Prolog

20.9K 926 141
                                    

Assalamualaikum, halluuuuu! Saya datang bawa cerita baru. Tak baru pun sebenarnya, pernah publish sekali lepas tu take down semula.

Sara Isabella, cerita yang dah dirancang drafnya sejak 2019 dan baru dapat hidayah nak publish sekarang.

Jangan letak ekspektasi setinggi harapan ibu bapa yang nak tengok anda berjaya. Nanti hampa. Cerita ni hanya cerita biasa.

Kita buat deal boleh? Saya tak tahu bila saya boleh update dan saya tak nak awak tergantung tak bertali kena fake hope, jadi saya akan update setiap kali komen tembus 50 dan ke atas hahaha💀

Bukan batak komen, tak. Saya risau jadi macam Sierra. Cerita berbulan tak update, at last kena take down. Loser betul. Saya la tu.

Deal? Deal. Oke.

✨Meet Sara Isabella dan Ghaz Ibrahim everyone✨

ꕀ     *﹆     ˚ ༘♡      ⋆。˚  

Time Stamp.

Bristol,Lapan Bulan Sebelum

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bristol,
Lapan Bulan Sebelum.

Mata dipejam erat sambil tangan kiri naik memegang sisi kepala. Terasa ruang bilik itu berpusing sekejap. Pening, rasa nak muntah! Apabila rasa diri lebih stabil, matanya dicelik lagi sekali. Pandangannya melingas memerhati persekitaran yang terasa agak asing.

Dekat mana ni? Sejak bila hotel tempat dia menginap tu bertukar warna dan suasana?

   "You're awake."

Teguran deep voice dari seseorang nyaris buat dia menjerit sebab terkejut. Bulat matanya melihat susuk tubuh yang kelihatan santai sekadar berbalut dengan bathrobe. Mampus! Laju kepalanya tunduk, melihat keadaan diri sendiri.

Innalillah. Apa kau dah buat ni Sara?!

    "Coffee?" Lelaki yang berdiri di tepi katil itu menyoal masih dengan nada yang tak berubah. Walhal yang disoal itu dah pucat lesi dengan keadaan mereka sekarang.

    "What happened last night?!" Sara dah tak boleh bertenang. Siapa yang masih boleh rileks dengan keadaan dia yang sekadar berbungkus dengan selimut tebal begitu?!

Lelaki yang disoal tadi senyap hampir seminit. Keningnya bertaut hampir bercantum sambil anak matanya merenung wajah ketakutan Sara. Nafas dihembus kemudian, cuba bertenang walaupun urat di leher mula timbul.

    "You're asking me? I thought you know better what was happened?" Lelaki itu tersenyum sinis dengan pandangan menikam.

    "This was your trap right? Kau sengaja kan? Jangan berlagak suci sangat la Sara. Kau ingat aku tak tahu ke perangai sebenar kau macam mana?" Lelaki itu tunduk, merapatkan jarak.

    "Kau sengaja ajak aku teman kau datang after party semalam, buat aku mabuk then we're end up together on this sheet." Renungannya tajam membunuh.

    "Tak sangka pula, cuma sebab aku percaya kau as adik member aku, kau akan buat macam ni." Rahang Sara dicengkam dengan sengihan sinis berbunga.

    "Kenapa murah sangat kau jadi perempuan?"

Sara memejam mata, sakit pipinya dicengkam itu tidak sebanding dengan ayat lelaki di depannya ini.

    "Apa agaknya reaksi abah kau kalau tahu perangai anak gadis dia macam ni?" Lelaki itu masih dengan ayat yang sengaja dilafaz untuk menyakitkan hati Sara.

Ironi.

Dua bulan lepas, dia menemui ustaz Azhar mengikut Eilyas, anak sulung ustaz Azhar yang menjadi kawannya. Tak sampai pun setengah tahun, hari ini dia bangun dengan anak gadis ustaz Azhar itu terbaring di sisinya tanpa sehelai benang sekadar berbungkus dengan selimut.

    "Please, jangan bagitahu umi dengan abah." Sara mula teresak. Kepalanya terteleng ke sebelah kanan apabila lelaki tadi melepaskan cengkamannya kasar.

    "Apa kau nak sebenarnya? Selama ni aku buat tak tahu je dengan semua benda yang kau buat belakang family kau. Termasuk Eilyas. Macam ni ke kau balas aku? Perangkap aku jadi pak sanggup? Kau dah gila ke apa?"

Sara senyap cuba menahan esak yang tak nak berhenti. Dingin suara lelaki itu terasa menyeramkan. Dia tak tahu nak mempertahankan diri macam mana. Bukan dia yang rancang semua ni. Dia masih waras nak tidur dengan lelaki asing.

    "Fine. Kau nak sangat hidup dengan aku kan? Okay, aku akan bertanggungjawab." Lelaki itu membuka mulut apabila Sara cuma diam menangis.

Dia akan tunaikan apa yang gadis itu mahu. Dan dia akan pastikan maruah, ego dan sakit hatinya terbalas. Dia akan buat Sara menyesal.



See you next update, jangan rushing sangat komen tu >o< ♡

Sara IsabellaWhere stories live. Discover now