𝟒𝟖. 𝐀𝐝𝐫𝐢𝐚𝐧

14.6K 753 28
                                    

SEPERTI permintaanku malam semalam, hari ini aku dan Arluna meluangkan masa bersama-sama. Segala yang mahu dilakukan oleh wanita itu, aku tunaikan dengan senang hati. Selepas solat subuh tadi, dia mengajak aku pergi ke pantai berdekatan untuk melihat matahari terbit.

Maksud pantai berdekatan itu, adalah lebih 100 kilo meter dari kawasan rumah kami.

"You ambil tak gambar sunrise tadi? Nak tengok! Nak tengok!" Arluna menarik tangan aku yang sedang memegang kamera, sementara kami sedang duduk di atas pangkin di pantai itu, sambil melihat pemandangan.

Kamera itu ditilik lama, melihat satu per satu gambar di dalam. Senyumannya yang terukir lebar tadi, bertukar monyok apabila melihat semua gambar yang aku ambil tadi.

"Semua gambar I! Mana gambar matahari?!" Bentak Arluna kemudian menolak kasar kamera ke dadaku. Aku menggigit bibir menahan gelak.

"You lah matahari I." Balasku nakal sebelum tangan kecil Arluna menampar lenganku berkali-kali. Tawaku terhambur. Suka mengusik isteri aku itu.

Arluna berdecit apabila aku terus menggelakkanya tanpa henti. "Bagi I lah yang ambil gambar pula! Tak boleh diharap lah you ni!" Kamera di tanganku dirampas. Aku mencebik memandang Arluna pula yang kini mendapat kamera. Kanta kamera itu dihalakan ke arah pantai.

Senyumanku kembali terukir saat melihat wajah gembira Arluna. Bayu pantai yang menapar lembut membuatkan rambut ikalnya bertebangan ke belakang, cahaya lembut daripada matahari pagi pula, menyerlahkan lagi seri wajahnya.

Cantik nak mati. Desis hatiku.

"Babah! Tangkap!" Suara seorang kanak-kanak menyedarkan aku dari lamunan. Mataku terarah kepada dua orang kanak-kanak, seorang lelaki dan seorang perempuan serta seorang lelaki dewasa yang sedang bermain baling cakera Frisbee di tepi pantai itu. Mungkin satu keluarga.

Seorang kanak-kanak membaling kuat cakera itu ke udara tapi sayangnya balingannya melencong dan mendarat di kaki aku.

"Hm? Binatang apa tu?" Arluna di sebelah yang sibuk menangkap gambar tadi, menjenguk ke arah cakera Frisbee di kaki aku. Sempat dia mengambil gambar cakera yang dianggap binatang itu.

"Kura-kura." Jawabku selamba.

"Oh."

Aku mencapai cakera itu dan membalingnya ke arah keluarga yang sedang bergembira di tepi pantai tadi. Balinganku tepat lalu ditangkap cantik oleh seorang lelaki yang dipanggil Babah oleh dua orang kanak-kanak tadi.

Lelaki itu mengangkat tangan kanannya sebagai tanda terima kasih. Aku sekadar mengangguk dan kembali fokus melayan karenah Arluna yang menyuruh aku menjadi model di pantai itu.

"Nah, cuba you pegang kulit kerang ni lepastu posing dekat batu sana tu." Jari telunjuknya menunding ke arah batu besar di tepi pantai. Sekeping kulit kerang yang dia dapat entah dari mana, dihulurkan kepadaku.

Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Sudahlah pengunjung yang datang ke pantai itu semakin ramai, dia pula mengambil peluang itu untuk memalukan aku.

Menyesal pula bagi kamera dekat dia.

"Seganlah, sayang. Ramai orang tu." Bantahku sambil menunjuk ke arah beberapa buah keluarga yang sedang membentangkan tikar untuk berkelah di situ.

Arluna mencebik. "Eleh, malu-malu pula. Bukannya suruh ambil gambar bogel." Ejek Arluna sambil mengajuk semula kata-kata aku tadi. Aku tertawa kecil dan mencubit perlahan pipi tembamnya. Bukan-bukan je yang disuruh oleh isteri aku ni.

ARLUNA ©️Where stories live. Discover now