𝟐𝟎. 𝐀𝐝𝐫𝐢𝐚𝐧

18.9K 971 354
                                    

You guys ready for 💔 ?





























DARI satu jam yang lepas, aku tidak dapat duduk dengan tenang walaupun sudah disuruh oleh Mom dan Dad beberapa kali. Tetapi sekarang aku rasa bersalah, sedih, marah, takut dan gelisah dalam satu masa yang sama. Semuanya berpunca daripada aku. Kerana sikap pentingkan diri aku sendiri.

Kerana terlalu paranoid, Arluna terpaksa bertarung nyawa di dalam. Dan kalau isteri aku...pergi dahulu---tak! Tak!

"Adrian, relaks." Buat sekian kalinya Mom menegur. Aku memandang Mom sekilas dan akhirnya menuruti arahannya. Tempat kosong di sebelah Mom aku ambil tetapi kakiku masih terus menghentak lantai kerana terlalu takut. Takut kehilangan Arluna.

"Mom, kalau Luna tinggalkan Ad macam mana?" Lengan Mom digoncang perlahan.

"Ad, jangan cakap macam tu. Luna kuat, dia takkan tinggalkan kita." Bidas Mom sambil mengusap pipiku sekejap. Aku menggigit bibir bawah lalu melarikan jari ke rambut berkali-kali. Terasa pandanganku mula berbinar dengan air mata. Bayangan Arluna yang merintih kesakitan dan darah yang membasahi cadar katil kami pagi tadi menghantui mindaku.

Kedua belah tangan dibawa ke belakang kepala yang tertunduk ke bawah, merenung lantai hospital itu.
Aku menyesal. Sumpah, aku menyesal. Tuhan, tolong selamatkan isteri aku. Aku janji takkan pernah sakitkan dia lagi dan akan buat apa sahaja untuk dapatkan dia semula. Tolong.

Pintu wad kecemasan yang terbuka membuatkan aku mendongak. Melihat seorang wanita yang berpakaian biru keluar dari situ, aku segera berdiri dan mendekatinya.

"Doktor, isteri saya selamat? Dia okay, kan?" Soalku tidak sabar. Wanita itu hanya memandangku dengan satu senyuman hambar dan kepala yang mengangguk lemah.

"Isteri encik selamat. Tapi maafkan saya kerana kedua-dua janin tidak dapat diselamatkan. Janin kembar sudah hancur di dalam rahim Puan Arluna dalam perjalanan ke hospital tadi. Maafkan saya, encik."

Aku terpaku sebelum perlahan-lahan jatuh terduduk di atas kerusi semula. Wajah diraup kasar. Dad dan Mom juga menerima reaksi yang sama denganku. Masing-masing tergamam saat perkataan 'kembar' itu diluahkan.

"Mom..." Panggilku lemah. Mom datang kepadaku bersama air mata yang sudah membasahi wajahnya. "Kembar...anak Ad kembar." Aku tertawa bahagia sebelum tangisan kekecewaanku pecah.

"Sabar, sayang." Pujuk Mom lalu menarikku ke dalam dakapannya. Aku tidak dapat menahan rasa menyesal dan kecewa yang semakin menyentak tangkai jantungku. Segalanya hanya mampu diluahkan dengan tangisan.

"Ni semua salah Ad..." Tangisku di bahu Mom. Wanita itu terus-terusan mengusap belakang tubuhku bersama kata-kata pujukkan masih tidak lekang dari bibirnya. Kalaulah mereka tahu apa yang sudah aku lakukan. Kalaulah mereka tahu kehilangan cucu kembar mereka adalah berpunca daripada aku dan kalaulah mereka tahu aku yang menukar pil Arluna dengan pil misoprostol, adakah layanan Mom masih sebaik ini?

"Jangan macam ni, Ad. Luna mesti lagi sedih nanti. She needs you." Dad yang dari tadi hanya mendiamkan diri akhirnya bersuara. Aku akhirnya bangun dan mengesat air mata dengan belakang tangan.

Nafas aku tarik dalam untuk mengumpul kekuatan. "Ad, nak pack barang Arluna sekejap dekat rumah." Ujarku mendatar kemudian mengatur langkah keluar dari hospital.

Aku memandu kereta dengan minda yang melayang jauh ke tempat lain, berfikir jika aku dapat putarkan masa dan berfikir betapa bodohnya tindakan yang aku ambil.

Sampai sahaja di rumah, bilik terus dituju. Selepas mengemas barang dan baju Arluna di dalam beg, aku membersihkan kesan darah yang berada di atas katil. Lama aku merenung beberapa titik darah yang menitis di atas lantai sehingga ke tandas.

ARLUNA ©️Where stories live. Discover now