𝟐𝟖. 𝐀𝐝𝐫𝐢𝐚𝐧

17.7K 795 53
                                    

SECAWAN air, beberapa biji ubat serta semangkuk bubur disusun di atas dulang kemudian dibawa ke biik di tingkat atas di mana Arluna sedang berehat. Pintu bilik yang tidak tertutup rapat, ditolak perlahan. Aku tersenyum nipis ketika melihat Arluna yang sedang berbaring sambil merenung kosong kipas di siling. Sejak perbualan kami tadi, dia terus mendiamkan diri.

Aku tahu aku tiada hak untuk menghalang Arluna mengingati semula realiti yang sebenar tapi setiap soalan yang ditanya oleh gadis itu bersama pandangan mata bersinarnya seperti dia sedang mengharapkan ekspektasi kehidupan perkahwinan kami yang indah sedangkan apa yang terjadi adalah sebaliknya.

"Sayang."

"Sayang, jom makan." Belakang tangannya disentuh supaya dia tersedar daripada lamunan tetapi hampa, Arluna tidak mengendahkan panggilanku apatah lagi memandang wajahku. Aku mengeluh perlahan.

"Luna jangan macam ni. Makan sikit okay, sayang?" Aku masih tidak berputus asa. Pipinya yang tidak lagi setembam dulu dicubit dan Arluna akhirnya menoleh ke arahku dan mengubah posisi berbaringnya kepada bersandar di kepala katil. Aku tersenyum senang dengan perubahan Arluna. Dalam hati aku mengucap syukur, Arluna masih mudah untuk dipujuk.

"I makan ni je." Jari runcingnya menunjuk ke arah bubur. "Yang tu tak." Kemudian piring yang berisi ubat pula ditunding sambil kepala digeleng. Tawa halusku terlepas.

"Tak bolehlah macam tu. Macam mana nak cepat sembuh?"

Arluna mendengus kasar. "You bukan nak I sembuh pun. So, what's the point?"

Aku terbungkam. Wajah Arluna yang masih masam mencuka direnung lama. Rasa bersalah mula bertandang. Aku sendiri rasa perih setiap kali teringat apa yang telah aku lakukan kepada dia. Menyeksa mental dan fizikal gadis ini hanya kerana ego dan dendam terhadap orang lain. Jika aku sahaja sudah rasa sesakit ini, apatah lagi Arluna?

"Ubat ni untuk luka-luka dekat badan dengan muka you tu, biar cepat baik. Boleh tambah selera makan you sekali, sayang. Biar pipi you tembam macam dulu balik. I suka tau perempuan comel-comel ni." Bubur dan sudu diambil kemudian menyuap ke mulut Arluna. Dia hanya menurut tanpa sebarang suara sehinggalah mangkuk itu licin. Secawan air dihulurkan pula. Arluna meneguk air itu sambil matanya tidak lepas memandangku dari sebalik cawan.

"Okay, you rehat. Sekejap lagi Mom dengan Dad datang, I kejutkan you." Aku bersuara selamba tanpa mengendahkan pandangan Arluna. Seperti yang dia mahukan, aku tidak memberikan ubat kepadanya. Arluna masih merenung aku dengan mata bulatnya. Aku tahu apa maksud renungan itu tetapi pura-pura tidak tahu sehinggalah Arluna membuka mulut.

"You tak nak bagi I makan ubat ke?"

Aku mengangkat kening bersama dengan riak dibuat-buat kaget. "Eh, you nak ke?"

"Nak lah..." Hampir tidak kedengaran suara Arluna semasa meminta ubat di tanganku. Isi pipi aku gigit untuk menahan senyuman dan gelak lebih-lebih lagi apabila menonton Arluna memerhati lama ubat-ubat di dalam piring sambil menelan liur, sebelum memasukkan semua ubat itu ke dalam mulutnya satu per satu.

Beberapa saat kemudian...

"Air! Air! Air! Eeee, I tergigit! Wekkk, pahit!" Berkerut-kerut muka Arluna menahan rasa. Tangannya terkapai-kapai meminta air daripadaku dan aku pula tidak dapat mengelak daripada melepaskan tawa besar.

"Aww, that's my baby girl. I love you, sayang." Rambutnya aku usap penuh kasih sayang lalu mendaratkan bibir pada dahi Arluna membuatkan muka cemberut gadis itu selepas ditertawakan tadi bertukar malu-malu kucing. Pipi putihnya pula berona merah.

"I love you too, Adrian." Balas Arluna perlahan dalam segan silunya bersama dengan bibir yang menyimpulkan senyuman. Aku terhibur akan tingkah Arluna yang penuh rasa malu ini. Sama seperti dia ketika enam tahun lepas. Masih perangai kebudak-budakan, tidak terlalu matang tetapi sangat comel.

ARLUNA ©️Where stories live. Discover now