𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |53

100K 3.6K 432
                                    

"Your eyes stole my words away, baby

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Your eyes stole my words away, baby."

"Sayang, say something." Tengku Adrian menyentuh wajah mendung Reanne itu. Reanne pula bagaikan patung. Hanya diam sedari tadi.

"Jangan masuk campur urusan rumah tangga abang Ian lagi. Both of you." Tengku Adrian menatap tajam wajah Hana dah Dhiya yang bagaikan tertelan peria itu. Kelat semacam.

Tengku Adrian merengkuh perlahan bahu Reanne supaya mengikutinya ke kereta. Reanne pula membekukan kedudukannya. Tidak bergerak seinci pun.

"Sayang, please. I don't want to create any scene. Kita kat tempat awam ni." Tengku Adrian memeluk erat pinggang Reanne bersama bisikan amaran itu.

Reanne akhirnya mengikuti juga langkah Tengku Adrian setelah dia memerhatikan wajah kedua dua sahabatnya itu. Tentu teruk mereka berdua kena marah lepasni.

Masuk saja ke dalam kereta, terus Reanne menjauhi suaminya. Jijik dia rasakan untuk berada di sisi Tengku Adrian.

Tengku Adrian menyabarkan hatinya. Lagipun, ini bukan salah Reanne.

"Saya dahaga ni, Tengku. Saya nak pergi beli air kejap." Faris yang rasakan bahang di dalam kereta itu mulai mencipta alasan. Dia tak nak masuk campur urusan rumah tangga mereka berdua walaupun Reanne itu adiknya.

"Reanne selesaikan baik baik dengan Ad, ya. Jangan stres. Reanne mengandung." Pesan Faris sebelum dia melangkah keluar daripada kereta.

"Kita bincang, sayang." Tengku Adrian menarik wajah Reanne supaya berhadapan dengannya.

"Jangan sentuh sayalah." Reanne menepis kasar tangan Tengku Adrian yang sibuk membelai wajahnya itu. Dijeling tajam wajah suaminya sebelum dia memusatkan kembali pandangannya ke hadapan.
Bahasa panggilannya juga dah bertukar.

"Sayang, please. Let make this problem clear. Kalau tak bincang, macam mana nak selesai?" Tengku Adrian agak terkilan dengan Reanne. Isterinya yang selama ini suka akan sentuhannya kini tidak lagi. Malah, pandangan jijik yang Reanne tonjolkan waktu dia menyentuh wajah itu mampu mematahkan semangatnya.

"Nak bincang apa? Semua perkara dah terjadi pun kan. Awak dengan dia pun dah kahwin. Dah ada anak dah pun." Jawab Reanne kasar. Dia lupa bahawa dia perlu menghormati Tengku Adrian sebagai suaminya. Rasa marah mengatasi segalanya.

"Reanne." Tengku Adrian memanggil tegas nama isterinya. Dia tidak suka dengan bahasa yang Reanne gunakan.

"Abang berani bersumpah yang Lily bukan anak abang, sayang. Ya, abang mengaku yang abang pernah kahwin dengan Erika. Tapi itu........"

"Cukup. Saya dah tak nak dengar. Save your words. Dah cukup awak memperbodohkan saya selama ini, Adrian. Dah cukup." Ucap Reanne. Kini, air matanya mulai berjujuran turun. Sakit yang dia tanggung hanya dia yang tahu.

"Sayang."

"Jangan dekat dengan saya!" Larang Reanne apabila melihat Adrian yang mulai mengengsotkan badan ke arahnya. Dia menyapu kasar air mata yang masih degil mengalir menuruni pipi.

Adrian's Obsession Where stories live. Discover now