𝟏𝟔. 𝐀𝐝𝐫𝐢𝐚𝐧

17.2K 783 117
                                    

PERKARANGAN rumah yang agak mewah pemberian Mom kepada aku dan Arluna dipandang dengan satu keluhan berat. Bukan kerana aku tidak suka akan reka bentuk atau hadiah daripada Mom itu tetapi kerana Mom yang menolak ajakan aku untuk membawa dia tinggal bersama aku dan Arluna.

Alasannya, dia mahu menyelesaikan masalah bersama Dad dan cuba berbaik dengan lelaki itu. Aku tidak faham kenapa Mom masih mahu tinggal di sisi Dad selepas apa yang dia lakukan kepada hidup kami berdua.

Tanganku terasa digenggam oleh seseorang dan ketika aku menoleh, senyuman manis Arluna perkara pertama yang menangkap pandangan. Aku membalas senyumannya hambar.

"Everything's going to be okay, right?" Tuturnya lembut sambil mengeratkan genggamannya. Aku mengangguk perlahan kemudian menarik Arluna melangkah masuk bersama ke dalam rumah.

Segalanya sudah tersiap sedia. Perabot, barang dapur dan hiasan di dinding. Mataku dan Arluna serentak tertacap pada salah satu hiasan dinding yang tergantung pada dinding bersama lukisan dan gambar yang lain cuma hiasan itu lebih menonjol. Gambar perkahwinan aku bersama Arluna.

Berbanding melihat wajahku yang tampak sedikit suram di dalamnya, aku lebih tertarik kepada senyuman manis yang terlukis di bibir Arluna sewaktu jurugambar meminta aku untuk memeluk pinggang gadis itu dan dia kelihatan sangat gembira di dalam gambar itu. Automatik, bibirku juga menarik segaris senyuman.

"This is awkward." Gelak Arluna di sebelah yang masih tidak melepaskan tanganku. "Adrian nak turunkan gambar tu kalau-kalau Shakira datang rumah ni nanti?" Pertanyaan Arluna membuatkan aku terkedu. Aku tidak menyangka dia mengambil hal berkaitan aku dan Shakira terlalu serius.

Aku berkata begitu semalam hanya untuk menyakitkan hatinya.

"Tak payah. Gambar ni cantik." You yang nampak cantik. Ayat terakhir itu hanya dikatakan di dalam hati. Arluna akhirnya melepaskan tangan aku dan dia berlalu ke dapur. Aku mengikuti langkah isteriku ke dapur, memerhatikan dia menilik setiap satu barang mentah yang diletak oleh Mom di dalam peti ais.

"Tak ada spaghetti." Gumam Arluna membuatkan aku tergelak kecil.

"You dah janji nak jadi isteri yang baik, kan? Belajarlah masak, sayang." Aku memusingkan badan dan mula melangkah naik ke bilik kami di tingkat atas meninggalkan Arluna yang masih terpinga-pinga memikirkan apa yang patut dibuat dengan bahan-bahan yang dibekalkan oleh Mom itu.

Di dalam bilik, aku hanya membalas satu persatu ucapan tahniah atas perkahwinanku semalam daripada rakan-rakan di kolej sebelum satu panggilan daripada Asher masuk.

"Hei, selamat pengantin baru!"

Suara riang lelaki itu kedengaran sebaik sahaja panggilan bersambung. Aku hanya tersengih mendengar ucapan Asher.

"Terima kasih. Kau bila lagi? Asyik tukar-tukar awek je. Satu pun tak lekat." Usikku menyebabkan lelaki itu berdecit dan memaki hamunku di dalam panggilan.

"Aku nak ajak kau dengan Luna makan malam nanti. The Troublemaker pun ada sekali."

Aku terdiam seketika berfikir akan jemputan Asher itu. Ajak Arluna? Tak mungkin aku akan membenarkan isteriku itu untuk bermesra dengan lelaki lain lebih-lebih ahli-ahli The Troublemaker yang mata keranjang itu. Lihat sahajalah bagaimana Arluna dilayan setiap kali dia datang ke setiap perlawanan ragbi AIC, ada sahaja yang mahu menyediakan tempat yang teduh dan selesa buat gadis itu.

"Erm, tengoklah macam mana." Balasku mendatar sebelum panggilan dimatikan. Selepas menyegarkan diri aku turun semula untuk mendapatkan Arluna yang masih berada di dapur sejak satu jam yang lepas.

"Terima kasih! Ramai sangat yang datang semalam I tak sempat nak pergi dekat you dengan Balqis. Cakap dengan Balqis, terima kasih untuk resepi sayur campur dia tu tau. Tak tahulah kalau I masak rasa apa." Suara gelak tawa Arluna bergema di kawasan dapur itu saat kedua kakiku berada di anak tangga yang terakhir.

ARLUNA ©️Where stories live. Discover now