𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |57

109K 3.7K 271
                                    

"Your eyes stole my words away, baby

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Your eyes stole my words away, baby."

"Dah okay?" Reanne bertanya sambil membelek leher suaminta yang nampaknya kian pulih itu.

"Dah okay, sayang." Automatik bibir Tengku Adrian menarik membentuk senyuman. Isteri dia ambil berat tentang dia! Haruslah dia gembira.

Mereka berada di dalam bilik usai solat isyak. Sebab itulah Reanne bertanya apabila melihat suaminya yang selesa itu.

Tengku Adrian menarik pantas tangan Reanne membuatkan isterinya jatuh di atas pahanya.

"Kita tak pergi honeymoon lagi kan sayang?" Sambil bertanya; tangannya turut bergerak di sekitar perut Reanne yang sudah mulai memboyot itu.

Sebenarnya memang dia nak bawa Reanne honeymoon tapi sayang apabila jadual dia terlalu padat. Nak ambil cuti pun dia terpaksa berfikir dua kali. Sebab itulah dia tolak semua projeknya kepada si adik, Tengku Aryan ataupun suruh Faris yang tolong handlekan. Tambahan pula sekarang ni daddy dah lepaskan kumpulan syarikat mereka kepada dirinya. Bertambah harulah jadinya.

"Haah." Reanne mengiyakan. Masih tidak faham dengan soalan suaminya itu.

"Nak pergi honeymoon tak?" Tengku Adrian bertanya lagi. Anak matanya menentang lembut anak mata hazel Reanne.

Reanne tidak segera menjawab. Sebaliknya dia membelai rahang tajam suaminya itu.

"Tak pergi pun tak apa. Abang kan sibuk sekarang ni uruskan syarikat. Lagipun pasti mummy tak bagi sebab kandungan Reanne pun dah besar sekarang ini." Reanne menolak perlahan. Dia okay je duduk dekat rumah.

"Tapi sebelum kita kahwin kan abang dah janji nak bawa sayang pergi honeymoon." Tengku Adrian membangkang lembut. Terasa dia mungkir janji pula.

"Tak apalah abang. Reanne okay je."

"Nanti lepas sayang bersalin kita pergi okay." Tengku Adrian membuat janji.

"Boleh abang. Reanne ikut abang. Tapi lepas baby dah besarlah." Reanne mengukirkan senyuman manisnya.

"Boleh dapat baby baru." Tengku Adrian membisik perlahan di telinga Reanne. Bibirnya sudah menarik senyuman nakal.

"Eee abang ni, 5 tahun lagi baru ada yang baru." Reanne menolak dada suaminya tetapi tangkas tangannya dipegang oleh tangan besar itu.

"Lambat lagi tu sayang. Goals abang nak anak satu team bola. Baru best." Tak habis habis Tengku Adrian mengusik Reanne yang sudah gelabah itu. Tak tahulah suami dia ni mengusik ataupun tak.

Adrian's Obsession Where stories live. Discover now