𝟑𝟐. 𝐀𝐝𝐫𝐢𝐚𝐧

11.8K 584 67
                                    

SELEPAS menghantar Arluna ke kolej, aku terus bergerak menuju ke kafe milik Zayn. Sebagai bayaran untuk Zayn menjadi penjaga Arluna hari ini, aku menyewa satu kafenya untuk membuat kejutan buat isteriku. Esok adalah hari konvokesyen kami berdua dan aku masih tidak dapat memikirkan hadiah apa yang sesuai buat Arluna. Jadi, Zayn memberi idea untuk aku membuat kejutan candle light dinner buat gadis itu pada malam esok di kafenya.

"Arluna tahu ke?" Balqis yang berdiri di sebelahku bertanya. Aku tersenyum dan menggeleng.

"Tak surprise lah kalau beritahu dia." Jawabku ringkas sambil jari menyelak majalah yang diberi oleh Balqis, mencari tema yang sesuai untuk makan malam itu nanti. Selepas hampir setengah jam mencari, tanganku terhenti pada satu gambar.

Balqis yang perasan akan minatku terhadap gambar itu terus mencelah. "Jauh sangat tu selak. Ni dah sampai tema nak melamar kekasih." Dia tergelak halus.

Senyumanku terukir setelah mendengar bicara Balqis. Apa salahnya? Arluna lebih daripada layak mendapat lamaran sesempurna ini. Lagipula permulaan hidup berumah tangga kami banyak kekurangannya. "Tak apa. Saya nak melamar Arluna sekali lagi." Putusku pada akhirnya. Tema sudah ditetapkan dan semua kejutan aku serahkan kepada Balqis dan pekerjanya untuk uruskan.

Selepas membuat bayaran, aku keluar daripada kafe. Jam dilihat. Ada masa lagi untuk menghadiri raptai di kolej. Telefon bimbit aku cari untuk membuat panggilan kepada Zayn tetapi baru aku tersedar, poket aku hanya ada dompet manakala telefon bimbit aku tadi tidak sengaja tertinggal di rumah semasa menuju ke sini.

"Hm, kena patah balik lah macam ni." Gumamku sendiri kemudian menekan pedal minyak, memandu pulang ke rumah semula.

Sampai di garaj rumah, aku terus membuka langkah seribu masuk ke dalam rumah dan naik ke bilik di tingkat atas. Rumah itu sunyi sahaja selepas Ammara pulang ke rumah Mom dan Dad semalam. Aku masuk ke dalam bilik. Telefon bimbit yang berada di atas meja solek Arluna dicapai. Log panggilan aku semak. Nasib baik tiada panggilan daripada Zayn ataupun Arluna.

Langkah aku atur ke tingkat bawah semula. Saat kaki berada di dua anak tangga terakhir, pergerakanku terhenti apabila melihat satu figura seorang perempuan bertudung labuh sedang menutup rapat dan mengunci pintu utama yang aku biarkan terbuka tadi. Tubuhnya dibalikkan ke arahku dan pandangan kami bertemu. Bibirnya mengukir senyuman psiko.

"Hai, Adrian." Ucapnya dengan suara yang dibuat-buat manja. Aku terkedu apabila melihat Shakira sedang berada di dalam rumahku tika ni. Kaki aku undur perlahan-lahan menaiki tangga semula. Tidak mahu dekat dengan perempuan itu.

"Kau buat apa dekat sini?" Soalku dingin. Shakira hanya tertawa kecil. "Keluar!" Aku menjerkahnya kasar.

"Saya nak buat apa yang patut saya buat daripada dulu. Saya yang sepatutnya jadi isteri awak kan, Adrian? Bukan Luna." Balasnya sinis. Dadaku mula berombak kencang mendengar kata-katanya. "Kalau Arluna boleh buat, saya pun boleh." Tangannya tiba-tiba naik lalu tudung dan anak tudungnya dilepas, mempamerkan rambut panjang Shakira. Perbuatannya menyebabkan aku bertambah bengang dengan sikap perempuan itu. Ketika Shakira mula menarik baju kurungnya ke atas, aku berhenti menapak ke belakang dan berjalan laju ke arahnya.

Pak!

Pipi Shakira ditampar kuat sehingga hujung bibir perempuan itu berdarah. "Berambus, sebelum lagi teruk aku kerjakan kau!" Ugutku kemudian menarik kasar tangan Shakira menuju ke pintu rumah.

"Tak nak, Adrian! Saya sanggup serahkan diri saya pada awak! Jangan halau saya!" Shakira menjatuhkan badannya ke lantai. Aku melepaskan tangannya.

ARLUNA ©️Where stories live. Discover now