𝟑𝟏. 𝐀𝐫𝐥𝐮𝐧𝐚

12.6K 563 181
                                    

KAWASAN kolej yang mula dikerumuni pelajar senior, aku perhati dengan rasa jakun. Dewan utama itu penuh dengan hiasan dan dekorasi untuk majlis konvokesyen pelajar pada dua hari lagi. Adrian sepatutnya datang bersama dengan aku ke kolej untuk raptai kami, kerana aku akan memberikan ucapan pada majlis itu manakala, Adrian mendapat anugerah khas kerana penglibatannya dalam sukan dan industri muzik.

Tetapi lelaki itu tidak dapat hadir kerana dia perlu menghadiri temuduga sebagai jurutera audio di satu syarikat hiburan, media dan komunikasi. Untunglah Adrian tu kreatif. Buat lagu pun dia pandai. Aku hanya tukang mendengar sahaja hasil kerjanya.

Sementara menunggu giliran, aku duduk di kerusi di hadapan pentas. Mataku tiba-tiba tertarik kepada satu kumpulan lelaki yang membawa alat muzik naik ke atas pentas. Mungkin kumpulan itu yang akan membuat persembahan pada hari lusa. Fokusku terus tertacap ke arah seorang lelaki bersama dengan gitar bass di tangannya. Rasanya lelaki itu yang pernah berbual dengan Adrian.

Siapa ek nama dia? Hm...

"Luna! Hai!" Lelaki itu tiba-tiba memanggil namaku dari atas pentas menyebabkan tumpuan semua ahli kumpulannya terpaku ke arahku. Dia melambaikan tangan dan aku hanya membalas lambaian itu perlahan. Kedengaran suara-suara ahli kumpulan lelaki itu mengusik dia selepas teguran lelaki itu aku balas.

Aku tersenyum kekok apabila ahli kumpulan muzik itu terus menyakat kami berdua. Kalau Adrian ada, dah lama aku bersembunyi di belakang lelaki tu.

"Hai."

Bahuku terhinjut apabila melihat lelaki gitar bass di atas pentas tadi sudah beralih tempat di sebelahku. Dia tersenyum manis.

"Sorry, kawan-kawan I memang suka menyakat. Tapi I dah beritahu yang you isteri Adrian. Tengok tu, diam dah dorang." Lelaki itu menunding jari ke arah rakan-rakannya yang kembali menumpukan perhatian kepada latihan mereka. Aku mengangguk faham.

"Oh, Adrian ada beritahu yang you ada short-term memory loss. I faham kalau you tak ingat I. You dengan I kawan tau dulu. Nama I Zayn." Terang lelaki yang bernama Zayn itu. Aku terus mengangguk. Rasanya aku banyak kali juga dengar nama Zayn. Zayn Malik.

"You kawan Adrian, kan?" Tanyaku membuatkan Zayn tertawa perlahan.

"Kinda. I dengan Adrian ada love-hate relationship. More hate than love. Tapi kitorang still boleh consider sebagai kawan." Balasnya sambil memetik satu persatu tali gitar.

"Erm...macam Adrian dengan Shakira?"

Zayn berhenti bermain gitarnya. Dia memandang aku lama dengan kening yang berkerut. "You ingat Shakira?"

Aku menggeleng. "Dia ada jumpa I haritu. Kitorang berbual je. Shakira cakap dia kawan I dengan Adrian tapi Adrian nampak tak suka bila I rapat dengan Shakira. Bila I tanya kenapa? Adrian tak nak jawab. I tengok Shakira tu macam baik." Jelasku ringkas sambil memikirkan tentang gadis bernama Shakira itu. Gaya dia sopan, sama macam Ammara. Sejuk je mata memandang.

"Hm...I tak tau nak cakap macam mana. Tapi lebih baik you dengar cakap Adrian." Zayn memandang sekeliling sebelum kembali fokus ke arahku. "Luna, ingat pesan I ni, Shakira tu bukannya orang yang you boleh panggil kawan. Kalau you nak tanya apa-apa, cari I atau Adrian, okay?"

Aku mengangguk perlahan. Zayn tersenyum kemudian kembali melangkah naik ke tempatnya di atas pentas. Hilang sahaja kelibat lelaki itu, aku terus bangun dan berlalu keluar daripada dewan. Kaki melangkah laju ke arah kafeteria dan aku mengambil tempat di salah satu meja. Kafeteria tutup pada hari ini jadi hanya ada aku seorang sahaja di situ. Telefon bimbit dibuka dan pesanan ringkas yang dihantar buatku pada pagi tadi, direnung lama.

Hai, Luna. Boleh jumpa Shakira di kafeteria 11 pagi ni? Shakira nak tolong Luna ingat semula.- Unknown.

Dan di sini aku berada. Semakin Adrian melarangku mendekati perempuan bernama Shakira itu, semakin aku mahu mengetahui apa yang cuba disembunyikan oleh Adrian. Kata-kata Zayn pula tadi semakin memprovok aku untuk berjumpa Shakira pagi ini. Jujur, aku sedikit tidak senang dengan cara Adrian melarangku untuk ingat kembali memori dahulu. Gelap sangat ke masa lalu aku?

ARLUNA ©️Where stories live. Discover now