𝟑𝟔. 𝐀𝐝𝐫𝐢𝐚𝐧

13.8K 736 99
                                    

AKU mundar mandir di dalam bilik. Rambut dikuak ke belakang berkali-kali sebelum punggung dihempas kasar ke atas katil. Nafas berat dihela. Dinding kaku di hadapan, aku renung lama. Entah apa yang harus aku lakukan kepada Shakira dan keluarga perempuan itu di bawah.

Apa entah yang difikirkan oleh Shakira untuk membawa kelurganya ke sini untuk masuk meminang aku. Tak sedar-sedar lagi ke dia yang perangkap aku tempoh hari dan aku pula ialah suami orang. Perempuan macam itu nak dijadikan isteri? Mati hidup balik pun belum tentu aku nak.

Tangan aku genggam kuat. Mata menjeling laci meja kerja di hujung bilik. Aku melangkah laju ke arah meja itu dan laci ditarik kasar. Sebuah buku cek dikeluarkan kemudian satu amaun wang ditulis di atas kertas itu, sebelum aku keluar semula dari bilik dan menuju ke ruang tamu di bawah.

Langkahku terhenti seketika apabila mataku tertacap kepada figura Arluna yang sedang berdiri kaku di muka pintu. Ketika dia mengalihkan pandangan ke arahku, cepat-cepat aku berpaling ke arah yang lain.

"Adrian, dah habis fikir?" Suara jengkel Shakira kedengaran. Aku menjeling tajam perempuan itu. "Tak payahlah fikir lama-lama, Ad. Saya janji, saya boleh layan awak lebih baik daripada isteri awak sekarang ni. Awak tanyalah mak ayah saya dekat sini, dorang boleh bercerita betapa rajinnya saya dekat rumah. Saya masak pun sedap tau. Kan, mak? Kan, ayah?" Sambung Shakira. Mak dan ayahnya pun mengangguk-angguk setuju dengan kata-kata anak mereka itu.

Aku mengerling ke arah Arluna yang masih terkaku di situ. Matanya sedang merenung aku tanpa berkedip. Keluhan perlahan dilepaskan. Kaki aku bawa mendekati keluarga Shakira lalu sehelai kertas diletakkan di atas meja. Semua mata-mata memandang ke arah kertas itu.

"Tak apa. Aku tak perlukan orang gaji setakat ni. Ambil tu. Keluar, jangan tunjuk muka depan aku atau keluarga aku lagi." Ujarku mendatar. Aku memerhati tangan ayah Shakira mengambil cek itu. Riak wajahnya bertukar kaget apabila membaca jumlah duit yang tertulis di atas kertas itu.

"Ti—tiga puluh ribu?!" Dia bertanya terkejut. Mata Shakira membulat selepas mendengar jumlah duit yang besar itu. Laju sahaja dia beralih tempat duduk ke sebelah ayah dan maknya untuk melihat sendiri cek itu.

"Sekarang pak cik dengan mak cik pilihlah. Antara duit tu atau masih nak Shakira kahwin dengan saya? Saya cakap awal-awal yang saya tak mungkin akan bersikap adil dengan Shakira nanti. Isteri saya ada dekat situ dan dia pun tak akan setuju Shakira jadi madu dia." Aku berpeluk tubuh memandang satu persatu wajah-wajah yang sedang duduk di sofa itu.

"Tak ada tempat untuk Shakira dalam keluarga ni. Pendek cerita, tak ada bahagia untuk dia dekat sini." Provokku lagi. Mak dan ayah Shakira mula berpandangan antara satu sama lain. Shakira mendongak, merenung aku geram. Matanya teralih pula ke arah Arluna.

"Fine." Shakira berdiri diikuti mak dan ayahnya. "Saya pun tak nak dapat nasib yang sama macam Arluna." Dia tersenyum sinis dan melangkah perlahan mendekati Arluna di pintu. Aku hanya memerhati Shakira yang sedang menilik Arluna atas bawah.

"Bahagia kena layan macam perempuan simpanan dekat sini, Arluna? Hm?" Soalnya dengan senyuman sinis. Arluna tidak menjawab, matanya terus terarah kepadaku. "Pendek cerita, tak ada bahagia untuk kau juga dekat sini." Shakira mengerling sekilas ke arahku, mengulang semula bicara aku tadi.

"Shut the fuck up and get out, Shakira!" Tengkingku kasar. Shakira menjeling aku tajam sebelum dia berlalu keluar dan sempat jari telunjuknya menguis pantas rambut Arluna.

Aku melepas nafas berat. Arluna yang masih berdiri kaku di hadapan pintu sambil membetulkan semula rambutnya, dipandang. Dia mengukir senyuman kecil kemudian membuka langkah mendekati aku. "I tak ambil hati pun dengan apa yang dia cakap. It's not true. You are my happiness and always be my happiness." Ujar suara lembut itu semasa kakinya berhenti di hadapanku. Jari runcingnya mencuit lembut pipiku. Aku merenung lama wajah cantik Arluna tanpa sebarang reaksi. Tidak bahagia, tidak sedih, tidak marah. Hanya satu pandangan yang kosong. Sama seperti perasaan aku sekarang ini.

ARLUNA ©️Where stories live. Discover now