𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |23

100K 4.3K 566
                                    

"Your eyes stole my words away, baby

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Your eyes stole my words away, baby."

Reanne kembali mengaktifkan iPhone miliknya apabila kaki menjejaki negeri Cik Siti Wan Kembang ini.

Terjengil matanya apabila dia melihat berpuluh puluh call dari Tengku Adrian serta empat call daripada Amalin dan juga Mimi.

Dia terlupa nak call Tengku Adrian tadi. Ralit sangat berbual sampai tak ingat nak call. Memang awal awal dia tak nak bagitahu tetapi apabila difikirkan akan wajah tegang Tengku Adrian itu, dia rasakan memang dia perlu memberitahu Tengku Adrian.

Data internet dibuka lalu beberapa whatsApp dari nombor Amalin berada di atas. Terus saja dia menekan chat tersebut.

"Reanne, Tengku Adrian cari kau tadi dekat rumah sewa."
"Kenapa kau tak cakap dekat dia yang kau balik Kelantan."
"Aku rasakan yang dia marahlah wei."
"Muka dia garang gila."

Reanne tidak tahu mahu bereaksi macam mana. Jadinya, dia tinggalkan saja whatsApp itu tanpa rasa mahu membalasnya.

Baru saja tangannya ingin menekan contact name Tengku Adrian, satu panggilan daripada Tengku Adrian masuk.

'Gulp.' Dia rasakan air liur yang ditelan pahit gila.

Dengan teragak agak, tangan menekan ikon berwarna hijau.

Dengan lafaz bismillah, phonenya itu dilekapkan pada telinga.

"Where are you?!" Tanpa sebarang salam mahupun sapaan, Tengku Adrian terus menengking laju.

"De-dekat Kelantan." Tersekat sekat suara Reanne menjawab.

"Kelantan? I salah dengar ke ni?" Sinis sekali soalan yang dilontarkan oleh Tengku Adrian. Setelah hampir patah jarinya naik mendail nombor Reanne, kini baru gadis itu menjawab.

"Jangan diam jelah Reanne. You buat I macam orang bodoh kan? Sibuk risaukan you tapi you, sikit pun tak fikirkan orang lain. You fikir you je yang betul!" Kasar sekali suara Tengku Adrian menengking Reanne. Bahasa panggilan pun sudah bertukar.

Dia jemu untuk memberi amaran kepada Reanne berkali kali.

"Kenapa kau diam? Jawablah. Aku tanya ni!" Suara Tengku Adrian lebih kuat dari tadi membuatkan bahu Reanne terhinjut.

"Say- saya min-minta maaf." Maaf Reanne hanya menambahkan lagi kepanasan dalam hati Tengku Adrian.

"Buat silap, minta maaf. Lepastu buat lagi." Sinis suara terlontar dari dalam rengkung Tengku Adrian.

"Kau jangan cabar sangat kesabaran aku ni Reanne. Aku bukannya penyabar. Ini kali terakhir aku bagi amaran dekat kau." Amaran buat kali terakhir Tengku Adrian berikan. Jika selepas ini Reanne berani nak belakangkan dia lagi, dia tak akan berfikir untuk kali kedua lagi. Cukuplah dia bagi muka dekat gadis itu.

Adrian's Obsession Where stories live. Discover now