𝟒𝟑. 𝐀𝐫𝐥𝐮𝐧𝐚

13.4K 649 132
                                    

PERLAHAN-LAHAN mata dicelik. Senyumanku terukir saat perkara pertama yang menangkap pandangan adalah wajah polos milik Adrian yang sedang lena di sisiku. Aku melihat ke sekeliling bilik, aku masih berada di rumah Dad dan di dalam bilik Mom. Mungkin aku terlena semasa sedang membelek barang peribadi milik Mom petang tadi.

Pandangan kembali tertumpu kepada Adrian. Alis tebal milik lelaki itu diusap, turun pula ke hidung mancungnya kemudian sepasang ulas bibir merah itu. Wajah didekatkan sehingga pucuk hidung kami bertemu.

Aku masih baring terlentang di atas katil manakala Adrian tidur mengiring, sambil tangannya berada di atas perutku. Sesekali jari jemarinya bergerak seperti sedang mengusap perutku. Senyumanku melebar kerana perlakuannya itu.

Sesaat berlalu, tiba-tiba usapan Adrian pada perutku semakin jelas. Aku menoleh ke arah dia dan ternyata lelaki itu sudah terbangun daripada tidur.

"Buncit." Gumamya perlahan.

Mataku membulat. Tangan Adrian cepat-cepat aku tepis dari perutku. Aku mencebik kemudian membalikkan tubuh, baring membelakangi dia. Dia tak tahu lagi bahawa dia penyebab utama aku buncit!

Kedengaran Adrian tertawa. Tangannya berlingkar di pinggangku dari belakang dan tapak tangan itu kembali mengusap perutku. Aku menepis lagi tangan kekar itu, tetapi dia masih berdegil. Terus sahaja mengelus tempat yang sama.

"Eee, sana lah!" Bentakku kemudian mengesotkan badan menjauhi Adrian. Adrian mendekatkan semula tubuhnya, menyambung perbuatannya tadi. Sempat dia melabuhkan bibirnya di belakang kepala dan juga leherku. Aku mengemam bibir, menahan senyum. Selesa pula dilayan seperti itu.

"Suka?" Adrian berbisik halus.

"Hm." Balasku dengan mata yang sudah terpejam.

Tangannya semakin ke bawah. Satu pergerakan lagi sehingga dia menyentuh kawasan sensitifku, cepat-cepat aku menghalangnya. "Kita dekat bilik Mom, Adrian."

"Sorry." Pipiku dikucup. Tangannya kembali bermain di kawasan perutku. Aku memalingkan tubuh, kembali menghadap Adrian. Lebih selamat kalau dalam posisi ini. Adrian menghadiahkan senyuman buatku. Tangannya naik, membelai rambut.

"Baru balik?" Soalku sambil mengerling jam. Hampir masuk waktu isyak. Semasa maghrib tadi, aku hanya solat bersama Dad dan Ammara. Mungkin kerana jarak pejabat Adrian dan rumah Dad yang jauh, jadi dia pulang lambat daripada kebiasaan.

Adrian mengangguk. "Jalan jam." Balasnya ringkas. Matanya nampak masih mengantuk. Aku mengusap rambutnya.

"Tidurlah kejap. Nanti masuk isyak, I kejut."

Dia tidak membalas, hanya merenung aku hangat dengan sepasang mata redup itu. "Luna." Panggil dia lembut. "Berhenti kerja, boleh?" Pinta Adrian membuatkan aku sedikit terkejut.

"Kenapa?" Soalku ingin tahu. Adrian diam lagi. "Sebab Tuan Firash?" Aku menduga. Dia masih diam. Matanya terus merenung aku.

"He's something. I tak suka." Jawab Adrian kemudian bibirnya dijuihkan, menunjukkan betapa dia tidak menggemari Tuan Firash. Aku tersenyum kecil.

"I baru kerja dua hari, Adrian. Mana boleh berhenti macam tu je. Nanti I kena bayar ganti rugi." Jawabku dengan penuh lemah lembut supaya Adrian tidak salah faham. Tak naklah dia fikir yang aku tidak mahu berhenti kerja kerana Tuan Firash. Lagipula di kolej, bukannya aku sering terserempak dengan dia.

Riak Adrian masih seperti tadi. Riak tidak suka. "I lelaki, sayang. I tahulah. I kenal sangat perangai lelaki macam dia tu. Dia sebenarnya suka you."

Sekali lagi, keterangan Adrian buatkan aku kaget. Tidak pernah aku berfikir sejauh itu. Aku menatap Adrian tidak percaya. Mata lelaki itu juga tidak lagi kuyu, segar bugar sahaja matanya ketika membalas renungan aku.

ARLUNA ©️Where stories live. Discover now