𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |1

243K 6.4K 474
                                    




"Your eyes stole my words away, baby."

Pagi yang indah ini membawa kepada hari yang indah. Reanne semangat untuk bangun pada hari ini kerana hari ini merupakan hari pertama dia chambering di firma guaman.

"Morning mama." Sapanya apabila kaki menjejaki ruang dapur. Mama nampaknya sibuk menyiapkan sarapan pagi.

"Morning Reanne. Awal bangun hari ini. Nak ke mana cantik cantik ni?" Soalan Puan Fatimah menimbulkan kerutan pada dahi cantik Reanne.

"Kan Reanne dah cakap hari ini Reanne dah start chambering. Mama lupa eh." Dia lihat mamanya menepuk dahi mungkin menyedari yang dia terlupa akan hari penting anaknya ini.

Hari ini hari pertama jadi ianya amat penting sebagai tanda first impression orang atasan padanya.

"Eh yelah Reanne. Mama lupa." Puan Fatimah menayangkan wajah bersalah pada anak perempuannya ini.

"Takpelah ma. Papa dengan adik dekat mana? Tak ada nampak bayang pun." Soal Reanne sambil menjengukkan kepala ke ruang tamu.

"Adik kamu tu macam biasalah ada dalam bilik dia. Tengah ulang kaji lah tu. Maklumlah tahun ni dah SPM kan. Papa pula pergi keluar berjumpa dengan kawan dia katanya." Ya betullah itu. Adik Reanne iaitu Raisha tengah bertungkus lumus. Al maklumlah nak jadi doktor tu bukannya mudah.

"Oh. Habis itu ni kiranya tunggu papa lah kan."

"Iya. Kejap je tu dia keluar."

Reanne mengangguk anggukkan kepalanya lalu mengambil tempat di kerusi meja makan itu.

"Mama, abang Ris cakap dia nak balik lagi dua minggu. Tapi dia cakap tak pasti lagi sebab kena minta kebenaran bos dia dulu." Reanne berbicara sambil mengunyah ayam popcorn yang telah siap digoreng.

Puan Fatimah memusingkan badannya menghadap Reanne.

"Faris nak balik? Tak cakap dekat mama pun." Puan Fatimah mengerutkan keningnya.

"Alah ma. Dia tak pasti lagi tu. Mungkin tak nak mama gantung harap kot. Ini pun dia tak bagi cakap tapi Reanne cakap senyap senyap ni. Mama jangan cakap dekat dia pula eh." Reanne mengerdip ngerdipkan matanya ke arah Puan Fatimah.

Puan Fatimah hanya menggeleng gelengkan kepalanya sambil tersenyum ke arah anak perempuannya itu.

"Ada ada jelah kamu ini Reanne." Selesai sahaja Puan Fatimah menyudahkan bicara, kedengaran salam dari luar rumah.

"Mungkin papa tu. Reanne pergi buka pintu dulu ya." Reanne terus bangun menuju ke ruang tu apabila arahan dikeluarkan oleh mamanya.

"Eh Reanne. Cantik cantik ni nak pergi mana?" Encik Zaid pula bertanya pada anak perempuannya itu.

Reanne hanya tersenyum seperti sudah mengagak bahawa soalan ini akan keluar daripada mulut papa.

"Reanne start chamberint hari ini." Reanne menjawab sambil berjalan beriringan dengan papa menuju ke dapur.

"Oh yelah. Mama dah bagitahu semalam. Papa lupa pula." Hailah semua orang habis lupa tentang hari ini nampaknya. Haraplah Reanne tak ada lupa apa apa memandangkan hari ini menjadi salah satu hari penting bagi dia.

Reanne lihat kelibat mamanya tiada di dapur. Mungkin pergi memanggil adiknya turun makan. Budak itu kalau tak kejutkan memang tak akan perasan lah yang dunia ni dah bertukar malam atau siang. Berkurung je dalam bilik.

Apabila semua dah ada di meja makan, mereka mula menyuapkan hidangan sambil berkongsi berbagai bagai cerita.

••••

Adrian's Obsession Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ