𝟏𝟎. 𝐀𝐝𝐫𝐢𝐚𝐧

21.3K 826 278
                                    

KEPALA Arluna yang sedang bersandar pada dada aku itu dibelai. Gadis itu masih diulit lena walaupun matahari sudah tegak. Anehnya Mom tidak lagi mengetuk pintu dan memanggil kami untuk bersarapan seperti kebiasaannya tetapi baguslah kerana aku tidak perlu tergesa-gesa keluar dari bilik serta tidur Arluna juga tidak terganggu.

Wajah naif milik Arluna dielus. Pipi gebu milik gadis itu dicubit perlahan. Aku tergelak halus ketika wajahnya berkerut. Segera bahunya yang terdedah itu ditepuk-tepuk untuk mendodoikan dia kembali lena.

"Oh, is that what you meant by 'i deserve better than her', huh?" Dad tiba-tiba bersuara selepas tubuh Shakira masuk ke dalam perut teksi. Aku menjeling Dad yang sedang berdiri di hadapan pintu. "I don't like her." Dad mencebikkan bibir lalu menggeleng.

"Why? Sebab dia tak kaya?" Soal aku sinis dan menghadap dia yang masih memandang ke luar rumah.

"Obviously." Kali ini kepalanya dianggukkan berkali-kali bersama senyuman senget. "Ad dah buat keputusan untuk kahwin dengan Luna? Dad dah belikan cincin." Matanya dialih kepada aku. Sebuah kotak baldu kecil berwarna putih ditujukan. Aku mendengus kasar. Here we go again.

"No." Tubuh dibalikkan kembali ke meja makan di mana Mom masih duduk diam di situ menghabiskan makanan yang dibeli oleh Arluna kerana Shakira sedikit pun tidak menyentuh makanan tadi. Hanya secawan air sahaja yang diminum.

"Too bad." Keluh Dad mengikuti langkah aku. Dia duduk semula di sebelah Mom tetapi Mom sepertinya tidak mempedulikan kami berdua. Kotak baldu tadi diletak ke atas meja.

"Adel, you remember Nash anak Tan Sri Nadeem? I think better kita jodohkan Luna dengan Nash. Kita boleh dapat dua kali ganda. Nadeem pun macam setuju dengan idea saya."

Mata aku membulat mendengar kata-kata Dad. Aku meluru ke arahnya yang berwajah selamba memasukkan Chicken Fajitas ke dalam mulut.

"Siapa Nash?! Do Luna even know him?! Jangan nak memandai kahwinkan Luna dengan orang yang dia tak kenal, Dad!" Meja makan aku hentak kuat dengan mata merenung tajam wajah sinis milik Dad yang tidak berperasaan. Garfu dan sudu dia letak ke atas pinggan dengan tenang.

"Why, Adrian? Luna deserves the best. Nash is the best for her. He's a very good boy. For your information, dia ada business sendiri. Your mom knows him very well. So, why not?" Dad menunding ke arah Mom yang tampak bingung. Mom mengerling kami berdua sekilas sebelum menyambung menghabiskan makanannya. Rahang diketap kuat.

"Fine. I'll marry her! But jauhkan lelaki tu daripada Luna." Aku mengalah. Kotak baldu yang berisi cincin itu dicapai kasar lalu mengatur langkah ke tingkat atas. Sempat reaksi Dad yang tersenyum puas menangkap pandangan. Tak guna.

Aku tersedar daripada lamunan apabila Arluna mengiringkan badannya membelakangi aku. Kepalanya yang berada di dada tadi, jatuh ke atas bantal. Pantas pinggangnya ditarik mendekati aku semula. Bibir dilekap pada bahu dan tengkuknya dalam cubaan untuk membangunkan dia tetapi Arluna masih dibuai lena.

Hidung dibenamkan ke rambutnya dengan mata terkatup rapat. Baru sahaja aku mahu menyertai Arluna ke alam mimpi, gadis itu sudah bergerak-gerak membetulkan perbaringan. Aku bangun menunggunya mencelikkan mata. Ketika matanya dibuka, sebuah senyuman diukir manis pada bibir merah jambu itu.

"Morning, Adrian." Tangannya diangkat memeluk leherku. Suaranya yang lain bersama muka baru bangun tidur itu benar-benar menggugat nafsu lelaki. Tidak dapat dibayangkan jika gadis ini bangun tidur di sebelah lelaki lain. Tak. Jangan bayangkan, Adrian.

"Morning, baby girl." Aku membalas ceria lalu melekapkan bibir pada dahinya. Bayangan tadi diusir sejauhnya kerana Arluna akan sentiasa menjadi milikku seorang. Tubuh itu didakap erat.

ARLUNA ©️Where stories live. Discover now