𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |28

121K 3.9K 650
                                    

"Your eyes stole my words away, baby

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Your eyes stole my words away, baby."

Mereka bergandingan masuk ke dalam restoren mewah itu.

Tengku Adrian terus menyauk jari jemari Reanne sebelum berlalu ke arah kaunter itu.

"Reserved under Tengku Adrian." Terus saja Tengku Adrian menyebut namanya kerana tadi dia sudah menyuruh Aris menempah restoren ini untuk mereka berdua

"Arah sini, Tengku." Pekerja lelaki itu terus membawa Tengku Adrian serta Reanne ke arah kanan. Menuju ke sebuah bilik.

Nampaknya, memang ruang bilik ini merupakan tempat VIP kerana ruangnya yang eksklusif hanya untuk yang menempahnya sahaja. Harga pun boleh mencecah ratus ratus.

"Thank you." Ucap Reanne kepada pekerja lelaki itu berserta dengan senyuman kerana dia tahu bahawa Tengku Adrian ini tak boleh nak sebut terima kasih. Hahahaha.

"Sama sama puan." Balas pekerja itu berserta senyuman sebelum menutup kembali pintu bilik itu.

Tengku Adrian yang lihat itu mulai panas hati. Reanne tak boleh tersenyum kepada lelaki lain selain daripada dia serta ahli keluarga mereka sahaja.

Cemburu dia menggunung melihatkan senyuman manis yang Reanne ukirkan.

Kasar dia menarik kerusi lalu tubuh Reanne ditekan supaya duduk di situ. Dia pula mengambil tempat di hadapan Reanne.

Tegang wajah Tengku Adrian ketika ini. Reanne yang melihat itu mulai kehairanan. Hai, tadi baik baik je. Sekarang ni dah jadi singa.

"Kenapa?" Soal Reanne perlahan apabila melihatkan pandangan membunuh Tengku Adrian yang dirasakan masuk hingga ke tulang hitam itu.

Jeda seketika. Tengku Adrian masih lagi menghalakan pandangan membunuhnya itu dengan rahang yang terketap erat.

"Why do you smile at him?" Soal Tengku Adrian dingin. Reanne rasakan rahangnya terpenggal mendengarkan soalan Tengku Adrian itu. Melampau sangat ni cemburu dia.

"Apa?" Pura pura tak tahu. Semakin panaslah jawabnya si Adrian ini.

"You are not supposed to smile for other men, Reanne. I'm warning you." Gila! Itu yang Reanne rasakan tentang Tengku Adrian sekarang ni. Senyum pun tak boleh. Astu nak dia buat apa je.

"Adrian, senyum tak bermaksud saya menggatallah. Sebagai tanda terima kasih." Jelas Reanne. Minta mintalah bapa singa depannya kini mengerti.

Tengku Adrian tidak dapat menerima itu sebagai alasan. Boleh je kan ucap terima kasih tanpa senyuman.

"No, I still don't like it. You can say it without smile." Arahan mandatori ni nampaknya.

"Macam ni ke? Terima kasih." Ucap Reanne sambil membuat muka seriusnya. Nampak lawak pula.

Adrian's Obsession Where stories live. Discover now