𝟒𝟗. 𝐀𝐫𝐥𝐮𝐧𝐚

13.4K 813 35
                                    

ADRIAN yang sedang duduk di gazebo bersama dengan Dad dan Uncle Drew yang datang tiba-tiba pada malam itu, dipandang dari balkoni bilik. Kata Uncle Drew, dia mahu berkenalan dengan suamiku itu lebih rapat lagi. Dari atas ini, aku dapat melihat tiga orang lelaki itu sesekali bergelak tawa. Akhirnya, Adrian mahu berbual mesra bersama-sama Uncle Drew. Berani dia nak pulau Uncle Drew aku, dengan dia-dia sekali aku pulaukan nanti.

Ammara telah menceritakan segalanya tentang tindakan Adrian kepada Firash dan aku terhutang budi kepada lelaki itu. Aku masih tidak sangka orang seperti Firash itu rupanya mempunyai sisi yang menjijikkan. Adrian pula, aku tidak terfikir dia akan membuat semua itu hanya untuk melindungi aku, sekali gus dia telah menyelamatkan maruah rakan-rakan dan pelajar aku di kolej itu.

Adrian yang perasan dirinya diperhati, mendongak ke atas dan ketika itulah mata kami bertemu. Aku melambaikan tangan sambil mengenyitkan mata buatnya. Adrian hanya tersenyum, menayangkan giginya yang tersusun cantik itu sebelum kembali menyertai perbualan bersama dengan Dad dan Uncle Drew.

Aku masuk ke dalam bilik. Bagasi yang sudah siap dikemas ditenung seperti mahu tembus. Tipulah kalau aku cakap, aku tidak berat hati mahu meninggalkan Adrian. Tetapi bila difikirkan balik, mungkin ada hikmah untuk kami saling menjauhkan diri buat sementara waktu ini.

Lagipun, Adrian sudah berjanji untuk berubah menjadi dirinya yang terbaik semasa aku pergi nanti. Aku percayakan dia. Aku sentiasa percayakan dia.

Lutut dibawa rapat ke dada. Aku duduk bersandar di sisi katil menghadap balkoni, sambil mata tertumpu ke arah langit malam. Bulan pada malam itu penuh.

"Cantik." Bisikku sendiri.

"Macam you."

Suara seseorang mengejutkan aku. Aku menoleh. Adrian yang sedang melabuhkan duduk di sebelahku tertawa ketika melihat wajah aku yang kaget kerana sergahannya tadi. Aku mencebik. Dia mengucup pantas pipiku dan fokusnya terus teralih ke arah jendela, memandang bulan penuh di luar. Aku mengalihkan pandangan ke arah yang sama dengannya.

"Kalau you rindu I, cari bulan tau." Pesanku tanpa beralih fokus daripada langit malam.

"Sebab Luna, maksudnya bulan." Balas Adrian membuatkan tumpuanku bertukar ke wajahnya. "Kan?" Dia mengangkat kening. Kepala dia lentokkan pada lutut dan mata hazel itu sedang merenung aku. Aku tersenyum dan mengangguk.

Aku kembali menatap bulan tetapi tidak Adrian. Dia lebih memilih untuk terus merenungku dan jari panjangnya bermain dengan rambutku. Aku hanya membiarkan sahaja perbuatan Adrian itu.

"Kalau malam tu bulan tak ada?" Tanya lelaki itu.

Aku diam, memikirkan jawapan. "FaceTime jelah. Lagi senang." Jawabku bersahaja. Adrian mengangguk setuju.

"Berapa lama you dekat sana?" Tanyanya lagi. Aku hanya mengangkat bahu. Aku sendiri tidak tahu berapa lama Uncle Drew mahu aku berada di sana. Kedengaran Adrian melepaskan keluhan berat. Aku memandang dia. Wajahnya menghadap aku tetapi matanya terarah ke bawah.

"You belum pergi tapi I dah mula rindukan you." Keluhnya di antara nafas yang berhembus lembut. "If I could turn back time and stay with you for a little longer, I would love to do it right now, sayang." Ujarnya bersama dengan sebuah ukiran senyuman yang sangat manis membuatkan aku ikut sama tersenyum.

Aku menunduk memandang tangan yang sedang menguis lantai. "And If I could turn back time, I tak nak jumpa you." Gumamku tanpa perasan, yang aku mengatakan hal itu dengan kuat. Selepas beberapa saat, baru aku tersedar. Adrian di sebelah dipandang. Lelaki itu masih tersenyum buatku tetapi matanya mula berkaca.

"Kalau kita dah ditakdirkan bersama, lari lah sejauh mana, you tetap milik I dan I tetap milik you. Walaupun kita tak pernah berjumpa." Ujarnya lembut. Tanganku yang berada di lantai, sudah bertaut dengan tangannya. Aku tersenyum kecil.

ARLUNA ©️Where stories live. Discover now