𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |30

133K 4.1K 920
                                    

"Your eyes stole my words away, baby

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Your eyes stole my words away, baby."

"Hati hati ya Reanne pergi tu." Kerisauan mummy berganda. Dia bimbang jika dia melepaskan Reanne pergi seorang diri, berkemungkinan gadis itu akan tercedera.

Lagipun, Tengku Adrian dah berpesan kepadanya agar sentiasa memastikan Reanne diawasi oleh bodyguard mereka kerana dia tahu bahawa musuh musuh anaknya sangat ramai.

"Ya, mummy. Lagipun, Reanne pergi dengan kawan." Untuk kali yang keberapa dah, Reanne menangkan hati risau mummy.

"Pergi dengan kawanlah yang mummy bimbang. Reanne bawa bodyguard sekali lah."

"Eh, takpe mummy. Reanne okaylah." Reanne menggawang gawangkan tangannya ke arah mummy. Kalau bodyguard ada, rosaklah plan dia nak berjumpa gadis yang menelefon dia semalam.

Dia perlu bersemuka secara berhadapan dengan gadis itu. Entah siapa, tiba tiba gadis itu call dia dengan mengatakan yang gadis itu ialah girlfriend Tengku Adrian. What the heck? Habistu dia nak campak ke mana?

Tapi dia juga perlu pastikan. Jika betullah yang Tengku Adrian ialah kekasih gadis itu; dengan rela hatinya dia mengundur diri. Tak payah nak acah broken sangat.

"Mummy risaulah Reanne. Kalau Ian tahu, mahunya dia marahkan Reanne. Bukan Reanne tak tahu yang Ian tu macam mana kalau dia dah mula mengamuk." Mummy tidak putus putus lagi melahirkan kerisauan dia.

Akhirnya, Reanne terpaksa bersetuju juga untuk membawa bodyguard.

"Yelah, mummy. Reanne bawa bodyguard." Bersama penyataan itu, mummy kini mampu menarik senyum.

Reanne juga menarik senyuman dia apabila melihatkan wajah mummy yang tersenyum itu. Tak apalah, pandai pandailah lepasni dia nak buat apa.

Lagipun, si Hana pun tak tahu juga tentang pertemuan dia dengan gadis misteri yang masih tidak diketahui namanya itu.

"Reanne pergi dulu ya mummy." Reanne salam tangan mummy yang mengekori dia sehingga ke pintu utama Villa ini.

"Baik, Reanne." Mummy mengusap perlahan kepala yang diselindung dengan shawl itu.

"Kriss, Leo; pastikan Reanne selamat. Jangan tercedera sedikitpun." Pesan mummy kepada dia bodyguard itu.

"Baik, Puan Sri." Kedua duanya menundukkan kepala mereka lalu berjalan ke arah kereta Range Rover berwarna putih; milik syarikat.

Reanne sempat melambaikan tangan ke arah mummy yang setia menanti di muka pintu itu.

Reanne sempat melambaikan tangan ke arah mummy yang setia menanti di muka pintu itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Adrian's Obsession Where stories live. Discover now