𝟐𝟔. 𝐀𝐝𝐫𝐢𝐚𝐧

16.7K 768 82
                                    

DUA pagi. Bahagian kosong di belah sisi tilam terasa dingin tanpa kehadiran Arluna. Baru dua malam tanpa gadis comel itu, aku sudah bagaikan mayat hidup di dalam rumah. Keluar bilik hanya sehari sekali, itupun jika terasa lapar.

Renungan sayu Arluna semasa di lapangan terbang tempoh hari masih terbayang. Menyesal. Kalaulah aku mampu merendahkan ego untuk menyatakan bahawa aku cintakan dia dan tidak mahu melepaskan dia pergi.

Kalaulah aku tidak terlalu melayan Shakira dengan mesra hanya kerana mahu membuat Arluna cemburu, pasti hati aku tidak sesakit ini. Bodoh. Kau bodoh, Adrian.

Bantal milik Arluna diambil lalu dibawa ke dalam dakapan. Ada haruman manis melekat pada bantalnya dan itu hanya menambah rasa sesalku.

Sumpah, aku rindukan dia.

Telefon bimbit di sebelah dipandang lama. Menunggu panggilan atau mungkin pesanan ringkas daripada Arluna tetapi gadis itu terus menyepikan diri. Semua percubaan panggilan daripada aku tidak berjaya disambungkan. Hanya untuk menyedapkan hati sendiri, aku terus meyakinkan diri bahawa mungkin telefon bimbit Arluna harus dimatikan.

Tapi takkanlah sampai ke hari ini? Dia tak rindukan aku ke? Sibuk sangat ke dia dengan latihan untuk ke pertandingan bodoh itu?

Keluhan berat dilepaskan. Muka disebamkan pada bantal milik Arluna. "You dekat mana, sayang? I rindu." Bisikku sendiri. Kalaulah bantal yang sedang dipeluk ketika ini ialah Arluna, sampai lusa belum tentu aku lepaskan.

Ting! Ting!

Laju wajah diangkat dan dengan sepantas kilat telefon bimbit yang berdering dicapai.

"Assalamualaikum, sayang? You sihat?You dah makan ke belum? I rindu..."

"Waalaikumsalam, baby boo. Ya, I sihat je dekat sini. I belum makan lagi ni sebab ada orang minta tolong I ceroboh masuk dalam bilik dekan. Again! Aku ulang. Again!"

Dahi aku berkerut. Garaunya suara. Telefon bimbit dijauhkan seketika. Melihat nama Asher yang tertera di skrin dan bukannya Arluna, aku mencebik.

"Hm, kau rupanya. Dah dapat?"

"Hm...well, ni Asher lah. Of course dapat."

"Alright, thanks. Nanti aku belanja kau makan."

Panggilan segera dimatikan. Mesej daripada Asher diterima selepas beberapa saat. Di dalamnya terdapat jadual Arluna di Bangkok serta nombor yang digunakan di sana. Bibirku menarik senyuman gembira.











BAGASI ditarik masuk ke dalam hotel sejurus sahaja keluar daripada teksi yang membawa aku dari Lapangan Terbang Suvarnabhumi. Jadual yang dihantar oleh Asher melalui aplikasi WhatsApp semalam diteliti.

Arluna akan keluar berlatih lima minit lagi. Sepatutnya, dia dah turun dari bilik dan menunggu di lobi sekarang. Aku memerhati sekeliling sebelum berjalan ke arah kaunter pendaftaran hotel. Daftar masuk sementara menunggu Arluna.

Agaknya dia terkejut tak bila tengok aku berada di sini nanti? Membayangkan ekspresi kaget Arluna sahaja sudah boleh buat aku tergelak sendiri. Mesti comel gila.

"Serius lah? Mesti cool nak mati kan? Lepas ni bolehlah you ajar I main Cello."

Aku menoleh ke arah suara halus milik seorang gadis yang baru melangkah keluar dari lif bersama dengan seorang lelaki di sebelahnya.

"Boleh! Boleh! You ajar I piano, I ajar you Cello."

"Okay, deal!"

Gelak tawa mereka bersatu. Mataku hanya tertancap pada wajah berseri gadis itu semasa tertawa.

ARLUNA ©️Where stories live. Discover now