𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |6

115K 4.7K 994
                                    

"Your eyes stole my words away, baby

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Your eyes stole my words away, baby."

"Jom." Raisha terus menarik tangan si kakak.

"Kakak drive eh."

"Ya kakak drive lah. Takkan nak suruh adik pula." Reanne menggeleng gelengkan kepalanya.

Belum sempat kaki melangkah masuk ke dalam perut kereta, Faris menegur adiknya terlebih dahulu.

"Korang nak ke mana tu?" Faris yang berada ei muka pintu rumah terus memakai selipar dan menuju ke arah adik adiknya.

"Nak keluar pergi mall jap. Kenapa? Abang nak ikut ke?" Raisha terlebih dahulu menjawab soalan si abang.

"Nak buat apa? Hai abang baru je sampai semalam. Ni nak keluar ni. Tak nak spend time dengan abang ke?"

"Kalau macam tu, mehlah ikut sekali." Reanne pula menjawab pertanyaan Faris.

"Kejap. Abang Ris nak bersiap kejap. Tunggu eh." Faris terus masuk ke dalam rumah.

"Tunggu dalam kereta lah dik." Reanne masuk ke dalam perut kereta Myvinya itu.

Lebih kurang lima belas minit, Faris keluar. Yang memeranjatkan Reanne dan Raisha ialah individu yang berada di belakang abang Ris sekarang ini.

"Woah. Jangan cakap yang abang Ad nak ikut." Raisha mengerutkan dahinya.

"Hmmm." Pendek sahaja balasan Reanne. Dia juga mati ayat untuk menyuarakan apa apa pendapat.

Reanne lihat Faris dan Tengku Adrian menuju ke arah tempat duduk pemandu.

'Tok tok tok.' Tingkap jendela diketuk dan Faris menyuruh Reanne menurunkan tingkap.

"Tengku nak ikut kita. Dia ada nak beli barang. Jom naik kereta tu." Faris yang menerangkan tetapi mata Tengku Adrian yang melekat pada wajah Reanne.

Raisha terus mengangguk anggukkan kepalanya. Gayanya sangat bersetuju dengan apa yang Faris beritahu.

Kedua dua jejaka itu terus menuju ke arah Range Rover Evoque yang berwarna silver metallic itu.

Nak tak nak, Reanne terpaksa mengikut juga.

'Hai nasib kau lah Reanne.' Getus hatinya.

' Getus hatinya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Adrian's Obsession Where stories live. Discover now