15.

9.1K 773 140
                                    

Baca Bismillah manatau hati tak kuat 😌✨.

Time Stamp.

Mug yang berisi dengan Horlicks panas, dihulur ke arah tuannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mug yang berisi dengan Horlicks panas, dihulur ke arah tuannya. Setelah itu Sara melabuhkan duduk pada single sofa yang ada di situ. Hening memenuhi ruang seketika. Hanya suara dari TV tengah tayang cerita yang Sara pun tak pasti apa, dan bunyi Ghaz yang sesekali menghirup minumannya menjadi halwa telinga.

Sara menjeling jam dinding yang tergantung. Pukul sembilan lima belas minit malam. Niat awal memang nak teman Ghaz sampai lelaki itu terlelap tapi tak jadi sebab keadaan Ghaz makin teruk. Suhu badannya tinggi masa Sara check sebelum dia nak balik siang tadi.

Nak tak nak, Sara kena bawa Ghaz ke klinik. Selamat abang sulung Amaya tu mendapat suntikan ekstra kena telan tiga biji ubat untuk beberapa hari ke depan. Dan selepas makan malam dengan makanan yang dibungkus tadi, di sinilah mereka berdua.

    “Makan ubat, jangan skip. Antibiotik tu nanti habiskan tak kisah la awak dah sembuh atau belum.” Sara meletakkan ubat Ghaz ke atas meja di depan mereka.

    “Dah kena suntik tadi, rasa okay sikit.” Ghaz menyahut. Suhu badannya dah berkurang dia punya bahang walaupun masih hangat terasa setiap kali dia hembus nafas.

   “Kalau macam tu, baguslah. Saya nak balik. Dah malam.” Sara baru nak bangun dari duduknya tapi ditahan.

    “Tak nak tidur sini ke? Esok Ahad.” Ghaz menyoal nyaris tergelak sebaik melihat respons Sara. Suruh tidur satu bumbung je pun, dia punya tak nak tu macam suruh terjun gaung.

    “Tak nak.” Laju Sara menjawab. Dia masih waras nak tinggal sebumbung dengan keadaan sehelai sepinggang dengan Ghaz walaupun status masing-masing dah terikat.

Macam mana pun hubungan mereka, tetap Sara dan Ghaz tak macam pasangan lain. Keadaan mereka tak sama. Paling tak, bukan sekarang. Sara perlukan masa untuk beradaptasi dan pelawaan Ghaz itu terlalu mendadak untuk dia penuhi walaupun benda tu tak salah.

   “Kau datang sini memang nak jenguk aku je la maksudnya?” Ghaz menatap Sara dengan kening terjongket.

    “Amaya kata demam awak teruk.” Dan sebab serba salah. Tapi ayat terakhir dia cuma mampu sebut dalam hati.

Sara menyepetkan mata melihat reaksi Ghaz yang mengangguk kecil dengan bibir tercebik. Senyuman lelaki itu tertarik senget. Sahih, dah sembuh kalau perangai penuh muslihat dia ni dah keluar. Sara merengus.

    “Tapi sayang, May tak tahu aku sakit. Aku balik pun dia tak tahu bila.”

Deg!

Sara kelu. Wajah nakal Ghaz rasa macam nak ditekup je dengan kusyen sofa di tepi ini biar sesak nafas. Biar lelaki itu berhenti menatap dia dengan pandangan mengusik menyakitkan hati. 'Kau pun Sara kenapa laju sangat nak menipu? Kenapa tak terus terang je?'

Sara IsabellaWhere stories live. Discover now