𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |54

120K 3.9K 683
                                    

"Your eyes stole my words away, baby

Deze afbeelding leeft onze inhoudsrichtlijnen niet na. Verwijder de afbeelding of upload een andere om verder te gaan met publiceren.

"Your eyes stole my words away, baby."

"Apa ni, Adrian?" Reanne mencampak kasar telefon bimbitnya ke arah Tengku Adrian yang berada di basement itu. Basement yang menempatkan mini gym.

"Apa?" Tengku Adrian tidak faham. Tiba-tiba saja isterinya mencarinya hingga ke sini. Selalunya, Reanne paling liat nak turun ke basement.

Reanne hanya diam. Wajahnya yang kemerahan itu sudah tidak boleh ditutup lagi. Patah hatinya berlipat kali ganda sekarang ini.

"Take a look." Reanne berkata dengan perlahan. Dia tak nak perkara ini menganggu kandungannya.

Tengku Adrian pantas mencapai iPhone itu. Dilihat skrin yang cerah itu

Gambarnya dengan gambar Erika!

"Sayang, I can explain it." Kalut Tengku Adrian bersuara. Matanya terus mencari anak mata Reanne yang nampak basah itu.

'Shit'

Dia membuang singlet yang melekat pada tubuhnya kerana kesan peluh yang amat ketara.

"Stay at your place." Reanne membuat isyarat berhenti agar Tengku Adrian menghentikan langkahnya daripada terus mara.

"Pembohongan apa lagi yang awak nak buat Adrian? Tell me. Pembohongan apa lagi ni?!" Teriak Reanne dengan kuat. Hati dia dah tak ada tempat kosong lagi untuk ditoreh.

"Sayang. Bagi abang explain." Tengku Adrian risau dengan kondisi Reanne ketika ini.

Dia mara lagi ke hadapan. Tidak dihiraukan amaran isterinya.

"Syhh, calm down baby. Jangan macam ni. Abang minta maaf." Tengku Adrian memeluk erat tubuh Reanne yang meronta kuat di dalam pelukan dia itu.

"Kenapa awak buat saya macam ni, Ad? Dosa apa yang saya buat?" Rintih Reanne di dalam pelukan erat suaminya.

"Sayang tak ada dosa dengan abang. Abang yang salah." Tengku Adrian mengemaskan lagi pelukannya. Hati dia kian luluh. Reanne nampak begitu tertekan.

"Ceraikan saya, Ad." Akhirnya ayat ini dimuntahkan oleh Reanne. Dia dah penat. Buat apa lagi memperjuangkan hubungan kalau hanya bertunjangkan penipuan?

Tengku Adrian rasakan jantungnya berhenti berdegup mendengarkan kalimat itu.

"Sayang."

"Ceraikan saya, Ad!" Reanne berteriak kuat. Dia dah tak boleh hadap lagi. Suaminya masih berjumpa dengan Erika!

"Hey, hey. Jangan macam ni, sayang." Tengku Adrian tidak berhenti memujuk.

"Kita bincang sayang. Bagi abang explain satu persatu perkara yang terjadi." Tengku Adrian memujuk lagi.

"Tak ada benda yang nak dibincangkan lagi."

"Ada, sayang." Tengku Adrian memintas laju. Diusap lembut rambut isterinya itu.

Adrian's Obsession Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu