𝟗. 𝐀𝐫𝐥𝐮𝐧𝐚

19.3K 793 114
                                    

KERETA yang diberi pinjam oleh Adrian untuk menghantar Mom ke klinik diparkir elok di dalam garaj semula. Nasib baik lelaki itu tidak kejam menyuruh aku mencari teksi pada awal pagi sebegini. Aku membantu memapah Mom masuk ke dalam rumah. Laluan kami terhalang oleh Adrian yang sedang berdiri di hadapan pintu dengan muka tidak berperasaan.

Dia tiba-tiba menghulurkan tangan kepada Mom membuatkan kami berdua berpandangan sebelum Mom menyambut tangannya dan tubuh Mom dibawa ke sofa. Aku tersenyum kecil melihat sikap Adrian itu. Marah-marah pun tetap prihatin.

"Doktor cakap apa?" Adrian memandang aku yang masih tegak berdiri memerhatikan dua beranak itu. Perlahan langkah dibawa duduk ke sebelah Mom.

"Mom stress. Dia perlukan banyak rehat. Ni ubat yang doktor bagi." Aku menjawab sambil menghulurkan plastik berwarna putih di tangan yang mengandungi beberapa bungkus ubat kepada Adrian.

"Stress?" Sinis Adrian sambil mencapai plastik ubat tadi. Aku terkebil-kebil melihat Adrian yang sedang mengoyak senyuman lebar secara tiba-tiba seperti tidak kena dengan situasi sekarang.

"Ad nak ajak Shakira datang rumah malam ni. Cakap dengan Dad balik awal." Akhirnya dia bersuara selepas beberapa minit tersengih sendiri. Aku mengangguk faham. Patutlah gembira semacam lelaki ini rupanya kekasih hati nak datang. "Masak sedap-sedap, okay." Dia memandang aku dan Mom bergilir tetapi cepat-cepat aku berdiri dari sofa.

"Mana boleh. Mom belum sihat lagi." Tangan disilang pada dada tanda protes dengan cadangan Adrian. Dia menggulingkan mata dan melangkah setapak mendekati aku.

"Siapa cakap Mom yang kena masak?" Dia tersenyum sinis. Hidung aku dicuit sekilas sebelum langkahnya dibawa keluar rumah untuk pergi ke kelas. Sepuluh saat kemudian baru aku faham akan maksudnya. Aku menoleh ke arah Mom yang tertawa kecil.

"Mom, Luna mana tahu masak." Aku mengadu sambil lengan Mom digoncang perlahan.

"Beli jelah, Luna." Balas Mom bersama senyuman manis sebelum dia berdiri kemudian berlalu ke tingkat atas. Aku mencebik. Beg tangan serta telefon bimbit dicapai dan mengatur langkah menuju ke kedai makan yang berdekatan.

Aku berjalan perlahan keluar dari kawasan perumahan sambil mata melilau ke sekeliling mencari kedai atau restoran menjual makanan berlauk di situ. Tetapi yang ada hanyalah kafe yang berkelas tinggi. Keluhan dilepaskan. Terpaksalah duit aku dihabiskan hanya untuk membeli makanan buat menyambut Shakira pada malam nanti.

Bon Appétit, sebuah kafe yang menjual kek dan makanan barat menjadi pilihan aku kerana itu tempat pertama yang menangkap pandangan.

Pintu ditolak membuatkan loceng pada bahagian atas pintu itu terbuka. Senyuman nipis terbuka melihat dekorasi kafe itu yang bertemakan alam semula jadi. Penuh dengan tumbuh-tumbuhan dan daun yang berjuraian dari atas serta bunyi musik klasik yang menenangkan. Terasa seperti berada di luar.

Sebuah buku menu diambil dari meja kaunter. Selepas membuat keputusan memilih beberapa jenis makanan, menu ditutup semula. Badan ditundukkan, melihat kek di bahagian bawah pula.

"Luna?"

Aku memandang sekeliling semasa mendengar nama aku disebut oleh seseorang. Badan ditegakkan semula dan sekujur tubuh wanita yang berniqab di kaunter mendekatiku menarik perhatian. Wajah berkerut. Sejak bila aku berkawan dengan minah arab pula ni?

"Luna, ni Balqis!" Suara cerianya mengingatkan aku pada seseorang. Ya, nama itu! Balqis. Wanita yang membantu aku tempoh hari.

"Balqis? Awak yang tolong saya hari itu?" Aku bertanya semula untuk mendapatkan kepastian. Dia mengangguk laju bersama mata yang sepet menandakan dia tersangat gembira bertemu dengan aku lebih-lebih lagi ketika dia keluar daripada dalam kaunter dan memeluk tubuhku erat. Aku terkaku seketika tetapi masih membalas pelukan itu.

ARLUNA ©️Where stories live. Discover now