𝟏𝟑. 𝐀𝐫𝐥𝐮𝐧𝐚

17.1K 878 125
                                    

TUBUH yang tersarung gaun mewah berwarna putih itu dilihat daripada pantulan cermin besar di hadapanku. Nicholan pula dari tadi berjalan masuk dan keluar dari dalam bilik persalinan untuk melihat akan keadaan aku.

"You cakap je you nak gaun yang macam mana. Today, I am your fairy godmother. Make a wish, darling." Senyuman manis dihadiahkan buatku yang hanya duduk membisu sejak Nicholan memberitahu Adrian sudah tiada di butik itu. Katanya, mungkin lelaki itu keluar untuk mengerjakan hal yang penting sekejap. Hanya untuk menyedapkan hati.

30 minit berlalu, kelibat lelaki itu masih tidak kelihatan. Telefon bimbit yang berada di tangan direnung, menunggu panggilan daripada Adrian atau setidaknya mesejku bertanya tentang ke mana dia pergi dibalas.

"He will come back soon. You duduklah dalam ni dulu, okay? I will tell you, kalau dia dah balik." Pesan Nicholan sebelum kembali meninggalkanku bersendirian di dalam bilik besar itu. Aku melukis senyuman hambar dan mengucapkan terima kasih kepada lelaki itu.

Pantulan diri di dalam cermin kembali diperhati. Tak sabar rasanya hendak menunjuk betapa indahnya gaun perkahwinanku kepada Adrian serta melihat reaksinya ketika aku memakai baju ini pada hari pernikahan kami nanti. Rasa-rasanya reaksi dia macam hero dalam drama tak? Terpesona? Memuji betapa cantiknya aku? Ah, tak sabarnya!

Aku bangun mendekati satu persalinan suit yang juga berwarna putih tersarung pada sebuah patung yang diletak di sebelah cermin. Jari menari mengikut garisan jahitan yang kemas pada suit itu. Senyuman melebar membayangkan betapa sempurnanya seorang Adrian di dalam pakaian sebegini. Bayangkan sahaja sudah membuatkan aku jatuh cinta berkali-kali, belum lagi tengok depan-depan.

"Arluna."

Pintu bilik yang terbuka dan figura tinggi Nicholan dan seorang pekerja wanita yang membantu aku menyarungkan gaun pada awal tadi menjengah ke dalam bilik menghapuskan bayangan terhadap Adrian dalam persalinan suit putih itu tadi.

"Ya? Adrian dah balik ke?"

"Belum lagi. I cuma nak suruh you buka gaun tu dan cuba gaun yang lain sementara tunggu Adrian."

"Oh, okay." Senyumanku berubah hambar mendengar kata-kata Nicholan. Hati menjadi risau memikirkan ke mana Adrian pergi dan apa yang sedang berlaku tetapi segera perkara buruk yang melewati minda dibuang sejauh mungkin.

Dia akan baik-baik sahaja, Arluna.

Selepas satu, satu lagi gaun dicuba sehingga lah gaun yang ketujuh aku menyuruh pekerja wanita itu berhenti. Dia memahami bahawa aku sudah penat dan rasanya dia juga penat untuk mengangkut semua gaun-gaun yang berat itu. Setelah dia berlalu keluar, cermin besar tadi didekati.

Gaun yang terakhir ini nampak lebih cantik dan mewah berbanding gaun yang lain. Aku tersenyum sendiri melihat pantulan diri sendiri di dalam cermin. Tubuh dipusingkan beberapa kali. Gaun ni cantik sangat. Perlakuanku terhenti apabila mata menangkap figura Adrian yang sedang berdiri di muka pintu dari dalam cermin.

"OMG, Adrian! Wedding dress dekat sini cantik sangat-sangat! I can't decide! Look at this ball gown! Cantik tak?" Aku berlari anak menghampirinya yang masih terpaku di tempatnya berdiri. Bahagian bawah gaun yang kembang itu dikibas beberapa kali sambil aku berpusing perlahan menunjukkan keindahan gaun itu kepada Adrian.

"Cantik kan?" Soalku sekali lagi tetapi Adrian cuma membisukan diri. Tiada ekspresi yang ditunjukkan pada wajahnya. Hanya pandangan kosong seperti gaun itu tidak langsung menarik perhatian. Senyumanku memudar. Hilang segala keterujaan tadi. Tak cantik agaknya gaun itu di matanya.

"Kalau you dah habis, kita balik." Mendatar arahan yang diberi sebelum Adrian berlalu keluar semula dari bilik itu meninggalkanku kembali bersendirian.

ARLUNA ©️Where stories live. Discover now