𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |40

150K 4.4K 633
                                    

"Your eyes stole my words away, baby

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Your eyes stole my words away, baby."

Tengku Adrian berjalan perlahan memasuki ruangan markas itu. Tangan dimasukkan ke dalam poket jeansnya.

Anak anak buahnya setia berada di kiri, kanan, belakang dan ada juga di hadapan.

"Whoa whoa whoa. Tengok siapa yang datang." Kedengaran suara dari ruangan atas. Luciano yang sedang menepuk tangan dengan wajah sinisnya. Diiringi oleh anak anak buahnya.

Luciano berjalan menuruni tangga. Tengku Adrian hanya memandang kosong ke arah Luciano. Tidak terkesan sedikitpun dengan kata kata Luciano. Orang kata, tak jadi kudis pun.

Tengku Adrian mengambil tempat di sofa yang berada di tengah tengah alam ini. Diletakkan kakinya yang tersarung boots di atas meja kaca itu.

Dia tebarkan pandangan di seluruh ruangan itu.

"Hmm. Miskin. Macam kandang harimau aku. Tapi sayang, kandang harimau aku lagi cantik." Perlahan saja nada suaranya berkata. Dia masih lagi menebarkan wajah di sekitar ruangan itu. Tidak dihiraukan Luciano yang mulai bertukar panas itu.

"So, back to our business. Apa yang kau tak puas hati sangat dengan aku ni? Hmmm?" Soalnya masih lagi dengan nada santai. Bukan gaya dia untuk tunjukkan rasa marah. Semarah apa pun dia, dia tak akan tunjukkan rasanya itu kerana dia tahu bahawa musuhnya akan bersorak gembira.

"Apa yang aku tak puas hati? Boleh eh kau tanya macam tu. Sial." Luciano menepuk meja kaca itu dengan wajah yang bersinar garang.

Tengku Adrian yang melihat itu hanyalah mampu menayangkan senyuman mengejeknya.

"Woah. Easy man easy."

Tengku Adrian menurunkan kakinya lalu disilangkan. Mata helangnya melawan tajam pandangan Luciano.

"Kau tahu prinsip aku kan? Aku tak suka buat tahi dengan kumpulan lain." Ayat pertama dimuntahkan.

"Jadi? Kau nak kata yang aku buat tahi dulu dengan kumpulan kau. Sial!" Tengkingnya.

Tengku Adrian pula hanya mampu menghembus nafas perlahan. Cuba memupuk sabar kerana si Luciano depan dia ni dari tadi lagi menjerit. PMS ke mat?

"Aku tak kata. Siapa makan cili, dia yang rasa pedas." Pendek saja ayat Tengku Adrian tetapi sudah cukup membuatkan Luciano berangin satu badan.

"Macam nilah; aku ringkaskan ya." Tengku Adrian menyilangkan jari jarinya dengan badan yang sedikit ke hadapan.

"Aku tak kisah kalau kau nak serang aku waktu aku sendiri. Tapi kalau dah kau serang waktu aku dengan isteri aku, tu aku memang tak boleh terima." Luciano sudah tahu maksud ayat Tengku Adrian. Ayat yang ringkas tetapi mudah untuk dia faham.

"Dan kau takut isteri kau tahu kegiatan haram kau. Sebab tu kan?" Soal Luciano dengan wajah yang mulai menyinis.

"Hmm mungkin juga." Nada suara Tengku Adrian masih santai. Tidak menunjukkan sebarang emosi.

Adrian's Obsession Where stories live. Discover now