𝟏𝟐. 𝐀𝐝𝐫𝐢𝐚𝐧

18.4K 810 288
                                    

AKU berlari anak mendapatkan Arluna yang sedang berdiri membelakangiku di luar dewan teater merenung ke arah sesuatu di hadapannya. Senyuman nakal terukir. Perlahan-lahan tubuhnya dihampiri dari belakang.

"Sayang." Pinggang Arluna dipeluk tetapi gadis itu masih statik berdiri. Tubuhnya dipusingkan menghadapku. Senyumanku memudar melihat riak Arluna yang tampak mendung itu. Dagunya diangkat. "Kenapa ni?"

Tangan aku di dagunya dialihkan lalu dibawa ke dalam genggaman. Bibir merah jambu itu terukir senyuman nipis. "Tak ada apa. I rindu you je." Bicara manja Arluna membuatkan bibir menarik senyuman lebar. Bahagia. Seperti bateri dicas semula, bersemangat aku jadinya.

"I nak tunjuk you something. Come." Tangan Arluna ditarik perlahan ke tempat parkir. Tubuh itu segera ditolak masuk ke dalam kereta. Dia yang terpinga-pinga dengan perbuatan tiba-tiba aku tadi tidak dipedulikan.

"Kita nak pergi mana?"

"Rahsia."

Balasku dengan satu kenyitan mata sebelum mendiamkan diri dan fokus kepada pemanduan menuju ke tempat yang hanya aku sahaja tahu. Aku tertawa melihat Arluna yang tidak senang duduk itu. Sekejap memandang ke kiri kemudian ke kanan. Soalan ke mana aku mahu bawa dirinya pergi dibiar sepi tidak berjawab.

"Macam jauh je. Lama lagi ke?"

"Jangan risau, sayang. I bukannya nak bunuh you." Kepalanya diusap lembut. Dia memandang aku lama dengan mata terkelip-kelip.

"You buat I makin takut, Adrian." Suaranya bertukar perlahan. Melihat dia seperti mahu menggigit kuku, pantas tangannya aku digenggam erat dengan satu tangan lagi mengawal stereng kereta. Kepala digelengkan ketika dia memandangku dengan wajah simpati. Alahai, kesayangan yang seorang ini.

"Get rid of your bad habit, sayang. I don't like it. I hate it." Ujarku serius membuatkan dia tertunduk. Diam. Nafas dihela perlahan, sedar bahawa Arluna sudah terasa akan kata-kata tadi tapi itulah kenyataannya. Aku menegur untuk kebaikan dia juga. Bukannya aku tidak tahu betapa banyaknya kuku palsu yang dibeli setiap bulan untuk ditampal menutup kuku rosak digigit kerana serangan panik gadis ini.

Stereng dipusing memasuki sebuah kawasan yang sunyi dan penuh dengan pokok-pokok hutan yang besar. Bibir tersungging senyum senget ketika merasakan tangan Arluna di dalam genggaman sudah bertukar sejuk. Takut sangat agaknya.

"We're here. Home sweet home." Kaki melangkah keluar daripada kereta tanpa menghiraukan Arluna yang sedang tercengang di dalam kereta melihat persekitaran tempat aku memberhentikan kereta. Perlahan-lahan pintu dibuka. Dengan mulut yang masih ternganga, badannya berpusing 360 darjah menilik kawasan itu. Kagum.

"Gorgeous." Dia berdiri di sebelahku merenung sebuah rumah kayu tersergam indah di situ berlatar belakangkan tasik dan pokok-pokok yang menghijau. Senyumannya melebar. Terpesona dengan pemandangan yang terbentang di hadapan kami.

"Kenapa I tak pernah tahu pasal tempat ni? Damn! So peaceful. I would rather stay here forever." Arluna mendepakan tangannya sekejap dengan senyuman gembira yang sentiasa membuatkan aku takjub seketika. Entahlah. Akhir-akhir ini gadis itu sering membuat aku terpukau. Senyumannnya sempurna. Dia si jelita.

"Kita buat apa dekat sini?" Akhirnya, selepas lima minit aku menunggu dia bertanyakan soalan itu. Tangan dihalakan tepat pada batang hidung comelnya. Keningnya terangkat hairan. Perlahan-lahan tangan lembutnya diletak di atas tapak tanganku.

"Let me show you a whole new world, dear princess." Dengan nada yang romantis itu sahaja sudah cukup membuatkan mata Arluna bersinar teruja sehingga dia yang menarik tanganku masuk ke dalam kabin log. Aku hanya mengikut sahaja langkah laju si gadis. Macam tahu sangatlah tempat ini.

ARLUNA ©️Where stories live. Discover now