𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |26

107K 4K 259
                                    

"Your eyes stole my words away, baby

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Your eyes stole my words away, baby."

Kini dah dua minggu sejak hari pertunangan itu. Dalam tempoh dua minggu ini, memang Reanne tak berhubung langsung dengan Tengku Adrian.

Dia masih marah dengan kejadian yang berlaku dua minggu lalu. Hanya dengan mummy serta Tengku Ariana saja dia berbual, bercerita itu dan ini. Sekali sekala, pasti wajah daddy terselit sama. Ada juga wajah Tengku Aryan dan Tengku Adam ketika mereka bervideo call.

Nasib baiklah selepas saja Tengku Ariana dan adiknya, Raisha melihat keadaan yang memalukan antara dia dan Tengku Adrian, kedua dua budak itu diam. Tak tahulah Tengku Adrian cakap apa.

Kini, dia perlu ke Kuala Lumpur. Mummy mengarahkan dia untuk fitting baju. Kata mummy, dia dah buat temu janji dengan pereka fesyen yang tersohor itu. Satu Malaysia kenal.

Kalau dia tahu yang dia perlu ke Kuala Lumpur, baik dia tumpang abang Ris je. Lagi best. Tapi itulah, abangnya itu ada kerja. Dah balik beberapa hari lepas. Sibuk sangat.

Dia mengambil bajunya yang terlipat rapi di dalam almari sebelum disumbatkan ke dalam bagasinya. Ikutkan hati, dia nak ajak Raisha pergi dengannya tetapi sayang, Raisha sekarang ni tengah SPM. Tinggal beberapa kertas lagi untuk habis.

Dia dah rasa muak nak naik kapal terbang walaupun baru beberapa kali naik.

Kali ini, mummy yang membelinya tiket. Dah ditolak tetapi mummy memaksa untuk terima. Business class pula tu!

"Dah siap Reanne?" Soal mama perlahan. Terbayang kembali soalan ini ketika dia kena balik ke Selangor beberapa minggu lepas. Sama je soalannya.

"Dah, ma." Jawab Reanne ringkas berserta senyuman manis.

"Kalau macam tu, jom. Papa dah tunggu dalam kereta. Raisha pun ikut sekali." Mama menarik senyuman lantas bagasi anak perempuannya itu ditarik.

Reanne mengikuti langkah si mama. Dia melihat Raisha yang berada di atas sofa; khusyuk menelaah novel Harry Potter. Tengah exam bukannya baca buku tetapi dibacanya novel English.

"Raisha, jom." Panggil mama apabila melihat anak bongsunya itu tidak sedar yang mama dengan Reanne dah ada di ruangan ini.

"Oh, jom." Tersentak sedikit Raisha apabila ditegur secara tiba tiba itu. Dia bangun dan kaki terus dihalakan ke arah muka pintu. Dia menutup pintu lalu menguncinya.

Reanne sudah masuk ke dalam kereta diikuti oleh adiknya.

"Tak boring ke kak naik flight?" Soal Raisha kepada kakak yang ralit menghadap phone itu.

"Hmm, boring pun apa boleh buat." Keluh Reanne perlahan.

"Tak apa kak. Abang Ad sayang lah tu. Kalau tak sayang takdenya buat macam tu dekat kakak minggu lepas." Cakap lepas je si Raisha ni. Tak pandang kiri kanan.

Adrian's Obsession Where stories live. Discover now