𝟐𝟗. 𝐀𝐫𝐥𝐮𝐧𝐚

15.6K 709 37
                                    

DARIPADA tadi mataku tidak lepas memandang gerak geri isteri baru Dad yang bernama Ammara itu. Masih kaget dengan kehadiran wanita itu yang tiba-tiba diperkenalkan sebagai madu Mom oleh Adrian tadi. Terlalu banyak soalan yang aku mahu tanya kepada Adrian tetapi melihat layanan baik lelaki itu dan Mom terhadap Ammara, aku diamkan sahaja.

Mereka sekeluarga nampak mesra, pasti perkara ini sudah lama berlaku. Tapi macam mana? Umur Ammara kelihatan sebaya dengan aku, macam mana dia dan Dad boleh berakhir dengan perkahwinan? Pada permulaan kejadian ini, mesti Adrian sangat sedih ketika mendapat tahu dia mempunyai dua ibu. Aku tertanya-tanya jika aku berada di sisinya ketika itu.

Urgh! Banyaknya soalan! Rimas! Fuck amnesia!

"Adrian, you nak pergi mana?" Aku terngadah apabila melihat Adrian mula bangun dari tempatnya di sebelahku. Sudahlah hanya ada aku, dia dan Ammara sahaja di ruang tamu itu. Kalau dia pergi, tak ke janggal tinggal kami berdua sahaja di sini?

"I nak pergi tandas kejap lepas tu I hantar you masuk bilik, okay?"

Aku mengangguk perlahan dan kembali memandang ke arah skrin televisyen, cuba untuk buat-buat tidak perasan akan Ammara di situ. Harapnya, dia tidak mengajak berbual atau bertanya soalan-soalan yang tidak aku tahu.

"Suka Ammara tengok Luna dengan Ad berbaik macam ni. Happy je." Ammara tiba-tiba bersuara selepas beberapa minit membisu. Aku menoleh ke arahnya dan senyuman nipis dilempar. Sedikit hairan dengan kata-katanya. Habis tu, dulu aku dengan Adrian tak pernah berbaik ke? Gaduh je memanjang?

"Erm...dulu—"

"Luna, jom." Aku terdiam semula apabila Adrian muncul di sebelah, serta-merta memadam rasa untuk aku bertanya lebih kepada Ammara. Tangan Adrian yang dihulur untuk membantuku berdiri, dicapai kemudian kami sama-sama berjalan ke tingkat atas.

Tiba di bilik, tubuhku dibaringkan ke atas tilam. "You rehat dulu, tau? Kalau you nak apa-apa, jerit je. I ada dekat guest room. Alright?" Ujar Adrian sambil menarik selimut tebal membaluti tubuhku. Sebuah kucupan dihadiahkan pada dahi selepas itu, dia berlalu keluar dari situ. Aku hanya memerhati Adrian sehingga kelibatnya hilang di sebalik pintu yang tertutup rapat. Nafas dihela perlahan. Bosan. Setiap penjuru bilik yang sunyi itu ditilik.

Setelah beberapa minit mengelamun dan melayan perasaan sendiri, akhirnya aku mengambil keputusan keluar dari bilik untuk mencari Adrian. Nak kacau dia. Hehehe....

Crutches diambil lalu perlahan-lahan langkah dibawa menuju ke bilik tetamu yang terletak di hujung tingkat itu. Pintu yang tidak tertutup rapat, ditolak sedikit. Senyumanku terukir lebar apabila mata menangkap figura Adrian dalam persalinan baju Melayu dan kain pelikatnya sedang duduk berhadapan Dad, di atas lantai beralaskan sehelai karpet kecil. Aku tak ingat apa nama alas itu tapi nampak macam karpet Turki.

"Bila nak ajak Luna sekali?" Jelas suara Dad bertanya membuatkan niatku untuk masuk ke dalam bilik itu terhenti. Wajahku berkerut mendengar pertanyaan Dad.

"Ad tak boleh paksa Luna, Dad. Biarlah perlahan-lahan dia belajar. Manalah tahu bila dia tengok apa yang Ad buat, dia pun ada rasa nak ikut sama." Balas Adrian lembut. Entah perasaan aku atau Adrian memang sudah tahu aku sedang berdiri di hadapan pintu sejak tadi. Matanya tertacap tepat pada wajahku dan sempat bibirnya melukis satu senyuman manis. Aku terkebil-kebil merenung Adrian sehingga tidak sedar bahawa diri aku kini sudah menjadi perhatian Dad, Mom dan Ammara yang juga berada di dalam bilik itu.

"Aik, Luna? Suami sendiri pun nak skodeng?" Sindiran Mom membuatkan mataku teralih kepada mereka yang lain daripada terus menatap wajah Adrian. Melihat aku yang masih terpinga-pinga, tawa halus Adrian tercetus. Aku tersengih kekok dan dengan sepantas kilat pintu bilik ditutup semula. Pipi yang terasa panas disentuh kejap sambil satu keluhan berat dilepaskan. Ish, buat malu je.

ARLUNA ©️Where stories live. Discover now