 990
                                    

"Your eyes stole my words away, baby

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Your eyes stole my words away, baby."

"Saya.....saya....." Faris tak tahu nak kelentong Tengku Adrian macam mana. Bukan dia tak tahu yang Tengku Adrian paling pantang orang tipu dia dan satu lagi. Tengku Adrian mudah mengesan jika seseorang itu bercakap benar atau tidak. Kata hati lelaki itu kuat.

"Saya apa Faris? Kau tipu aku?" Tengku Adrian mula berdiri dari kerusinya dan berjalan perlahan ke arah Faris.

"Kau tahu aku paling pantang orang tipu aku kan. Selama ini kau cakap yang kau hanya dua beradik. Seorang adik perempuan. Lagi satu datang dari mana? Dari pembohongan kau ke?"Tengku Adrian mula tersengih pada hujung bibir. Senyuman yang membawa maksud yang tidak elok.

"Saya minta maaf Tengku. Saya takut Tengku apa apakan adik saya Tengku. Maafkan saya Tengku." Faris terus melutut dan memeluk kaki Tengku Adrian itu.

Tengku Adrian pula hanya kaku sambil cuba menstabilkan nafasnya yang mula berombak laju.

"Kau ingat aku jahat sangat ke bodoh sampai nak apa apakan adik kau itu. Aku tak tikam belakang orang kalau dia tak tikam belakang aku dulu." Penuh makna ayat yang dituturkan oleh Tengku Adrian itu.

"Ampun Tengku." Faris masih memeluk erat kedua dua kaki Tengku Adrian.

"Bangun." Hanya satu arahan yang diberikan oleh Tengku Adrian dan ianya mampu membuatkan Faris berdiri tegak.

"Kalau tak ingatkan yang kau ni orang kepercayaan aku, dah lama kepala kau tembus dengan peluru." Nyata ayat itu mampu membuatkan badan Faris seram sejuk. Bukan dia tak tahu yang Tengku Adrian ni berpegang dengan kata kata dan ini membuatkan dia yakin seratus peratus yang Tengku Adrian akan kotakan ayatnya itu.

"Aku izinkan kau balik. Cumanya bersyarat." Sambung Tengku Adrian apabila tiada balasan ayat daripada Faris. Nampaknya Tengku Adrian tidak mudah melepaskan Faris kali ini. Siap bersyarat lagi.

"Apa Tengku?" Perlahan soalan yang dituturkan oleh Faris. Dia dah dapat mengagak syarat yang akan diberikan oleh Tengku Adrian itu.

"Aku ikut kau balik Kelantan. Jangan risau. Aku tak apa apakan adik kau. Aku pun nak bercuti. Nak tenangkan fikiran aku." Dan benarlah apa yang difikirkan oleh Faris itu.

"Tapi Tengku..."

"Tak ada tapi tapi. Kalau tak memang aku tak bagi kau balik. By the way, bolehlah aku tengok adik perempuan kesayangan kau tu kan." Ayat yang dinyatakan oleh Tengku Adrian ini sudah cukup memberitahu bahawa hidup Reanne selepas ini akan dihantui oleh bayang bayang Tengku Adrian.

'Maafkan abang Ris, Reanne.'

"Baik Tengku. Kalau tak ada apa apa lagi saya keluar dulu ya tengku." Faris menundukkan wajah sambil kaki mengundur ke belakang.

Sudah menjadi peraturan di sini bahawa jangan palingkan belakang tubuh ke arah Tengku Adrian apabila selesai sahaja urusan.

Apabila Faris menutup pintu bilik kerja Tengku Adrian itu, perlahan lahan tangan naik meraup muka.

Adrian's Obsession Where stories live. Discover now