𝟑𝟓. 𝐀𝐫𝐥𝐮𝐧𝐚

15.1K 722 136
                                    

SELEPAS pergaduhan dengan Adrian, aku dengan relanya keluar daripada bilik lelaki itu tanpa perlu dipinta. Tapi bukan bermakna aku mahu terus merajuk dengan dia. Malangnya sudah seminggu berlalu, dan Adrian masih tidak mahu bercakap denganku. Bila bertembung di hadapan pintu bilik, dia akan patah balik dan masuk semula ke dalam biliknya. Aku pula yang pelik. Patutnya aku yang merajuk lama-lama lepas dia tuduh aku malam haritu tapi pahal dia pula yang ambil hati lama-lama macam ni. Kalau aku merajuk, dia pun merajuk habis tu siapa yang nak pujuk?

Semasa sarapan pagi tadi juga, Adrian tidak sudi untuk bersarapan bersama denganku. Dia terus keluar pergi ke temu duga tanpa menjeling ke arahku sedikit pun. Aku terasa hati dan mengurungkan diri di dalam bilik, memujuk diri sendiri.

Aku mengerling ke arah sekeping surat tawaran kerja yang aku dapat pagi tadi. Pensyarah muzik. Senyuman kecilku terukir. Tak salah kalau mencuba. Lagipula aku perlu mengumpul duit untuk banyak komitmen pada masa akan datang. Aku sudah membayar duit muka kereta dan mungkin petang ini aku dapat mengambil kereta yang sudah lama aku impikan itu. Tak perlulah menyusahkan Adrian lagi.

Telefon bimbit aku ambil dan mendail nombor Adrian. Aku menunggu dia untuk mengangkat panggilan tetapi tidak. Nombor itu didail lagi dan lagi tetapi keputusannya masih sama. Aku mencebik. Masih dalam temu duga agaknya.

Nombor Zayn ditekan pula. Belum sampai tiga saat, panggilan sudah bersambung. Suara riang lelaki itu memberi salam. "Waalaikumussalam, Zayn. Teman I ambil kereta jom hari ini. I belanja you lunch sekali."

"Okay, set!"

Laju sahaja dia membalas sebelum panggilan itu dimatikan. Aku tersenyum dan bangun dari atas katil untuk bersiap. Sebelum bergerak pergi, pesanan ringkas aku hantar kepada Adrian supaya dia maklum ke mana aku pergi. Tak kisahlah jika Adrian mahu baca atau tak mesej itu, yang penting aku sudah beritahu. Aku pun dah malas mahu bergaduh lagi dengan lelaki itu.

Seperti yang dijanjikan, Zayn mengambil aku di rumah dan pergi ke kedai kereta. Selesai sahaja segala urusan di situ dan saat kunci kereta sudah berada di dalam genggaman, aku terus memandu Toyota Corolla itu diikuti oleh kereta Maserati milik Zayn dari belakang.

Kami berhenti di hadapan Manhattan untuk makan di situ. Ketika kami berdua melangkah masuk ke dalam restoran itu, Zayn tiba-tiba mendahului aku dan menuju ke arah satu meja di bahagian belakang. Keningku berkerut tetapi masih mengikut langkahnya.

Aku terpaku seketika apabila melihat figura Adrian yang sedang duduk di situ. Lelaki itu juga nampak kaget semasa pandangan kami bertemu. Aku melabuhkan punggung di sebelah Zayn dan berhadapan dengan Adrian. Zayn pula seperti sengaja tidak mahu duduk di sebelah Adrian dan biarkan sahaja aku bertentangan mata dengan lelaki itu.

Aku cuba menghadiahkan senyuman manis buat Adrian, tetapi dia pantas mengalihkan pandangan ke arah lain tanpa mahu membalas senyumanku membuatkan aku rasa berkecil hati.

"Macam mana interview kau? Dapat tak kerja tu? Jurutera audio, right?" Zayn mula bersuara selepas memesan makanan buat kami bertiga. Aku pula terus mendiamkan diri, selepas dianggap seperti tidak wujud buat Adrian. Kalau aku bercakap pun bukannya dia nak layan.

"Hm, okay. Lusa aku dah boleh start kerja." Jawab lelaki itu mendatar. Dalam diam, aku tersenyum. Gembira dan bersyukur buat Adrian.

"Wow, busy lah korang nanti. Luna pun esok you ada interview kan? Aaa...lecturer? Betul tak?" Soalan Zayn beralih kepada aku pula. Aku mengangguk dan menoleh seketika ke arah Adrian yang sedang merenung aku dengan pandangan yang sesuatu. "Nanti dah dapat gaji boleh lah korang berdua pergi honeymoon oversea. Jangan busy dengan kerja je."

Aku mengangguk lagi. Entah kenapa terasa seperti Zayn sedang menjadi orang tengah antara aku dan Adrian. Kami berdua tidak berbual tetapi masih mendapat tahu tentang kemajuan hari masing-masing.

ARLUNA ©️Where stories live. Discover now